Ginevra "Ginny" Molly Weasley (lahir pada 11 Ogos 1981)[1][2] Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Dia merupakan anak bongsu kepada pasangan Arthur Weasley dan Molly Weasley. Badannya kecil dengan berambut merah serta bermata perang dan kadang kala diibaratkan seperti kucing. Dia turut berbakat walaupun tubuhnya kecil terutamanya kebolehannya bermain Quidditch. Menurut pengarang, J. K. Rowling, dia merupakan perempuan pertama yang lahir dalam susur galur keluarga Weasley setelah beberapa generasi. [3] Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine

Watak Harry Potter
Ginny Weasley
Ginny Weasley, dilakonkan oleh Bonnie Wright,
Ginny Weasley
Jantina Perempuan
Warna rambut Merah
Warna mata Perang
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Patronus Kuda
Sekutu Tentera Dumbledore
Dilakonkan oleh Bonnie Wright
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)



Ginny dalam buku

sunting

Harry Potter dengan Batu Hikmat

sunting

Ginny mula diperkenalkan dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat. Sebenarnya, dialah watak perempuan yang pertama yang hampir sebaya dengan Harry yang diperkenalkan dalam buku siri tersebut. Walau bagaimanapun, wataknya hanya muncul dua kali dalam siri pertama ini iaitu ketika di Stesen King's Cross. Kali pertama ialah ketika abang-abangnya dan Harry hendak bertolak ke Hogwarts; dia kelihatan berinteraksi dengan keluarganya dan kemudian mengejar kereta api ketika kereta api mula berlepas. Kali kedua ialah ketika penghujung cerita iaitu apabila Harry kembali dari Hogwarts.

Harry Potter dan Bilik Rahsia

sunting
 
Ginny dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets

Ginny lebih menonjol ketika ini apabila dia sudah mula bersekolah setahun selepas Harry dan Ron. Walaupun dia kelihatan seperti watak sampingan — sering kelihatan muram dan sering menonjolkan minatnya pada Harry — dia sebenarnya ialah kunci penting dalam misteri tahun itu, iaitu serangan misteri terhadap pelajar berdarah Muggle. Harry kemudiannya menjumpai diari kepunyaan Tom Riddle, (Lord Voldemort ketika muda) yang telah mengambil kesempatan terhadap Ginny untuk membuka Bilik Rahsia dan membebaskan Basilisk dalam sekolah.

Lucius Malfoy telah memastikan yang Ginny menjumpai diari itu agar dapat dipergunakan untuk memecat ayahnya yang telah mengusulkan Akta Perlindungan Muggle yang ditentang Lucius, dan menghalau Dumbledore dari Hogwarts. Selepas Ginny memberitahu "Tom" tentang Harry terselamat dari pemusnahan Voldemort, Riddle meletakkan satu rancangan. Selain menggunakan Ginny untuk menyerang pelajar kelahiran Muggle, dia bercadang untuk membawanya ke Bilik Rahsia dan membunuhnya dengan menyreap tenaga daripadanya untuk hidup. Yang lebih penting, dia harap dapat mengumpan Harry ke bilik itu juga. Riddle sangat ingin mengetahui tentang bagaimana Harry "mengalahkannya", dan ingin membunuhnya sebagai balasan terhadap itu. Walaupun Harry memasuki bilik itu, dengan bantuan Fawkes dan Topi Penyisih, dia mampu memusnahkan Riddle dan Basilisk serta menyelamatkan nyawa Ginny.

Banduan Azkaban dan Piala Api

sunting

Ginny tidak terlibat dengan jalan cerita utama Harry Potter dengan Banduan Azkaban dan Harry Potter dalam Piala Api, dan dia hanya bertembung dengan Harry beberapa kali. Dalam buku ketiga, mereka bersama gelak ketawa tentang perangai Percy di dalam kereta api. Dalam buku keempat, mereka saling tersengih dan berbual seketika di Burrow. Beberapa bulan kemudian, dia berpeluang untuk ke Majlis Tari Menari tetapip tidak dengan Harry yang masih diminatinya kerana telah bersetuju untuk pergi bersama Neville Longbottom. Dia juga muncul beberapa bahagian kecil dalam dua buku ini tetapi tidak terlalu menonjol. Dia turut menjadi mangsa Dementor ketika di dalam kereta api dalam Banduan Azkaban (seolah-olah mengingati ketika dirasuk Riddle tahun sebelumnya), dan pada ketika yang lain, dia mempertahankan Neville, kerana berharap yang Ron dan Harry berhenti mengetawakannya.

