Cathay-Keris Film Productions
Cathay-Keris Film Productions Pte. Ltd. (juga dikenali sebagai Cathay-Keris Films, Cathay-Keris Studio dan Cathay-Keris Film Studios) merupakan sebuah syarikat penerbitan filem Melayu Singapura, yang terletak di East Coast Road. Ditubuhkan pada 1951 oleh Ho Ah Loke dan Loke Wan Tho yang bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhannya, studio ini telah menerbitkan lebih 120 filem dan merupakan salah satu daripada dua penerbit filem utama (yang satu lagi ialah Malay Film Productions) semasa kemuncak pembikinan filem di Singapura pada 1950-an dan 1960-an.
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Perfileman |
Ditubuhkan | 1951 |
Dibubarkan | 1973 |
Nasib | Ditutup |
Ibu pejabat | East Coast Road, Singapura |
Kawasan perkhidmatan |
|
Tokoh penting | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Perkhidmatan |
|
Syarikat induk | Cathay Organisation |
sunting · sunting di Wikidata |
Studio ini menerbitkan banyak filem Melayu hitam-putih dan kemudiannya juga mempunyai penerbitan bersama dengan pembuat filem Perancis dan Hong Kong.[1][2] Pada tahun 1960, Cathay-Keris menerbitkan filem berbahasa Cina pertama Singapura, Lion City.[3] Ekoran kos yang tinggi dan pulangan yang rendah, studio ini menutup operasinya pada 1973.[4]
Sejarah
suntingPenubuhan
suntingPada tahun 1953, pengerusi Cathay, Loke Wan Tho telah bekerjasama dengan pengarah urusan Keris Film Productions, Ho Ah Loke untuk menubuhkan syarikat penerbitan filem, Cathay-Keris Studio.[5][6][7][8][9] Cathay-Keris diwujudkan bagi mencabar penguasaan Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers dalam industri perfileman Melayu.[10] Sebelum bekerjasama dengan Loke, Ho menjadi rakan kongsi dalam Rimau Film Productions, sebuah syarikat yang ditubuhkannya bersama Gian Singh, yang kemudiannya merupakan pengedar filem Hindustan yang ditayangkan di pawagam Cathay. Selepas pembubaran Rimau, Ho membentuk syarikatnya sendiri, Keris Film, pada tahun 1952, terletak di Tampines Road. Pada tahun berikutnya, Keris Film menerbitkan filem pertamanya, sebuah filem muzikal berjudul Ramlee Ramlah.[3][8][11] Loke bekerjasama dengan Ho dalam penerbitan filem Buloh Perindu, yang diterbitkan pada tahun 1953 di bawah panji-panji Keris Film Productions. Filem ini dipercayai merupakan filem berbahasa Melayu pertama yang dirakam dalam format warna.[7][12]
Studio Cathay-Keris terletak di 532-D East Coast Road, bersebelahan dengan Hotel Ocean Park Cathay. Bekas berek Tentera Jepun di tapak itu telah ditukar menjadi pejabat dan kantin, dan dua studio dibina. Kemudahan studio Keris Film Productions turut dipindahkan ke tapak baharu. Oleh kerana kekurangan pekerja mahir, Cathay-Keris bermula dengan hanya seorang pengarah filem dan kira-kira 60 kakitangan. Pengarah berpengalaman seperti L. Krishnan, B.N. Rao dan K.M. Basker kemudiannya direkrut dari MFP, dan mereka membantu melatih krew dan juruteknik dalam kerja.[8][13]
Penerbitan filem berbahasa Melayu
