Copa América 2007

Edisi Copa América 2007 telah diadakan bermula pada 26 Jun 2007 sehingga 15 Julai 2007 bertempat di Venezuela sebagai tuan rumah.

Copa América 2007
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Venezuela
Tarikh26 Jun - 15 Julai
Pasukan12 (dari 2 konfederasi)
Tempat(di 9 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Brazil (Kejuaraan Ke-8)
Naib Juara Argentina
Tempat Ketiga Mexico
Tempat Keempat Uruguay
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol86 (3.31 per perlawanan)
Kehadiran1,050,230 (40,393 per perlawanan)
Penjaring terbanyakBrazil Robinho (6 gol)
Pemain terbaikBrazil Robinho
2004
2011

Kesemua 10 buah negara di bawah naungan CONMEBOL mengambil bahagian serta dua pasukan dari luar naungan CONMEBOL telah dijemput untuk menyertai kejohanan ini; pasukan Mexico dan Amerika Syarikat.

Dalam edisi kali ini, Brazil berjaya menewaskan pasukan Argentina dalam perlawanan akhir dan mewakili CONMEBOL dalam kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.


Venue perlawanan

sunting

Sebelum kejohanan ini bermula, pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih lapan buah bandar yang akan digunakan. Sebanyak 14 buah bandar telah diusulkan, di mana penganjur telah menolak usul dari bandar Maracay, Valencia, Valera, Portuguesa dan Miranda kerana tidak mencukupi syarat. Bandar Barquisimeto, Barinas, Caracas, Ciudad Guayana (Puerto Ordaz), Maracaibo, Maturín, Mérida, Puerto la Cruz dan San Cristóbal telah dipilih untuk menganjurkan perlawanan. Namun begitu, pihak penganjur telah menimbang cadangan dari bandar Barquisimeto berdasarkan kepada cadangan stadium baru yang akan dibina di sana. Oleh sebab itu, bandar Barquisimeto telah dipilih sebagai bandar ke-9 untuk menganjurkan perlawanan dalam kejohanan ini.

Lokasi Stadium Kapasiti
Barinas Estadio Agustín Tovar 27,500
Barquisimeto Estadio Metropolitano de Lara 42,000
Caracas Estadio Olímpico de la UCV 24,900
Maracaibo Estadio José Pachencho Romero 40,000
Maturín Estadio Monumental de Maturín 52,000
Mérida Estadio Metropolitano de Mérida 42,000
Puerto la Cruz Estadio Olímpico Luis Ramos 38,000
Puerto Ordaz Estadio Polideportivo Cachamay 41,600
San Cristóbal Estadio Polideportivo de Pueblo Nuevo 40,000


Peringkat kumpulan

sunting

Setiap pasukan akan melawan pasukan lain sebanyak sekali. Tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan serta dua pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam setiap kumpulan yang mempunyai jumlah mata lebih tinggi akan memasuki peringkat kalah mati.

Kumpulan A

sunting
Pasukan Jumlah Mata Perlawanan Menang Seri Kalah Jumlah Gol Gol Bolos Beza Gol
  Venezuela 5 3 1 2 0 4 2 2
  Peru 4 3 1 1 1 5 4 1
  Uruguay 4 3 1 1 1 1 3 -2
  Bolivia 2 3 0 2 1 4 5 -1


Uruguay  0–3  Peru
(Laporan) Villalta   27'
Mariño   70'
Guerrero   88'
Kehadiran: 23,000
Pengadil:   Carlos Amarilla

Venezuela  2–2  Bolivia
Maldonado   20'
Páez   55'
(Laporan) Moreno   38'
Arce   84'
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Mauricio Reinoso

Bolivia  0–1  Uruguay
(Laporan) Sánchez   58'
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Baldomero Toledo

Venezuela  2–0  Peru
Cichero   48'
Arismendi   79'
(Laporan)
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Benito Archundia

Peru  2–2  Bolivia
Pizarro   34'85' (Laporan) Moreno   24'
Campos   45'
Kehadiran: 42,000
Pengadil:   Carlos Chandía