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

sunting
 
Ginny bersama ibunya, Molly Weasley dalam kemunculan pertama di Stesen King's Cross dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix telah memperkembangkan watak Ginny dengan pembayang yang wujud dalam buku sebelumnya. Dia kini tidak kisah lagi tentang perasaannya terhadap Harry dan kini lebih menonjol sebagai wataknya sendiri, bebas dan meempunyai kepandaian dalam penggunaan sihir dan perlakuan serta mampu mengenakan abang kembarnya dan bermain Quidditch. Tetapi, keadaanya itu membuatkannya terlebih berlagak sehingga menunjukkan kemarahan dan menolak poertolongan walaupun ketika diperlukan.

Walau bagaimanapun, Ginnylah satu-satunya watak yang hampir sebaya dengan Harry yang mampu menangani mood Harry ketika keadaan sedang teruk. Yang lain (seperti Hermione Granger, dan Ronald Weasley) sentiasa bertelagah dan menaikkan kemarahannya berbanding suara tenang Ginny dan beberapa watak dewasa yang lain (seperti Phineas Nigellus dan Albus Dumbledore) yang mampu mengatasinya. Dalam satu babak, Harry merasakan dirinya teruk ketika menganggap yang dia dipergunakan oleh Voldemort untuk menyerang orang yang baik dengannya. Dia lupa yang Ginny pernah dirasuk Voldemort, maka dia mampu mengurangkan ketegangan. Apabila Ginny mengingatkannya tentang hal itu ketika Harry sedang marah, Harry baru tersedar dan dengan jujurnya meminta maaf kerana tidak mengingati akan hal itu.

Apabila Dolores Umbridge menggantung Harry dari bermain Quidditch untuk "seumur hidup", Ginny telah menggantikan posisinya sebagai seeker Gryffindor. Dan dia berjaya walaupun semua orang (termasuk dirinya) menganggap yang dirinya tidak sebagus Harry. Dia juga menyertai (dan turut menamakan) Tentera Dumbledore, iaitu kumpulan yang diasaskan oleh Harry, Hermione dan Ron untuk berlatih sihir Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam secara praktikal. Dia juga merupakan salah seorang ahli itu yang menyertai dalam usaha untuk menyelamatkan Sirius Black di Jabatan Misteri. Malangnya, dia telah tercedera pada buku lali pada permulaan perlawanan lagi.

Hermione memberitahu Harry dalam Kumpulan Phoenix yang Ginny amat menyukainya 'dahulu', tetapi 'berputus asa' terhadapnya tak berapa lama sebelum itu. Dia berjumpa Michael Corner pada Majlis Tari Menari dan mula bertemu janji dengannya pada penghujung cerita Piala Api. Mereka kekal berpasangan hampir keseluruhan cerita kelima tetapi Ginny memutuskan perhubungan dengannya kerana Michael menyampah dengan Gryffindor yang mengalahkan Ravenclaw dalam Quidditch.

Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

sunting
 
Ginny semakin popular di sekolah.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Ginny lebih terlibat dengan dan bab romantik. Harry mengetahui yang Ginny mula keluar dengan rakan sebiliknya, Dean Thomas. Ginny juga menjadi pelajar perempuan paling popular dalam tahunnya kerana kepintaran dan kecantikannya. Dia tidak menjadi pengawas (satu-satunya dalam keluarga selain si kembar Fred dan George Weasley yang tidak dinamakan sebagai pengawas), tetapi dia juga sangat menarik dan guru Posyen Horace Slughorn turut menghormatinya kerana kebolehannya (selepas dia memperkenakan Zacharias Smith) lalu menjemputnya menyertai "kelabnya", kumpulan istimewa yang dipilihnya yang mempunyai pencapaian dan pengaruh keluarga ( seperti Harry dan Hermione Granger tetapi tidak Ron Weasley). Dia juga menjadi Chaser dalam pasukan Quidditch Gryffindor, bersama Katie Bell dan Demelza Robins, dan dia sangat bagus walaupun kemudiannya dia kembali menjadi seeker apabila Harry dikenakan tahanan oleh Snape.

