Daerah Seremban
Daerah Seremban merupakan salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam daerah ini terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandaraya Seremban. Daerah Seremban terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Daerah Seremban bersempadan dengan daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Port Dickson di barat dan daerah Rembau di selatan. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[2]
Daerah Seremban | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | سرمبن |
• Cina | 芙蓉县 |
• Tamil | சிரம்பான் |
Lokasi Daerah Seremban di Malaysia | |
Koordinat: 2°41′16″N 101°55′11″E / 2.687779654413509°N 101.91985474789888°EKoordinat: 2°41′16″N 101°55′11″E / 2.687779654413509°N 101.91985474789888°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Seremban |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Mohd Nizam Tajul Arus |
Keluasan | |
• Jumlah | 935.02 km2 (361.01 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 692,283 |
• Kepadatan | 740/km2 (1,900/batu persegi) |
Zon waktu | UTC 8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC 8 (Not observed) |
Poskod | 70xxx |
Kod panggilan | 6-06 |
Nombor plat kenderaan | N |
Pada tahun 2020, terdapat 692,283 penduduk di dalam daerah Seremban dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.6%.[3]
Etimologi dan sejarah
suntingNama "Seremban" dipercayai berasal daripada sebuah permainan bernama "batu seremban" atau juga dikenali dengan nama "selambut" yang sering dimainkan oleh kaum Cina berhampiran stesen kereta api Seremban pada waktu itu.[4]
Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Sungai Ujong telah wujud sejak kurun ke-14. Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungai Ujong tertakluk di bawah pemerintahan Kesultanan Johor. Di dalam pemerintahan sebelum kedatangan Inggeris , Sungai Ujong merupakan daerah pentadbiran yang terbesar dan tertua meliputi Beranang, Pantai, Rantau, Kelawang, Paroi, Labu, Mantin, Mendun dan Linggi. Kesemua daerah ini ditadbir oleh Datuk Kelana Petra Sungei Ujong.
Sekitar tahun 1870-an, bandar Seremban telah dibangunkan di kawasan sekitar Rasah yang didapati kaya dengan bijih timah. Bandar itu terus mengalami kemasukan penduduk yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak Inggeris mula mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Pergolakan ini ni telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya iaitu Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer. Sejak itu, penduduk Rasah mula mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris lebih selamat dan meyakinkan.[5]
Pentadbiran
suntingDaerah Seremban ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seremban dan dibahagikan kepada lapan buah mukim. Terdapat juga lapan bandar dan 26 pekan di sekitar daerah.[6]
Mukim
suntingBandar dan pekan
sunting- Bandar Seremban
- Bandar Seremban 3
- Bandar Seremban Utama
- Bandar Mantin Utama
- Bandar Baru Enstek
- Bandar Baru Kota Sri Mas
- Bandar Nilai Utama
- Bandar Sri Sendayan
- Pekan Broga
- Pekan Ulu Beranang
- Pekan Labu
- Pekan Lenggeng
- Pekan Mambau
- Pekan Nilai
- Pekan Mantin
- Pekan Pajam
- Pekan Rantau
- Pekan Tiroi
- Pekan Pancor
- Pekan Taman Seremban
- Pekan Rahang Baru
- Pekan Paroi
- Pekan Bukit Kepayang
- Pekan Dusun Setia
- Pekan Sungai Gadut
- Pekan Bukti
- Pekan Sikamat
- Pekan Shah Bandar
- Pekan Setul
- Pekan Ulu Temiang
- Pekan Paroi Jaya
- Pekan Rasah Jaya
- Pekan Senawang
- Pekan Seremban Jaya
Demografi
suntingBerdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Seremban ialah seramai 692,283 orang dengan kepadatan penduduk 726 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 59 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[7]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 224,691 tempat kediaman dengan sebanyak 185,707 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 481 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 168 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 41 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 386,177 |
Cina | 154,915 | |
India | 102,476 | |
Lain-lain | 3,720 | |
Bukan warganegara | N/A | 44,995 |
Agama
suntingMajoriti penduduk di daerah Seremban beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan Buddha yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan Hindu yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[7]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 411,915 |
Buddha | 148,411 |
Hindu | 98,714 |
Kristian | 23,152 |
Lain-lain | 5,864 |
Tidak beragama | 3,205 |
Tidak diketahui | 1,022 |
Rujukan
sunting- ^ http://seremban.ns.gov.my/pdts/my/organization/info-korporat/latar-belakang
- ^ Kawasan daerah Seremban
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan". Jabatan Perangkaan Malaysia.
- ^ "Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya". Bernama. 20 Januari 2020. Dicapai pada 2023-02-26.
- ^ "Sejarah Daerah Seremban | Portal Rasmi Majlis Bandaraya Seremban". Dicapai pada 2023-02-26.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF).
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/