Dwidewan
Sistem dwidewan (Jawi: دويديوان ) ialah sejenis badan perundangan yang terdiri dari dua dewan majlis perundingan yang berbeza di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri. Sistem dwidewan berbeza daripada sistem ekdewan, di mana semua anggota berunding dan mengundi sebagai kumpulan yang tersendiri. Setakat 2022[kemas kini], kira-kira 40% daripada badan perundangan negara-negara ialah dwidewan, sementara sistem ekdewan mewakili 60% di peringkat negara dan banyak di peringkat subnegara.[1]
Selalunya, anggota di kedua-dua dewan dipilih atau dilantik mengikut kaedah yang berbeza, di mana berubah dari bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Ini selalunya boleh membawa kepada kedua-dua dewan mempunyai komposisi anggota yang berbeza.
Penggubalan undang-undang utama biasanya memerlukan majoriti sejajar — penerimaan majoriti anggota di setiap dewan undangan. Apapbila ini berlaku, badan perundangan ini dipanggil sebagai contoh kepada sistem dwidewan sempurna. Bagaimanapun, dalam kebanyakan sistem berparlimen dan separa presiden, dewan yang dipertanggungjawabkan kepada badan eksekutif (seperti Dewan Rakyat United Kingdom dan Dewan Undangan Negara Perancis) boleh membantah dewan satu lagi (seperti Dewan Pertuanan United Kingdom dan Dewan Senat Perancis) dan boleh menjadi contoh bagi sistem dwidewan sumbing. Sesetengah badan perundangan bersandarkan di antara kedua-dua kedudukan tersebut, dengan satu dewan boleh membantah rang undang-undang dewan lain hanya mengikut keadaan tertentu.
Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia
suntingBerikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilan representative atau common. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnya Thailand. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.
Negara | Nama Dewan |
---|---|
Afrika Selatan | National Assembly (Perhimpunan Kebangsaan) dan National Council of Provinces |
Amerika Syarikat | House of Representatives (Dewan Perwakilan) dan Senate (Dewan Senat) |
Argentina | Cámara de Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat) |
Australia | House of Representatives dan Senate |
Kanada | House of Commons dan Senate |
Filipina | Kapulungan ng mga Kinatawan (Dewan Perwakilan Rakyat) dan Senado (Dewan Senat) |
India | Lok Sabha (Dewan Rakyat) dan Rajya Sabha (Majlis Negeri-Negeri) |
Indonesia | Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah |
Ireland | Dáil Éireann (Dewan Perwakilan) dan Seanad Éireann (Dewan Senat) |
Jepun | Dewan Rakyat (衆議院 , Shuugi-in) dan Dewan Pertuanan (参議院 , Sangi-in) |
Jerman | Bundestag dan Bundesrat |
Malaysia | Dewan Rakyat dan Dewan Negara |
Perancis | Assemblée Nationale (Perhimpunan Kebangsaan) dan Senat (Dewan Senat) |
Rusia | State Duma (Dewan Rakyat) dan Federation Council (Majlis Persekutuan) |
Sepanyol | Congreso de los Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat) |
Thailand | sapha phuthaen ratsadon - สภาผู้แทนราษฎร (Dewan Perwakilan) dan wuthisapha - วุฒิสภา(Dewan Senat) |
United Kingdom | House of Commons (Dewan Perwakilan) dan House of Lords (Dewan Pertuanan) |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "IPU PARLINE database: Structure of parliaments". ipu.org. 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada 25 October 2015.
Bacaan lanjut
sunting- Aroney, Nicholas (2008). "Four Reasons for an Upper House: Representative Democracy, Public Deliberation, Legislative Outputs and Executive Accountability". Adelaide Law Review. 29. Dicapai pada 21 February 2021.[pautan mati kekal]
Pautan luar
sunting- Noncontemporaneous Lawmaking: Can the 110th Senate Enact a Bill Passed by the 109th House?, 16 Cornell J.L. & Pub. Pol'y 331 (2007).
- Against Mix-and-Match Lawmaking Aaron-Andrew P. Bruhl, Against Mix-and-Match Lawmaking], 16 Cornell J.L. & Pub. Pol'y 349 (2007).
- Defending the (Not So) Indefensible: A Reply to Professor Aaron-Andrew P. Bruhl, 16 Cornell J.L. & Pub. Pol'y 363 (2007).
Templat:National bicameral legislaturesPage Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.