Daerah Muallim
Daerah Muallim merupakan daerah ke-11 di negeri Perak diwartakan pada 1 Oktober 2015 setelah mendapat kelulusan kabinet pada 10 April 2015.
Daerah Muallim | |
---|---|
Transkripsi Lain | |
• Jawi | دائره معلم |
• Cina | {{{zh}}} |
Lokasi Daerah Muallim di Malaysia | |
Koordinat: 3°50′N 101°30′E / 3.833°N 101.500°EKoordinat: 3°50′N 101°30′E / 3.833°N 101.500°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Dinaiktaraf ke daerah penuh | 2016 |
Pusat | Tanjung Malim |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Daerah Tanjong Malim |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Nor Sham Rahman[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 934.35 km2 (360.75 batu persegi) |
Penduduk (2020)[3] | |
• Jumlah | 76,688 |
• Kepadatan | 82/km2 (210/batu persegi) |
Zon waktu | UTC 8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC 8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 35700-35900 |
Kod panggilan | 6-05 |
Nombor plat kenderaan | A |
Daerah ini terletak di selatan negeri Perak berkeluasan 93,434.65 kilometer persegi dengan penduduk seramai 76,688 orang[5], meliputi mukim Hulu Bernam Barat, Hulu Bernam Timur dan Slim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Tanjong Malim. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini ialah Majlis Daerah Tanjong Malim.
Latar belakang
suntingDaerah ini sebelumnya adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Pada 11 Januari 2016, Daerah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baharu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim. [6][7]
Etimologi
suntingAsal nama daerah ini adalah daripada perkataan Bahasa Arab; muallim yang bermaksud orang yang arif dalam bidang agama. Pemilihan nama Muallim juga adalah ekoran daripada wujudnya Sultan Idris Training College (SITC) yang dibuka pada 29 November 1922 dan menjadi pusat pengajian tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.[7][8][9]
Geografi
suntingTerletak di selatan negeri Perak, Daerah Muallim bersempadan dengan Daerah Batang Padang di utara, Daerah Bagan Datuk di barat, Daerah Raub, Pahang di timur dan Daerah Hulu Selangor, Selangor di selatan. Daerah ini dipisahkan dengan Pahang oleh Banjaran Titiwangsa dan dengan Selangor oleh Sungai Bernam.
Pecahan pentadbiran
suntingDaerah ini terbahagi kepada tiga mukim, tiga bandar dan satu pekan;
Demografi
suntingBerdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Muallim ialah seramai 76,688 orang dengan kepadatan penduduk 82 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, dengan jumlah 58,254 orang. Seramai 3,200 orang atau 4.2 peratus merupakan bukan warganegara.[10]
Pecahan etnik di daerah Muallim (2020)
Etnik | Jumlah | % |
---|---|---|
Bumiputera | 58,254 | 79.3 |
India | 8,249 | 11.2 |
Cina | 6,512 | 8.9 |
Lain-lain | 473 | 0.6 |
Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam, diikuti agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Sejumlah penduduk juga tidak beragama.
Agama | Jumlah | % |
---|---|---|
Islam | 55,526 | 72.4 |
Hindu | 7,269 | 9.5 |
Buddha | 6,218 | 8.1 |
Kristian | 4,758 | 6.2 |
Lain-lain | 1,057 | 1.4 |
Tidak beragama | 949 | 1.2 |
Tidak diketahui | 911 | 1.2 |
Rujukan
sunting- ^ "Muallim is now Perak's 11th district". 11 January 2016.
- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
- ^ https://dosm.gov.my/mycendash/
- ^ "Tanjung Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". Berita RTM. 11 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
- ^ a b Mohd Hafizee Mohd Arop (11 Januari 2016). "Muallim daerah ke-11 Perak". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
- ^ Shamsul Kamal Amarudin (11 Januari 2016). "Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak". BHOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
- ^ "Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11". Perak Today. 11 Januari 2016.
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Majlis Daerah Tanjung Malim - Laman sesawang rasmi PBT Daerah Muallim
- Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Muallim - Laman web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah
- Majlis Daerah Tanjong Malim di Facebook