suntingCathay-Keris menerbitkan beberapa siri filem berbahasa Melayu hitam-putih termasuk Pontianak pada tahun 1957, yang diarahkan oleh Rao dan dibintangi oleh Maria Menado.[14][15] Kisah tentang pontianak wanita mendapat sambutan hangat dan ditayangkan selama tiga bulan di pawagam Cathay. Filem ini telah dialih suara dalam bahasa Kantonis untuk pasaran Hong Kong, malah dijual kepada stesen televisyen Amerika.[15] Kesinambungannya, Dandam Pontianak (1957), Sumpah Pontianak (1958), Pontianak Kembali (1963) dan Pontianak Gua Musang (1964) mengikuti kejayaan filem Pontianak.[16] Orang Minyak, satu lagi filem seram klasik berdasarkan cerita rakyat Melayu, juga diterbitkan pada tahun 1958.[17] Pada tahun 1958, Basker mengarahkan Selendang Delima, sebuah filem yang diilhamkan oleh penerbitan pentas bangsawan. Pada tahun 1961, filem Hang Jebat mencetuskan kontroversi apabila pahlawan lagenda Hang Jebat, yang menentang sultan Melaka, digambarkan sebagai pahlawan oleh pengarah Hussein Haniff. Hussein juga mengarahkan Dang Anom (1962) dan Dua Pendekar (1964).[18][15]
Zaman kegemilangan
suntingPengedaran filem berbahasa Melayu Cathay-Keris sangat terhad kepada pasaran Singapura dan Malaya yang sederhana. Berikutan halangan terhadap filem Singapura di Indonesia, Cathay-Keris menghadapi kesukaran untuk mengedarkan filem terbitan mereka di sana. Filem terbitan tempatan juga menghadapi saingan sengit daripada filem berbahasa Indonesia, Hindustan dan Inggeris, yang diterbitkan dalam format warna dan dianggap lebih unggul. Permintaan untuk filem berbahasa Melayu merosot, dan Cathay melaporkan kerugian $1.5 juta dalam tempoh lapan tahun pertama operasinya. Pada tahun 1959, Cathay-Keris mula menerbitkan filem cereka berbahasa Cina. Lion City, filem berbahasa Cina pertama studio itu, telah ditayangkan pada November 1960. Tayangan khas pada 6 Disember 1960 telah dihadiri oleh Yang di-Pertuan Negara, Yusof Ishak dan isteri.[19][20][21]
Mogok 1961
suntingPada 12 Disember 1961, lebih daripada 100 pekerja Cathay-Keris telah berhenti bekerja di studio. Para pekerja, yang merupakan ahli Kesatuan Pekerja Am Singapura, berhenti bekerja selepas rundingan mengenai tuntutan gaji gagal dengan pihak pengurusan.[22]
Mogok itu berakhir selepas tujuh hari berikutan perjanjian antara Kesatuan dan pihak pengurusan. Menurut Dominic Puthucheary, Naib Presiden Kesatuan Pekerja Am Singapura, perjanjian itu menjanjikan kenaikan gaji sebanyak S$15 sebulan, dua minggu cuti tahunan, bonus sebulan, rawatan perubatan percuma dan 10% "bonus insentif" daripada keuntungan yang diperoleh daripada gambar.[23]
Penerbitan belanjawan tinggi
suntingPada tahun 1960, Ho menarik diri dari Cathay-Keris dan berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum pengundurannya, beliau dan Loke membuat undian untuk filem yang mereka terbitkan. Semua filem yang diambil Ho kemudiannya dibuang termasuk dua filem pertama Pontianak. Pada tahun 1961, Ho mengambil alih Merdeka Studio di Kuala Lumpur dan menerbitkan banyak filem di bawah panjinya.[19][20]
Pada tahun 1962, Cathay-Keris telah bekerjasama dengan pasukan pembikin filem Perancis untuk menerbitkan filem Your Shadow is Mine, tetapi ia menjadi kegagalan pecah panggung. Pada Jun 1962, Cathay-Keris menerbitkan bersama A Star of Hong Kong dengan studio Cathay di Hong Kong. Filem yang dibintangi oleh pelakon Hong Kong Yu Ming dan tokoh terkemuka Jepun, Akira Takarada, menampilkan dialog bahasa Inggeris, Mandarin dan Jepun. Pada Jun 1963, Cathay-Keris menerbitkan filem luar negara pertamanya, Malam-di-Tokyo, yang menjalani penggambaran di Jepun. Malangnya, filem ini tidak membawa kejayaan pecah panggung yang sangat diharapkan untuk Cathay-Keris.[24][25]
Ulang tahun ke-10
suntingCathay-Keris meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan tambahan akhbar di The Straits Times dan Berita Harian Singapura. Dalam The Straits Times, suplemen sepanjang 6 muka surat itu merekodkan kejayaan Cathay-Keris sebagai "perintis" industri serba baharu.[26] Ia menyatakan bahawa studio itu telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 12,000 pelawat pada tahun 1961 hasil daripada dasar "pintu terbuka"nya.[27]
