Godiva dari Mercia (dalam bahasa Inggeris Kuno: Godgifu, meninggal dunia antara 1066 dan 1086) merupakan seorang wanita bangsawan zaman lewat Anglo-Saxon isteri kepada Leofric pembesar Mercia- beliau tidak sahaja diketahui menaungi pelbagai gereja dan biara kerajaan tersebut malah juga daripada cerita legenda abad ke-13 kesanggupannya berkuda melalui jalan-jalan Coventry sambil bertelanjang dengan buah dadanya ditutupi rambut panjangnya untuk mendapatkan pengampunan cukai dikenakan suaminya.

Gambaran[pautan mati kekal] Godiva menaiki kudanya bertelanjang - Lady Godiva lukisan Marshall Claxton tahun 1850

Riwayat hidup

sunting

Catatan sejarah

sunting

Godiva isteri kepada Leofric, Earl Mercia. Mereka mempunyai sembilan anak termasuk Aelfgar yang bakal mewarisi gelaran pembesar itu.[1][2][3][4][5] Namanya turut tercatat dalam kitab bancian Domesday dengan ejaan yang berbeza-beza.

Nama beliau bentuk bahasa Latin dari nama bahasa Inggeris Lama Godgifu atau Godgyfu yang bererti "pemberian Tuhan" (gift of God, God's gift atau God-given); nama ini begitu masyhur diberikan kepada kaum wanita sezamannya.[5][6]

Selepas Leofric meninggal pada tahun 1057, Godiva hidup berjanda hingga suatu ketika antara Penaklukan Norman pada tahun 1066 dan 1086. Namanya tercatat dalam bancian Domesday sebagai salah satu dari beberapa Anglo-Saxon dan satu-satunya wanita yang tetap menjadi pemilik tanah utama sejurus selepas penaklukan. Pada tamatnya bancian hebat ini pada tahun 1086, Godiva telah meninggal dunia, namun hartanahnya masih tersenarai dipegang oleh orang lain[7] - maka Godiva difikirkan meninggal antara 1066 dan 1086.[8]

Lagenda diceritakan

sunting

Kisah paling dikenali mengenai Godiva mula dicatat pada abad ke-13 dalam Flores Historiarum serta saduran karya tersebut dibuat Roger dari Wendover yang bermula seperti berikut:[9][10][11] Godiva mendapat tahu mengenai pencukaian dikenakan suaminya terhadap kota Coventry lalu kasihan akan warga-warga kota tersebut yang disusahkan peraturan ini. Godiva merayu-rayu kepada suaminya agar pencukaian tersebut ditarik balik. Leofric pada asalnya berdegil dengan pendiriannya namun akhirnya serik dan mencabar Godiva bertelanjang dan berkuda keliling Coventry.

Godiva menyahut cabaran tersebut. Maka, Godiva pun mengumumkan niatnya di hadapan orang ramai sambil memberi amaran agar semua orang kekal di rumah dan menutup tingkap-tingkap rumah mereka. Tidak lama selepas seluruh kota tersebut mengunci dalam rumah dan bangunan masing-masing, Godiva menanggalkan pakaiannya sambil menutupi payudaranya dengan rambutnya yang panjang. Leofric terharu dengan keberanian isterinya menunaikan janjinya lalu memansuhkan cukai ini.

Ada seorang dalam kalangan warga kota ini yang diceritakan mencuri intai melihat kelibat Godiva[12] - ada cerita yang menyatakan orang tersebut dibutakan sebagai balasan Tuhan, ada juga yang menyatakan dia ditangkap orang sekampung lalu dihukum atas pelanggaran perintah tersebut.[13] Salah laku ini diabadikan dalam gelaran untuk sesiapa yang dianggap mengintai senyap-senyap iaitu peeping Tom ("Tom si Pengintai")[14]

Rujukan

sunting
  1. ^ Patrick W. Montague-Smith Letters: Godiva's family tree The Times, 25 January 1983
  2. ^ Samuel Timmins, A History of Warwickshire 1889
  3. ^ F. Smith ` Warwickshire Delineated' 1820
  4. ^ Adam Fox 'Oral and Literate Culture in England, 1500-1700' 2000
  5. ^ a b P.R. Cross 'Lordship, Knighthood and Locality: A Study in English Society, C. 1180-1280' 1991
  6. ^ Ann Williams, 'Godgifu (d. 1067?)', Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, September 2004; online edn, October 2006 accessed 18 April 2008 (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)
  7. ^ K. S. B. Keats-Rohan, Domesday People: A prosopography of persons occurring in English documents 1066–1166, vol. 1: Domesday (Boydell Press: Woodbridge, Suffolk 1999), p. 218
  8. ^ Ann Williams, 'Godgifu (d. 1067?)', Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, September 2004; online edn, October 2006 accessed 18 April 2008 (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)
  9. ^ Coe, Charles (2003-07-01). "Lady Godiva: The Naked Truth". Harvard Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2019.
  10. ^ Joan Cadogan Lancaster. Godiva of Coventry. With a chapter on the folk tradition of the story by H.R. Ellis Davidson. Coventry [Eng.] Coventry Corp., 1967. OCLC 1664951
  11. ^ French KL (1992). "The legend of Lady Godiva". Journal of Medieval History. 18: 3–19. doi:10.1016/0304-4181(92)90015-q.
  12. ^ Lady Godiva, Historic-UK.com
  13. ^ Rede, Leman (1838). "Peeping Tom". The New Monthly Magazine and Humorist. No. Part the First. m/s. 115. Tradition adds, that the people resolved to close up their houses ... but ... that one, whose name has not survived, looked forth upon her, and was stricken blind, as some affirm, by the vengeance of Heaven; or, according to others, was deprived of sight by the inhabitants.
  14. ^ "Peeping Tom". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.