Diana Amir

Pelakon dan pengacara wanita Malaysia

Nurdiyana Amir Hashim (lahir 22 Jun 1986) (Jawi : ديانا أمير ) merupakan seorang bekas pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[1]

Diana Amir
ديانا أمير
Kelahiran
Nurdiyana binti Amir Hashim

(1986-06-22) 22 Jun 1986 (umur 38)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Manusia
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2008–2022
PasanganMohd Habibbullah A Rahman (k. 2013)
Anak-anak3

Pada Disember 2022, Diana mengumumkan persaraannya dari industri seni yang telah diceburinya selama 14 tahun.

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Diana Amir dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.

Beliau mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang lebih dikenali sebagai SIGS.

Kehidupan peribadi

sunting

Diana mula mengenakan hijab pada tahun 2011. [2]

Pada 26 Oktober 2013, Diana sah bergelar isteri kepada Habibbullah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.[3]

Pada 8 Mac 2015, Diana telah selamat melahirkan anak perempuan sulung mereka pada 5.45 pagi [4] dan diberi nama Khaulah Al Azwar.

Pada 28 Julai 2016, Diana telah berkongsi klip video imbasan ultra bunyi di laman instagramnya mengesahkan dirinya hamil anak kedua. [5]

Pada 4 Januari 2017, Diana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 5.55 pagi. Berita gembira ini dikongsikan oleh beliau di laman sosial instagramnya dan diberi nama Khadija Azzehra. [6]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 V3 Samseng Jalanan Noni Filem pertama
Aku Masih Dara Hani
2011 3,2,1 Cinta Sam
Senario The Movie Ops Pocot Mala
2012 Keramat Mustika
7 Petala Cinta Hilma Aqila
3 Temujanji Amanda
X Zai
Salam Cinta[7] Laila
Aku Terima Nikahnya Doktor
Pe3 Lina
Strawberi Cinta Syafiqah
2013 99 Kali Rindu Diana Penampilan khas
2021 Nabi Kita Ibu Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Impian Aleeya TV3 Drama pertama
2010 Sari Maya 2 Maya TV9 Menggantikan pelakon asal Liyana Jasmay
Adam Maya Lisa TV3
Laila Asyikin Sarah
Pusaka Linda TV2
Adnan Semp-It The Series Bos Adnan Astro Warna
Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Seha
2012 Cinta Buat Emelda Azida TV3
Friday I'm In Love Mia TV9
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Salmi Astro Oasis Episod: "Curang"
2014–2015 Cinta Ilahi Maryam TV3 Drama terakhir

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Mak Sanggup Ari TV2
Mungkir Bahagia TV9
2013 Kerana Dia Suraya TV AlHijrah
2015 Aidil & Fitri Salmah Unifi TV

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Al-Hidayah Pengacara TV3
2017 Aura Hijab TV2 bersama Tiaz Al Khred
Sunnah Home Artis undangan Astro Oasis Episod 11
2017–2018 Bismillah Ad-Dhuha Pengacara
2018 Masak Apa Tu? Artis undangan TV3 bersama suami
2021 The Khadijah's Diana Nurflix.TV
2022 Sembang Viral (Musim 2) Artis undangan TV9 Episod: "Tolong Jangan Malukan Islam!"
Nona TV3
Next To Neelofa (Musim 2) Astro Ria Episod 6

Bibliografi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ PERJALANAN SENI DIANA AMIR - metrowealthpictures.net
  2. ^ Kemalia Othman ( 23 Sepmtember 2011). Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat. Sinar Harian Online.
  3. ^ (28 Oktober 2013 ). MOHD AL QAYUM AZIZI. Suami Tinggalkan Kerjaya Pensyarah Demi Diana Amir. mStar Online
  4. ^ RAZIATUL HANUM A. RAJAK (9 Mac 2015). Diana Amir selamat bersalin bayi perempuan.
  5. ^ Diana Amir hamil anak kedua. Sinar Harian Online
  6. ^ 5 Januari 2017.Diana Amir Selamat Bersalin Anak Kedua. Mynewshub.cc
  7. ^ Diana Amir
  8. ^ Titisan Mahabbah. Must Read Sdn Bhd
  9. ^ 4 April 2014. Hijrah Diana Amir: Jadi tauladan dan saham akhirat - Hiburan. Sinar Harian

Pautan luar

sunting