Apabila Harry menyaksikan yang Ginny sentiasa menolak ajakannya untuk bersama Dean (walaupun kadang kala tanpa kerelaannya), Harry mula berasa ganjil, perasaan meluat muncul pada dirinya. Ketika kelas posyen pertama Harry bersama Profesor Slughorn, Harry mendapati yang haruman "sesuatu yang pernah dihidunya ketika di Burrow" muncul ketika membuat posyen cinta (setiap bauan berbeza dengan setiap orang bergantung dengan apa yang memikat mereka). Kemudian, dia mendapati haruman yang sama apabila Ginny bersama mereka ketika berbual - walaupun ketika itu dia tidak dapat mengaitkannya. Dia mula menyedari akan hal itu pada November apabila dia dan Ron menjumpai Ginny dan Dena berkucupan di koridor. Ron berasa marah kerana sikapnya yang terlalu melindungi adiknya itu tetapi Harru berasa seolah-olah dia ingin "menyumpah Dean menjadi jeli". Kemudian, Harry cuba menyakinkan yang perasaannya itu juga sama seperti Ron tetapi akhirnya menerima yang dia jatuh hati dengan Ginny. Selepas itu, Harry mula membayangkan yang Ginny menciumnya di koridor (dan dalam buku mengatakan yang Harry turut membayangkan hal lain) dan risau apabila Ron menerjah ke koridor itu dan menjerit yang dia pengkianat.

Perhubungan Ginny dan Dean semakin tawar selepas Krismas dan akhirnya berpisah pada bulan April (dengan bantuan posyen bertuah Harry). Walaupun masih risau tentang reaksi Ron, Harry tidak mapu berbuat apa-apa tetapi hanya mengambil kesempatan pada bila-bila masa yang ada. Selepas perlawanan akhir apabila Gryffindor memenangi Piala Quidditch, Harry tanpa disedari menciumnya ketika meraikan kemenangan mereka dan mengundang kejutan semua orang (serta kecemburuan Dean Thomas). Hermione senyum tanda menerima akan hal itu. Ron pula terkaku tetapi turut merestuinya (walaupun terpaksa demi menjaga hati kawan).

Dengan serangan Death Eater dalam kawasan Hogwarts, yang dibantu Draco Malfoy, Ginny menyertai pertarungan bersama Ron, Neville, dan beberapa ahli Kumpulan Phoenix. Ginny turut handal dalam menyerang hendap berbanding tahun lepas dan terselamat tanpa sebarang kecederaan (yang mungkin kesan daripada posyen bertuah yang diambil oleh dia dan yang lain sebelum pertarungan itu).

Selepas kematian pengetua Hogwarts dan mentor kesayangan Harry, Albus Dumbledore, Harry memutuskan untuk memutuskan perhubungan kerana dia percaya yang Lord Voldemort akan menyerangnya jika dia mengetahui yang mereka berpasangan. Ginny menerima keputusan itu kerana menyedari yang keutamaan Harry seperti itu pasti akan berlaku dan hal tersebut (kerumitan seorang hero) telah membuatkannya semakin menyukainya. Dia turut mengatakan yang dia tidak akan berputus asa terhadap Harry. Dipenghujung cerita, Ginny turut memperkatakan hubungan mereka jika Harry mengalahkan Lord Voldemort.

Harry Potter and the Deathly Hallows

sunting

Pada hari jadi ke-17 Harry, Ginny telah mencium Harry dengan lebih mendalam dan bermakna sebagai hadiah hari lahirnya, kerana Ginny tidak dapat memikirkan hadiah lain yang harus diberi kepada Harry. Ciuman ini juga diberikan kepada Harry supaya menjadi satu tanda Harry akan mengingatinya sepanjang misinya. Kebanyakan masa dalam buku ini, Ginny berada di Hogwarts dan tidak kembali selepas Easter sehingga "Peperangan Hogwarts" berlangsung. Ginny, bagaimanapun, tidak berpuas hati dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Voldemort ke atas Hogwarts dan beliau sendiri bersama-sama menyertai plot mencuri Pedang Godric Gryffindor dari pejabat Snape. Kemudian, beliau turut menyertai Peperangan Hogwarts walaupun tidak dibenarkan kerana di bawah umur. Selepas Ginny nyaris terkena sumpahan membunuh, ibunya dengan pantas muncul dan membunuh Bellatrix Lestrange. Epilog kemudian menyatakan yang Harry mengahwini Ginny dan mempunyai anak yang bernama James, Albus Severus dan Lily.

Ginny dalam filem

sunting
 
Bonnie Wright bersama pengarah Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Alfonso Cuaron dan barisan pelakon lain

Ginny dilakonkan oleh Bonnie Wright dalam filem adaptasi itu. Kemunculan sementaranya dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone hanya ketika di Stesen King's Cross.

