Campa

(Dilencongkan daripada Champa)

Kerajaan Campa (Cam: ꨌꩌꨛꨩ; Jawi: چمڤا; Khmer: ចាម្ប៉ា; Vietnam: Chăm Pa 占婆 atau Chiêm Thành 占城 dalam rekod Hán Việt) atau Cepa[1] (Jawi: چڤا) merupakan kerajaan bangsa Cam yang merangkumi kawasan tengah dan selatan Vietnam moden antara abad ke-7 hingga 1832.

Kerajaan Campa
Campadesa
192–1832
Wilayah Campa sekitar tahun 1100 SM, digambarkan dalam warna hijau, terletak di sepanjang pantai Vietnam. Ke utara (warna kuning) terletak Đại Việt; ke barat (warna biru), Angkor.
Wilayah Campa sekitar tahun 1100 SM, digambarkan dalam warna hijau, terletak di sepanjang pantai Vietnam. Ke utara (warna kuning) terletak Đại Việt; ke barat (warna biru), Angkor.
Ibu negaraSimhapura
(605–757)
Virapura
(757–875)
Indrapura
(875–982)

Vijaya
(982–1471)

Kauthara polity (757–1653)
Panduranga polity
(1471–1832)
Bahasa yang umum digunakanCam , Bahasa Sanskrit , Melayu
Agama
Kepercayaan Cam, Hinduisme dan Buddhisme, kemudian Islam
KerajaanMonarki Mutlak
Sejarah 
• Didirikan
192
• Panduranga diduduki oleh Nguyễn Vietnam.
1832
Diganti oleh
Dinasti Nguyễn

Kerajaan Campa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Campa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang.[2] Mengikut sumber Sanskrit, Campa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Campa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Campa dipengaruhi agama Hindu.

Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cam, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi'.

Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Campa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penuh dengan keganasan'); dan Lâm Ấp, Hoàn Vương, dan Chiêm Thành oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Campa yang terawal.

Pengaruh Islam di Campa

sunting

Selepas tewas kepada Vietnam yang menyebabkan kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471. Sultan pertama yang memerintah Campa yang berpusat di Panduranga[perlu rujukan] ini ialah Sultan Abu Abdullah atau Wan Bo Tri-Tri[perlu rujukan] yang menggantikan bapak mertuanya. Beliau ialah putera[perlu rujukan] Aria Gajah Mada atau Ali Nurul Alam, Perdana Menteri Majapahit II[perlu rujukan] (Kelantan)[1].

Kemasyhuran

sunting

Zaman kemasyuharan Campa bermula di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar Campa ke Wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. Serangan Campa ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong, pemerintah Dai Viet.Pemerintahan beliau dapat pengiktirafan dari pada Dinasti Ming pada tahun 1369.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wong, Danny, Tze Ken (2013). "The Cham Arrivals in Malaysia: Distant Memories and Rekindled Links". Archipel. 85: 162. doi:10.3406/arch.2013.4389.
  2. ^ Dunia Melayu dan Dunia Indochina, ms 150-151
Sumber
  • Ismail Hussein, P-B. Lafont, Po Dharma (1995). Dunia Melayu dan Dunia Indochina. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN 9836247076.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Suzana Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad (2006). Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu. Crescent News (KL) Sdn. Bhd. ISBN 983-3020-01-1.