Dragon Ball Z
Dragon Ball Z (ドラゴンボールZ , Doragon Bōru Zetto)) ialah anime yang banyak memenangi anugerah dan merupakan adaptasi daripada separuh kedua ataupun 26 jilid terakhir manga Dragon Ball yang dikarang oleh Akira Toriyama, menjadikannya susulan kepada anime Dragon Ball. Huruf 'Z' asalnya dibubuh pada tajuk oleh Toriyama bagi anime, untuk menandakan anime ini sebagai bahagian penamat siri Dragon Ball.
Dragon Ball Z | |
Genre | Shonen / aksi |
---|---|
Anime | |
Pengarah | Daisuke Nishio Osamu Kasai |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Fuji TV |
Penyiaran Lain | TV2 Indosiar Funimation Spacetoon |
Dikeluarkan pada | 26 April 1989 – 31 Januari 1996 |
Siri ini mengisahkan pengembaraan Goku yang dewasa bersama sahabat handainya untuk mempertahankan Bumi dan palnet-planet lain daripada ancaman pelbagai penyangak. Sementara anime Dragon Ball yang asal mengikuti kisah Goku dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa, Dragon Ball Z ialah kesinambungan zaman dewasanya, dan pada masa yang sama berselari dengan perkembangan dua orang anaknya, Gohan dan Goten. Perbezaan antara kedua-dua siri ini juga amat ketara kerana kisah Dragon Ball Z bernada lebih dramatik dan serius berbanding anime asalnya.
Pada Februari 2009, Toei Animation telah mengumumkan bahawa siri Dragon Ball Z akan ditayangkan semula sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri asal Dragon Ball Z. Dikenali sebagai Dragon Ball Kai, ia menjalani proses animasi semula untuk siaran HDTV, menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini serta rakaman suara menggunakan seiyu asal.