Jambatan Manir
Jambatan Manir atau nama sebenarnya Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Pulau Rusa (Kuala Terengganu Utara) dengan Kampung Manir (Kuala Terengganu Selatan). Jambatan yang mempunyai panjang sekitar 200manggaran ini merupakan sebahagian daripada LP 3 Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan laluan AH18.[3] Selain itu, orang ramai juga dilarang memancing di atas jambatan tersebut.[4]
Jambatan Manir جمبتن مانير | |
---|---|
Maklumat umum | |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Dimiliki oleh | (?) |
Disenggarakan oleh | (?) |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | (?) |
Bahan | (?) |
Pembinaan palung | (?) |
Pembinaan tambangan | (?) |
Panjang keseluruhan () | 0.2 km (31.495 batu)anggaran[1] |
Lebar () | (?) |
Tinggi () | (?) |
Kedalaman air | (?) |
Tambangan dalam air | (?) |
Had muatan | (?) |
Bilangan lorong | Dua |
Sejarah | |
Reka bentuk kejuruteraan oleh | Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia |
Dibina oleh | Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia |
Biaya pembinaan | (?) |
Dibuka pada | 28 Jun 1965 |
Dirasmikan | 28 Jun 1965 |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | (?) |
Tol | Tiada |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | LP 3 AH18 Jalan Kota Bharu, Kuala Terengganu |
Menyeberangi | Sungai Terengganu |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingJambatan ini dibina pada tahun 60an. Ia telah siap dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada ketika itu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 28 Jun 1965. Sebelum pembinaan jambatan tersebut, kawasan tersebut dihubungkan dengan penggunaan pengangkutan feri yang beroperasi di Kampung Losong Feri yang berdekatan dengan Muzium Terengganu selain pengangkutan bot penambang.
Jambatan ini merupakan jambatan pertama dibina merentasi sungai Terengganu. Kos pembinaan jambatan ini adalah setengah juta ringgit.[5]
Pada hari perasmian, ramai orang kampung berdiri ditepi Sungai Terengganu sekitar jambatan tersebut. Terdapat pelbagai acara sukan air yang diadakan antaranya acara lumba perahu dan acara mengejar itik. Ketika jambatan tersebut dirasmikan, ia merupakan jambatan ketiga terpanjang di Malaysia.[6]
Jambatan ini agak sempit kerana hanya mempunyai 2 lorong berbanding Jambatan Sultan Mahmud yang mempunyai 4 lorong di samping tidak mempunyai lampu sehinggalah ia dipasang pada awal tahun 80an.
Budaya Popular
suntingJambatan ini pernah disebut dalam buku tulisan penulis Singapura 60an, iaitu Harun Aminurrasyid dalam bukunya berjudul 'Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi'.
Pada tahun tersebut, ia sebenarnya lebih dikenali sebagai 'Jambatan Pulau Rusa'.
Harun mencatat satu syair yang diperolehi dari buku cenderamata perasmian jambatan ini.
'Tamat-lah sudah riwayat feri,
Jambatan pula menjadi ganti
ini-lah kejayaan kerajaan negeri
demi kema'moran ra'ayat sendiri
Rujukan
sunting- ^ Video Jambatan Manir
- ^ Nombor ID Jambatan Manir
- ^ Jambatan Manir di Google Maps
- ^ Larangan memancing di atas jambatan
- ^ Harun Aminurrasyid - Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah 1966
- ^ Sebuah buku terbitan khas sempena keputeraan atau pertabalan Sultan Ismail