Hasbullah Awang
YH Dato' Haji Hasbullah Awang (9 September 1952 – 12 Februari 2015) merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Sebelum kematiannya, beliau bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.[1] Beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk siri animasi Kampung Boy.
Hasbullah Awang DIMP (Phg); AMP (Prk);: AMP (Phg); PPN | |
---|---|
Kelahiran | Hasbullah bin Awang 9 September 1952 |
Meninggal dunia | 12 Februari 2015 | (umur 62)
Sebab kematian | Komplikasi jantung |
Pekerjaan | Pengulas sukan, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 1974–2015 |
Majikan |
|
Pasangan | Datin Hazida Alang Ahmad (k. 1975; m. 2015) |
Anak-anak | 4 |
Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 (sekarang Radio Klasik). Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman biola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Hasbullah, 63 meninggal dunia pada 12 Februari 2015[2] akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara.
Kerjaya
suntingAllahyarham memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980. Bersara awal pada 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.
Pernah juga menjadi DJ di RTM Kuantan dan Rangkaian Nasional Angkasapuri selama 10 tahun. Sebagai hos Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM selain ditugaskan sebagai pengulas siaran langsung liputan televisyen. Sejak 1980 terbabit dalam siaran dan liputan sukan sehingga menjadi pengulas sukan Astro Arena bermula 2014. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Beliau juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.
Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara - sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.
Antara perkataan kerap kali ditutur oleh beliau ketika membuat ulasan adalah seperti "Oh.. Tidak", "Mengatur Gerak", "Tenang Mempertahankan Kubu" atau "Hantaran Panjang". Ia sudah menjadi sinomim kepada peminat segenap usia sehingga ada yang meniru perkataan ini ketika berbual mengenai bola sepak
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia pada 12 Februari 2015 semasa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari, selepas dirawat di IJN pad 4 Februari akibat komplikasi jantung.[3] Jenazahnya dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, Shah Alam.[4] Allahyarham meninggalkan balu Datin Hazida Alang Ahmad dan empat anak perempuan - Jojiana, Dodiana, Noniana dan Loliana serta tujuh cucu. Antara yang hadir untuk menziarah termasuk rakan Allahyarham, Datuk Rahim Razali, Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad dan sebilangan para atlet negara.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Sumolah | Pengulas Pertandingan Sumo | Filem pertama, suara latar |
2014 | Mamak Cupcake | Juri | Filem terakhir, penampilan khas |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Kampung Boy | Dirinya sendiri (suara) | Astro Ria | Pelakon undangan |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985 | Selamat Pagi Malaysia | Pengacara | TV1 |
1994 | Malaysia Hari Ini | TV3 |
Pencapaian
suntingLiputan sukan
sunting- Sukan Olimpik 1988 - Seoul
- Sukan Olimpik 1992 - Barcelona
- Sukan Olimpik 1996 - Atlanta
- Sukan Olimpik 2000 - Sydney
- Sukan Olimpik 2004 - Athens
- Sukan Olimpik 2008 - Beijing
- Sukan Olimpik 2012 - London
- Sukan Komanwel 1998 - Kuala Lumpur
- Sukan Komanwel 2002 - Manchester
- Sukan Komanwel 2010 - New Delhi
- Sukan Asia 1986 - Seoul
- Sukan Asia 1990- Beijing
- Sukan Asia 2006 - Doha
- Sukan Asia 2010 - Guangzhou
- Sukan SEA 1985 - Bangkok
- Sukan SEA 1989 - Kuala Lumpur
- Sukan SEA 1991 - Manila
- Sukan SEA 1997 - Jakarta
- Sukan SEA 1999 - Bandar Seri Begawan
- Sukan SEA 2001 - Kuala Lumpur
- Sukan SEA 2003 - Hanoi
- Sukan SEA 2005 - Manila
- Sukan SEA 2007 - Korat
Anugerah
sunting- Anugerah Penyiar Serba Boleh 1988
- Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1989
- Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1991
- Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 2004
Darjah dan pingat
sunting- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
- Ahli Memangku Perak (AMP)
- Ahli Mangku Pahang (AMP)
- Pingat Pangkuan Negara (PPN)
Rujukan
sunting- ^ Veteran sports presenter Hasbullah Awang passes away.
- ^ Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN.
- ^ Anne Muhammad (12 Februari 2015) Hasbullah Awang meninggal dunia Malaysiakini. Dicapai pada 13 Februari 2015.
- ^ Norashikin Leman (12 Februari 2015) Jenazah Allahyarham hasbullah awang selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2015.
Pautan luar
sunting- Hasbullah Awang di Facebook
- Hasbullah Awang di Twitter
- Profil Hasbullah Awang[pautan mati kekal] di Football Malaysia