Hamzah bin Abdul Muttalib
Hamzah bin Abdul Muttalib (Arab: حمزه بن عبدالمطلب ; b.568[1]-d.625) diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammad ﷺ . Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammad ﷺ , dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad ﷺ , ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.[2]
Hamzah bin Abdul Muttalib | |
---|---|
Kelahiran | s. 570 M |
Meninggal dunia | s. Mac 625 (berumur 56–57) Gunung Uhud |
Pekerjaan | Panglima Perang, Panglima Angkatan Memanah |
Terkenal kerana | Sahabat Nabi, Singa Allah |
Saudara | Nabi Muhammad s.a.w. (anak saudara) |
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.
Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam
Kehidupannya
suntingHamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda."[1] Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (Arab: أسد الله ) kerana keberaniannya.
Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ , Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم
تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم
أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ
أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ
قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ
yang bermaksud:
Dari Ummu Salamah isteri Nabi ﷺ : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah ﷺ : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi ﷺ menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"
Memeluk Islam
suntingHamzah tidak mengambil tahu sangat mengenai Islam pada awalnya. Beliau tidak menyahut seruan pertama Nabi Muhammad kepada Bani Hashim pada 613.[3]
Beliau memeluk Islam pada akhir 615 atau awal 616,[4] selepas diberitahu Abu Jahal menghina dan mencederakan baginda.[5]
Jasa dan perjuangannya
suntingHamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy iaitu Utbah dan Shaibah.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.
Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:
"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Rujukan
sunting- ^ a b "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-27. Dicapai pada 2011-06-12.
- ^ Shahid Ashraf, "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions", Anmol Publications PVT. LTD., 2004, ISBN 81-261-1940-3 [1]
- ^ Muhammad ibn Ishaq, Sirat Rasul Allah. Diterjemah Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad, m/s. 117-118. Oxford: Oxford University Press.
- ^ Ibn Saad/Bewley, m/s. 3.
- ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)
|format=
requires|url=
(bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 108–109.
- Lihat "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions" pada muka 44.