Peranan Ginny dalam filem kedua lebih besar, walaupun banyak elemen berada dalam buku seperti perasaannya terhadap Harry dan peranannya membuka Bilik Rahsia, dalam versi filem, hal ini kurang menonjol. Oleh kerana Ginny tidak perlu melakonkan watak besar dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, dia hanya muncul filem ketiga sebagai watak tambahan walaupun dia mempunyai satu baris (ketika Perempuan Gemuk melarikan diri).

Selepas kemunculannya yang amat sikit dalam tiga filem pertama, watak Ginny lebih menonjol dalam Harry Potter and the Goblet of Fire. Walaupun hanya memegang beberapa baris sahaja, dia lebih banyak kelihatan dalam filem itu. Walaupun ketika ini watak Ginny tidak berkaitan sangat Harry, dia banyak bersama Hermione, Ron, Fred dan George, serta Neville Longbottom (temannya ketika Majlis Tari Menari), dan persahabatannya dengan Hermione dan perhubungan dengan abangnya lebih jelas kali ini. Kali ini juga mutu watak Ginny juga ditingkatkan dan ia dicadangkan oleh penulis lakon layarnya, Steve Kloves yang mahu watak Ginny dan Neville lebih menonjol sebelum watak watak mereka menjadi lebih besar dalam filem kelima.

Walau bagaimanapun, penampilan Ginny dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix tidak sebesar mana walaupun di bawah penulisan Michael Goldenberg. Tetapi, Ginny tetap berguna dalam babak melibatkan Tentera Dumbledore dan kecemburuannya terhadap Cho Chang turut kelihatan.

Hal peminat tentang Ginny dalam Harry Potter

sunting
 
Watak Ginny mula mendapat perhatian ramai

Kemunculan Ginny dalam cerita rekaan peminat banyak berkaitan dengan buku Kumpulan Phoenix' dan dia sering digambarkan sebagai naif, baik atau tomboi. Sejak buku kelima dikeluarkan, wataknya sering ditulis oleh peminat mengalahkan cerita asal. Dia sering dipasangkan sama ada dengan Harry atau Draco Malfoy atau kadang kala dengan Hermione.

Reaksi peminat terhadap Ginny sering bercampur aduk. Banyak yang minatnya kerana peranannya dalam buku kelima sementara yang lain mengabaikannya sebagai watak yang tidak penting dan ada yang menganggap wataknya tiada apa melainkan watak yang lemah dan bertentangan dengan watak itu. Kemunculannya dalam buku kelima dan terutamanya keenam telah banyak mengubah persepsi peminat sepertimana juga terhadap Draco dan Snape. Bagi yang tidak suka dengan watak Ginny, mereka mengatakan yang dia tidak sesuai dengan sifatnya. Tetapi tidak bagi peminat Ginny.

Terdapat anggapan selama beberapa tahun yang nama sebenar Ginny ialah Virginia yang disingkatkan kepada Ginny tetapi J. K. Rowling memberitahu kemudiannya dalam lamannya Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine yang nama Ginny ialah Ginevra. Sejak itu, penggunaan Virginia sebagai nama Ginny diabaikan.

Pandangan J.K. Rowling terhadap Ginny

sunting

"Rancangannya, yang saya harap dapat dibuat, ialah pembaca sepertimana Harry, akan mendapati dengan perlahan yang Ginny ialah wanita ideal bagi Harry. Dia tabah, bukan apa tetapi dia berani. Harry perlu bersama dengan seseorang yang sanggup bersama dengannya kerana Harry merupakan teman lilaki yang menakutkan dalam banyak perkara. Dia dilihat semua orang. Saya fikir Ginny kelakar, dan saya fikir dia ramah dan baik hati. Ini ialah semua perkara yang diperlukan Harry untuk menjadi wanita idealnya. Tetapi, saya rasa - dan saya telah katakan beberapa tahun dahulu apabila semua ini dirancang - pada awalnya, Ginny takutkan imej Harry. Maksud saya, Harry itu pujaannya apabila dia melihatnya pada kali pertama, ketika berumur 10 atau 11, dan dia budak yang terkenal. Jadi Ginny harus melaluinya juga"[4]

Trivia

sunting
  • Ginevra ialah nama Itali bagi Guinevere. Sebahagian nama ahli keluarga Weasley seolah-olah bertemakan lagenda King Arthur.
  • Ginny menyebut nama Voldemort pada penghujung buku ke-6, menjadikannya di antara pelajar (orang ketiga selepas Harry dan Hermione) yang menyebut namanya. Selain itu, dia tidak menggunakan namanya.

Lihat juga

sunting

Pautan Luar

sunting