Ikhwan Muslimin

pertubuhan aktivis Islam rentas negara

Ikhwan Muslimin (Arab: الإخوان المسلمون, rumi: Al-Ikhwān al-Muslimūn, lit.'Persaudaraan Islam'), atau ringkasnya Ikhwan ialah sebuah gerakan Islam aliran Sunni rentas negara yang diasaskan di Mesir[3] oleh sarjana Islam Hassan al-Banna pada 1928.[4][5][6] Tarbiah Hassan al-Banna tersebar ke luar Mesir, mempengaruhi pelbagai gerakan Islam hari ini daripada pertubuhan kebajikan hingga parti politik.[7]

Ikhwan Muslimin
الإخوان المسلمون
PemimpinMohammed Badie (sedang dipenjara)
Mahmoud Hussein (pemangku)
JurucakapHasan Saleh
Ditubuhkan1928
Ismailia, Mesir
Ibu pejabatKaherah, Mesir
IdeologiIslamisme Sunni, Pan Islamisme, Konservatisme sosial
SekutuSekutu negara:

Sekutu bukan negara:

Laman sesawang
www.ikhwanonline.com
www.ikhwanweb.com
Politik Mesir
Parti politik
Pilihan raya

Bermula sebagai sebuah gerakan Pan-Islam, keagamaan dan sosial, gerakan Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "cara kehidupan". Ikhwan memiliki anggaran dua juta anggota pada akhir Perang Dunia Kedua.[8][9] Ideanya mendapat sokongan di kebanyakan negara Arab dan mempengaruhi beberapa gerakan Islam lain yang ditubuhkan di seluruh dunia dengan "model aktivisme politik digabung dengan kerja amal jariah".[10] Pada 2012, ia menjadi parti politik pertama yang terpilih secara demokratik di Mesir. Ikhwan Muslimin ialah sebuah pertubuhan aman,[11][12] namun dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan tentera Mesir sendiri, dunia Barat, Rusia, Bahrain, Syria, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[13][14][15][16] Pergerakan Ikhwan Muslimin secara rasmi dan tekal menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat.[17] Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmoud an-Nukrashi Pasha pada 1948,[18][19][20] dan pengkritik menyalahkan Ikhwan mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah.[perlu rujukan]

Matlamat Ikhwan ialah kembali kepada peraturan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan.[21] Doktrin Ikhwan adalah:

Allah adalah matlamat kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah adalah harapan tinggi kita. [22][23]

Ikhwan Muslimin ini dibiayai oleh sumbangan anggotanya, yang dikehendaki mengetepikan sedikit pendapatan mereka bagi kegunaan gerakan. Sesetengah sumbangan ini datangnya daripada anggota yang bekerja di Arab Saudi dan negara kaya minyak lain.[24]

Kebangkitan dunia Arab pada mulanya membawa kejayaan besar kepada Ikhwan, namun pada 2013 menderita kebalikan yang teruk.[25] Selepas enam dekad dengan status tidak sah, Ikhwan Muslimin Mesir disahkan secara rasmi pada 2011 apabila rejim Hosni Mubarak digulingkan rakyat. Sebagai pertubuhan politik terkuat di negara itu, Ikhwan memenangi beberapa pilihan raya,[26] termasuk pilihan raya presiden 2012 apabila calonnya Mohammed Mursi menjadi presiden Mesir pertama dipilih melalui demokrasi. Namun setahun kemudian pada Julai 2013, Mursi digulingkan pula oleh tentera. Selain Mursi, pemimpin gerakan Mohammed Badie turut ditahan. Pada 25 Disember 2013, kerajaan sementara Mesir mengisytiharkan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas selepas suatu serangan terhadap ibu pejabat polis di Mansoura.[13] Bagaimanapun, pada hari yang sama, Ansar Bait al-Maqdis yang berpusat di Sinai mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman tersebut.[27][28]

Sejarah

sunting

Gerakan Islam Ikhwan Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.

Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwan Muslimin.

Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.

Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwan Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.

Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.

Kepentingan Mesir

sunting

Ikhwan Muslimin adalah kumpulan pembangkang yang tertua dan terbesar di Mesir. Ia telah mendapat sokongan dan dokongan yang kuat dari kalagan rakyat Mesir kelas pertengahan, dan ahli-ahlinya telah berjaya mengawal banyak organisasi professional dalam negara Mesir.

Sehinggalah tahun 2011, adalah menjadi kesalahan menurut undang-undang mana parti politik di Mesir yang menjadikan agama sebagai asas perjuangan. Namun pada bulan Disember 2011, Ikhwan telah mendominasi pengundian parlimen, dan memenangi kira-kira separuh dari kerusi-kerusi parlimen.

Pengaruh Ikhwan Muslimin di arena politik dunia

sunting

Terdapat banyak cabang gerakan Ikhwan Muslimin di pelbagai negara serata Timur Tengah dan Utara dan Timur Afrika. Ini termasuklah Sudan, Syria dan Arab Saudi. Terdapat juga cabang Ikhwan di Amerika Syarikat.

Cabang-cabang diluar Mesir ditandai lebih konservatif dalam pandangan mereka; Sebagai contoh, cabang Kuwait dikatakan telah meminggirkan hak-hak untuk wanita mengundi.