Venezuela  0–0  Uruguay
(Laporan)
Kehadiran: 42,000
Pengadil:   Carlos Eugênio Simon


Kumpulan B

sunting
Pasukan Jumlah Mata Perlawanan Menang Seri Kalah Jumlah Gol Gol Bolos Beza Gol
  Mexico 7 3 2 1 0 4 1 3
  Brazil 6 3 2 0 1 4 2 2
  Chile 4 3 1 1 1 3 5 -2
  Ecuador 0 3 0 0 3 3 6 -3


Ecuador  2–3  Chile
Valencia   16'
Benítez   23'
(Laporan) Suazo   20'80'
Villanueva   86'
Kehadiran: 35,000
Pengadil:   Óscar Ruiz

Brazil  0–2  Mexico
(Laporan) Castillo   23'
Morales   28'
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Sergio Pezzotta

Brazil  3–0  Chile
Robinho   36' (pen.)84'87' (Laporan)
Kehadiran: 52,000
Pengadil:   Carlos Torres

Mexico  2–1  Ecuador
Castillo   21'
Bravo   79'
(Laporan) Méndez   84'
Kehadiran: 52,000
Pengadil:   René Ortube

Mexico  0–0  Chile
(Laporan)
Kehadiran: 38,000
Pengadil:   Carlos Amarilla

Brazil  1–0  Ecuador
Robinho   56' (pen.) (Laporan)
Kehadiran: 38,000
Pengadil:   Sergio Pezzotta


Kumpulan C

sunting
Pasukan Jumlah Mata Perlawanan Menang Seri Kalah Jumlah Gol Gol Bolos Beza Gol
  Argentina 9 3 3 0 0 9 3 6
  Paraguay 6 3 2 0 1 8 2 6
  Colombia 3 3 1 0 2 3 9 -6
  Amerika Syarikat 0 3 0 0 3 2 8 -6


Paraguay  5–0  Colombia
Santa Cruz   30'46'80'
Cabañas   84'88'
(Laporan)
Kehadiran: 34,500
Pengadil:   Jorge Larrionda

Argentina  4–1  Amerika Syarikat
Crespo   11'60'
Aimar   76'
Tévez   84'
(Laporan) Johnson   9' (pen.)
Kehadiran: 34,500
Pengadil:   Carlos Chandía

Amerika Syarikat  1–3  Paraguay
Clark   35' (Laporan) Barreto   29'
Cardozo   56'
Cabañas   90 2'
Kehadiran: 28,200
Pengadil:   Victor Rivera

Argentina  4–2  Colombia
Crespo   20' (pen.)
Riquelme   34'45'
D. Milito   90 1'
(Laporan) E. Perea   10'
Castrillón   76'
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Carlos Eugênio Simon

Amerika Syarikat  0–1  Colombia
(Laporan) Castrillón   15'
Kehadiran: 37,500
Pengadil:   Manuel Andarcia

Argentina  1–0  Paraguay
Mascherano   79' (Laporan)
Kehadiran: 37,500
Pengadil:   Jorge Larrionda


Pasukan di tangga ketiga

sunting

Dua pasukan terbaik yang mendapat tempat ketiga di setiap kumpulan akan memasuki ke peringkat kalah mati.

Kumpulan Pasukan Jumlah Mata Perlawanan Menang Seri Kalah Jumlah Gol Gol Bolos Beza Gol
B   Chile 4 3 1 1 1 3 5 -2
A   Uruguay 4 3 1 1 1 1 3 -2
C   Colombia 3 3 1 0 2 3 9 -6


Peringkat kalah mati

sunting
Suku Akhir Separuh Akhir Perlawanan Akhir
                   
7 Julai - San Cristóbal        
   Venezuela  1
10 Julai - Maracaibo
   Uruguay  4  
   Uruguay   2 (4)
7 Julai - Puerto la Cruz
     Brazil   2 (5)  
   Chile  1
15 Julai - Maracaibo
   Brazil  6  
   Brazil  3
8 Julai - Maturín
     Argentina  0
   Mexico  6
11 Julai - Puerto Ordaz
   Paraguay  0  
   Mexico  0 Tempat Ketiga
8 Julai - Barquisimeto
     Argentina  3  
   Argentina  4    Uruguay  1
   Peru  0      Mexico  3
14 Julai - Caracas


