Ceranang
rojak tradisi Terengganu
Ceranang atau rojak ceranang merupakan sejenis hidangan tradisional Terengganu. Ia merupakan campuran sayur-sayuran yang dihidangkan dengan kuah kacang pedas yang pekat.
Bahan-bahan yang biasa digunakan adalah taugeh, kacang panjang, kangkung, tahu goreng, mee kuning (dicelur), telur rebus, dan timun yang dipotong-potong.
Ia mempunyai persamaan dengan pasembur.