As-Sheikh Sayyid Qutb, ahli Ikhwan Muslimin sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, telah membangunkan doktrin jihad, dan parti politik Hamas di Palestin dipercayai merupakan cabang dari Ikhwan Muslimin di Palestin.

Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), berpendirian untuk terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan ‘Al-Hurriyat Wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) dan akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi dan pilihanraya. [29]

Pautan luar

sunting

Nota tambahan

sunting
  1. ^ https://strafasia.com/iran-and-muslim-brotherhood-a-bizarre-alliance-of-two-rival-ideologies/
  2. ^ "Why Turkey Chose Qatar". 25 June 2017.
  3. ^ The Moderate Muslim Brotherhood Diarkibkan 2009-01-26 di Stanford Web Archive, Robert S.Leiken & Steven Brooke, Foreign Affairs Magazine
  4. ^ Kevin Borgeson; Robin Valeri (9 Julai 2009). Terrorism in America. Jones and Bartlett Learning. m/s. 23. ISBN 978-0-7637-5524-9. Dicapai pada 9 Disember 2012.
  5. ^ "The Muslim Brotherhood and the Egyptian State in the Balance of Democracy". Metransparent. Dicapai pada 28 November 2012.
  6. ^ Hassan al-Banna. [[Al-Ma'thurat]]. Mizan Pustaka. ISBN 9789798394300. Dicapai pada 29 Julai 2014. URL–wikilink conflict (bantuan)
  7. ^ "Is the Muslim Brotherhood a Terrorist Group?". The New York Times. 30 April 2019. Dicapai pada 15 May 2019.
  8. ^ Bruce Rutherford, Egypt After Mubarak (Princeton: Princeton UP, 2008), 99
  9. ^ Hallett, Robin. Africa Since 1875. Ann Arbor, Michigan: The University of Michigan Press (1974), m/s. 138.
  10. ^ Ghattas, Kim (9 Februari 2001). "Profile: Egypt's Muslim Brotherhood". BBC.
  11. ^ Muslim Brotherhood Rejects Al-Sisi As True Tyrant; Vows to Continue Peaceful Protest Action - Ikhwanweb
  12. ^ Pro-Democracy National Alliance Vows Escalated Peaceful Protests Across Egypt - Ikhwanweb
  13. ^ a b "BBC News – Egypt's Muslim Brotherhood declared 'terrorist group'". Bbc.co.uk. 25 Disember 2013. Dicapai pada 18 Januari 2014.
  14. ^ (Rusia) "Resolution of the State Duma, 2 Disember 2003 N 3624-III GD "on the Application of the State Duma of the Russian Federation" on the suppression of the activities of terrorist organizations on the territory of the Russian Federation". Consultant Plus.
  15. ^ "Saudi Arabia declares Muslim Brotherhood 'terrorist group'". BBC. Dicapai pada 7 Mac 2014.
  16. ^ Alaa Shahine and Glen Carey, Bloomberg News (9 Mac 2014). "U.A.E. Supports Saudi Arabia Against Qatar-Backed Brotherhood". Bloomberg News. Dicapai pada 9 Mac 2014.
  17. ^ Muslim Brotherhood Leader Badie Reiterates: Group Denounces Violence - Ikhwanweb
  18. ^ Mitchell, Richard Paul, The Society of the Muslim Brothers, Oxford University Press, 1993, m/s. 68–69
  19. ^ THE WORLD AFTER 9/11 : The Muslim Brotherhood In America. The Washington Post.
  20. ^ Lia, Brynjar. The Society of the Muslim Brothers in Egypt: The Rise of an Islamic Mass Movement 1928–1942. Ithica Press, 2006. m/s. 53
  21. ^ Kull, Steven (2011). Feeling Betrayed: The Roots of Muslim Anger at America. Brookings Institute Press. m/s. 167. The Muslim Brotherhood's stated goal has been to instill the Quran and sunnah as the `sole reference point for ... ordering the life of the Muslim family, individual, community ... and state.`
  22. ^ FAS Intelligence Resource Program
  23. ^ Muslim Brotherhood Movement Homepage
  24. ^ Mintz, John; Farah, Douglas (10 September 2004). "In Search of Friends Among The Foes U.S. Hopes to Work With Diverse Group". The Washington Post. Dicapai pada 28 November 2012.
  25. ^ Ibish, Hussein. "Is this the end of the failed Muslim Brotherhood project?". 5 Oktober 2013. The National. Dicapai pada 8 Oktober 2013.
  26. ^ Wade, Nicholas (30 Ogos 2013). "Egypt: What poll results reveal about Brotherhood's popularity". 29 Ogos 2013. BBC News. Dicapai pada 8 Oktober 2013. the Brotherhood won Egypt's five democratic votes
  27. ^ David Barnett (25 Disember 2013). "Ansar Jerusalem claims responsibility for Mansoura suicide bombing". The Long War Journal. Dicapai pada 18 Januari 2014.
  28. ^ "Sinai's Ansar Beit Al-Maqdis claim responsibility for Egypt's Mansoura blast – Politics – Egypt – Ahram Online". English.ahram.org.eg. Dicapai pada 18 Januari 2014.
  29. ^ Aziz Muda. 2011. PAS jalinkan hubungan dengan parti politik Ikhwan. Harakah Daily.net (sumber berita alternatif internet di Malaysia) Diarkibkan 2011-09-10 di Wayback Machine.

Rujukan

sunting