Suku Akhir

sunting
Venezuela  1–4  Uruguay
Arango   41' (Laporan) Forlán   38'90 1'
García   64'
Rodríguez   86'
Kehadiran: 41,200
Pengadil:   Carlos Chandía

Chile  1–6  Brazil
Suazo   76' (Laporan) Juan   16'
Baptista   23'
Robinho   27'50'
Josué   68'
Vágner Love   85'
Kehadiran: 38,000
Pengadil:   Jorge Larrionda

Mexico  6–0  Paraguay
Castillo   5' (pen.)38'
Torrado   27'
Arce   79'
Blanco   87' (pen.)
Bravo   90 1'
(Laporan)
Kehadiran: 52,000
Pengadil:   Sergio Pezzotta

Argentina  4–0  Peru
Riquelme   47'85'
Messi   61'
Mascherano   75'
(Laporan)
Kehadiran: 38,800
Pengadil:   Carlos Eugênio Simon


Separuh Akhir

sunting

Mexico  0–3  Argentina
(Laporan) Heinze   45'
Messi   61'
Riquelme   65' (pen.)
Kehadiran: 41,600
Pengadil:   Carlos Chandía


Penentuan tempat ketiga

sunting
Mexico  3–1  Uruguay
Blanco   36' (pen.)
Bravo   68'
Guardado   76'
(Laporan) Abreu   22'
Kehadiran: 25,000
Pengadil:   Mauricio Reinoso


Brazil  3–0  Argentina
Baptista   4'
Ayala   40' (g.s.)
Alves   69'
(Laporan)
Kehadiran: 40,000
Pengadil:   Carlos Amarilla


Keputusan

sunting
 Johan Copa América 2007 
 
Brazil
Juara ke-8


Penjaring gol

sunting

6 gol
5 gol
4 gol
3 gol

2 gol

1 gol


Maskot kejohanan

sunting
 
Maskot Guaky

Guaky ialah seekor burung Scarlet Macaw, burung yang mewakili negara Venezuela. Ia memakai jersi tradisi bagi pasukan Venezuela. Di bawah kepaknya terdapat lambang tiga-warna yang terdapat pada bendera Venezuela.

Maskot ini dipilih hasil daripada peraduan yang telah dianjurkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja di seluruh Venezuela. Pemenang bagi peraduan ini ialah Jhoyling Zabaleta, seorang remaja Venezuela berumur 15 tahun.[1] Reka bentuk akhir telah dihantar ke Studio Fractal, organisasi yang terlibat dalam mereka bentuk maskot. Mereka merasakan maskot itu mempunyai personaliti yang gembira, minat terhadap sukan serta mampu memberikan keceriaan. Nama maskot, Guaky pula telah dipilih berdasarkan kaji selidik atas talian yang telah dibuat.[2]


Bola rasmi

sunting

Bola rasmi bagi kejohanan ini ialah Mercurial Veloci yang telah dibuat oleh syarikat Nike. Bola ini telah dipersembahkan pada 14 Februari 2007 semasa perlawanan persahabatan di antara pasukan Venezuela dan New Zealand oleh presiden Persekutuan Bola Sepak Venezuela, Rafael Esquivel dan diserahkan kepada datuk bandar Maracaibo, Giancarlo Di Martino - ketua jawatankuasa tempatan penganjuran kejohanan ini.


Rujukan

sunting
  1. ^ "Sketch winner of the "Pet Copa America 2007"". Journal EL MUNDO. 29 Jun 2006.
  2. ^ "Con nombre propio". ESPN Español. 1 february 2006. Dicapai pada 4 april 2012. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Pautan luar

sunting