Dato Paduka Seri Laila Jasa Datin Paduka Ho Ching (Bahasa Cina: pinyin: Hé JīngWade-Giles: Ho2 Ching1Yale Kantonis: Hòh Jīng) (lahir 27 Mac 1953) merupakan Pengerusi, CEO Temasek Holdings dengan aset US$50 bilion. Ho Ching ialah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Hsien Loong juga Menteri Kewangan Singapura dan anak bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Ho Ching
何晶
Isteri Perdana Menteri Singapura
Menyandang jawatan
12 Ogos 2004
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehTan Choo Leng
Maklumat peribadi
Lahir (1953-03-27) 27 Mac 1953 (umur 71)
Singapura
PasanganLee Hsien Loong (berkahwin 1985)
AnakLi Xiuqi
Li Yipeng
Li Hongyi
Li Haoyi
Tempat belajarUniversiti Stanford

Syarikat Temasek Holdings telah membeli syarikat Shin Corp dari Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra pada tahun 2006. Selepas pembelian ini, Thaksin berhadapan dengan rampasan kuasa dan dituduh rasuah dan belot kepada negara.

Ho Ching ialah anak sulung daripada empat adik-beradik, dan telah menerima pendidikannya di institusi-institusi pendidikan yang terulung seperti Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC), dimana dia muncul sebagai pelajar terbaik (Student of the Year) serta Mahasiswi Presiden (President's Scholar). Bapanya ahli perniagaan bernama Hon Eng Hong dan Chan Chiew Ping . Pada 1985 beliau berkahwin dengan Lee Hsien Loong yang kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura pada 2004.

Pengiktirafan perniagaan

sunting

Pada tahun 2007, majalah Forbes telah meletakkan Ho Ching di tempat ke-3, 100 wanita Paling Berkuasa di Dunia dalam perniagaan, di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini beliau diletakkan pada ranking ke-11 tahun 2005, ke-5 tahun 204 dan ke-10 tahun 2003.[1]

Selepas beliau membeli Shin Corp dari Thaksin, saham syarikat itu jatuh sebanyak 40 peratus.

Ho Ching mengembangkan perniagaan Temasek Holding terlalu pantas iaitu 27 peratus. pada mulanya nilai sahamnya US$80 bilion meningkat kepada AS$108 bilion. Banyak syarikat telekomunikasi dan perbankan di China dan India telah dibeli oleh Temasek Holding.

Rujukan

sunting
  1. ^ "World's Most Powerful Women". Forbes. Dicapai pada 17 November 2016.

Pautan luar

sunting