Hala Ketiga (Palestin)
Hala Ketiga (Third Way) merupakan parti politik berhala tengah (centrist) yang aktif dalam Pihak Berkuasa Palestin (PNA). Parti ini dipimpin oleh Salam Fayyad dan Hanan Ashrawi.
Dalam pilihanraya umum 2006, parti ini mendapat 2.41% daripada undian keseluruhan dan memenangi dua kerusi daripada 132 kerusi Majlis Perundangan Palestin.
Parti ini menggambarkan diri sebagai alternatif kepada sistem dua parti yang didominasi oleh Hamas dan Fatah.
Pada 15 Jun 2007, Presiden Mahmud Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri kerajaan baru, berikutan penguasaan penuh Hamas terhadap Genting Gaza.