Seniman Bujang Lapok
Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961 arahan P. Ramlee.[1] Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P. Ramlee dan Saloma. Filem ini ialah filem keempat dalam siri "Bujang Lapok", tetapi merupakan filem terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai trio utama dalam filem. Walau bagaimanapun, filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu. Filem ini mengisahkan tentang trio Bujang Lapok bertanding dalam satu uji bakat lakonan dalam hasrat menjadi pelakon filem.
Seniman Bujang Lapok | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee H. M. Rohaizad |
Lakon layar | H. M. Rohaizad |
Cerita oleh | P. Ramlee |
Dibintangi | P. Ramlee Aziz Sattar S. Shamsuddin |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Disunting oleh | Lee Thian Yak |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 6 Julai 1961 |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 3 juta |
Pecah panggung | RM 17.5 juta |
Ringkasan
suntingPlot
suntingFilem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Hidup menganggur tanpa sebarang pekerjaan dan mata pencarian, suatu hari mereka mencuba nasib mereka sebagai pelakon filem.
Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.
Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan mengubah nasib mereka?
Cerita
suntingKisah kali ini memaparkan Bujang Lapok (Ramli (P. Ramlee), Sudin (S. Shamsuddin) & Ajis (Aziz Satar)) yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kerenah tersendiri.
Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Mereka pun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.
Di sana Pengurus Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Pengarah Ahmad Nisfu untuk ujian skrin.
Sakit jiwa dan bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Pengarah apabila menjalankan proses skrin. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio Bujang Lapok.
Namun begitu Pengurus amat berpuas hati walaupun Pengarah seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.
Ramli dan Salmah (Saloma) bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramli pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Ajis sedang giat menghafal dialog untuk esok.
Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.
Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Pengarah itu telah menyebabkan Pengarah sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.
Ada satu lagi masalah besar. Ramli cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramli tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin dengan Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh di Kampung Dusun.
Sedar akan saingannya yang hebat, Ramli berusaha untuk meraih Salmah. Ramli dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramli.
Sebagai rakan sebilik Ramli, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan RM350 tetapi yang dapat cuma RM5 saja daripada Pengurus Kemat Hassan.
Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan yang mengerjakan oleh Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.
Di rumah Shariff Dol, Ramli telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff Dol menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff Dol ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramli. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos. [1]
Barisan pelakon
suntingPelakon utama
sunting- P. Ramlee sebagai Ramli
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Saloma sebagai Salmah
- Shariff Dol sebagai seorang samseng di Kampung Dusun (antagonis utama).
Pelakon pembantu
sunting- Ahmad Nisfu sebagai Tuan Pengarah Malay Film Production
- Kemat Hassan sebagai Pengurus Malay Film Production
Penampilan khas
sunting- H. M. Busra sebagai Jiran Main Trumpet
- M. Rafiee sebagai Jiran Motorsikal Bising
- Mariam Baharum sebagai Isteri M. Rafiee
- Aini Jasmin sebagai Ibu Shariff Dol
- Nyong Ismail, A. Rahim, Ali Fiji, Mustarjo, S. Kadarisman & Hashimah Yon sebagai Pelakon Malay Film Production Ltd.
- S. Sudarmaji sebagai Penolong Pengarah Malay Film Production Ltd.
- Ahmad C sebagai Encik Ahmad
- Pritam Singh sebagai Encik Singh
- Leng Husin sebagai Apek Pemborong Barang-Barang Terpakai
- Ahmad Mahmud sebagai Doktor
- M. Zain sebagai Jiran India (Muthusamy)
- Zainon Fiji sebagai Aci, isteri Muthusamy
- Kuswadinata sebagai Kus, Jiran Dua Isteri
- Hartinah Zainuddin sebagai Tinah, Isteri Pertama Kus
- K. Fatimah sebagai Fatimah, Isteri Kedua Kus
- M. Babjan sebagai Penarik Beca
- Dayang Sofia & Zaiton sebagai Dirinya Sendiri
- Rahayu Sudarmaji sebagai Ayu 20 Sen
Pelakon tambahan
sunting- Ahmad Chetty sebagai Penjual Batu Cincin
Runut
sunting- "Menceceh Bujang Lapok" nyanyian P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Sattar
- "Gelora" nyanyian P. Ramlee & Saloma
- "Embun Menitik" nyanyian Saloma
- "Senandung Kasih" nyanyian P. Ramlee & Saloma
Skrip Filem
sunting- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
- :
Rujukan
sunting- ^ Chew Tee Pao (Jan–Mac 2023). "Repairing and Restoring Singapore's Reel Heritage". BiblioAsia. Jil. 18 no. 4. National Library of Singapore. m/s. 4–11.CS1 maint: date format (link)