Begitu juga, suplemen ulang tahun ke-10 tahun dalam Berita Harian Singapura mendokumentasikan kejayaan pecah panggung Cathay dan penerbitan filemnya.[28] Tambahan 4 muka surat itu menyatakan bahawa 30% penonton filem Cathay-Keris bukan Melayu yang merupakan penunjuk jangkauan luas studio itu.[29]
Penutupan
suntingMenghadapi persaingan dari televisyen dan kehilangan pasaran Indonesia akibat Konfrontasi Indonesia (1963–66), Cathay-Keris memberhentikan 45 kakitangan studio pada tahun 1965 dan 17 kakitangan lagi pada tahun 1966. Pada tahun 1973, Cathay-Keris menerbitkan dua filem terakhirnya, Satu Titik Di Garisan dan Hati Batu, menandakan berakhirnya penerbitan filem Melayu di Singapura.[3][25][30] Untuk beberapa tahun akan datang, studio itu memfokuskan kepada penerbitan iklan, filem perhubungan awam dan laporan berita sebelum menghentikan operasinya pada tahun 1977.[4]
Legasi
suntingPada September 2021, sebanyak 33 filem terbitan Cathay-Keris Films ditayangkan di Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand. Ia merupakan hasil kerjasama antara penyedia TV berbayar, Astro dengan IE Entertainment yang berpangkalan di Singapura.[31][32][33]
Filemografi
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Millet 2006, m/s. 34–36.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 132–139.
- ^ a b c "FILM INDUSTRY HERE: Ups and Downs and Ups" [INDUSTRI PERFILEMAN DI SINI: Naik dan Turun dan Naik] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 22 Mei 1998. m/s. 4. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ a b "20 years of movie-making with many award-winners" [20 tahun pembikinan filem dengan memenangi banyak anugerah] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 23 Februari 1996. m/s. 2. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Abi 1987, m/s. 8.
- ^ Millet 2006, m/s. 34.
- ^ a b Hamzah 1997, m/s. 44.
- ^ a b c Salleh 1989, m/s. 5.
- ^ "NEW FILM STUDIO IS BIGGEST YET" [STUDIO FILEM BAHARU BAKAL MENGGEGAR] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 25 November 1951. m/s. 3. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Ong Sor Fern (3 Ogos 2005). "Screen gems return from the dead" [Permata skrin kembali dari kematian] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 3. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "Page 15 Advertisements Column 2: Ramlee Ramlah" [Halaman 15 Iklan Ruangan 2: Ramlee Ramlah] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 11 Jun 1953. m/s. 15. Dicapai pada 12 November 2018.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 115.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 119.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 120.
- ^ a b c Bissme S (3 Januari 2001). "Movie Landmarks: The Unforgettable Movies" [Mercu Tanda Filem: Filem Yang Tidak Dilupakan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily.
- ^ Millet 2006, m/s. 44–45.
- ^ "Oily Man on the Screen" [Orang Minyak di Layar Perak] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 14 Februari 1958. m/s. 10. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 129–130.
- ^ a b Kay Tong 1991, m/s. 124.
- ^ a b Kay Tong 1991, m/s. 126.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 132.
- ^ "CATHAY-KERIS FILM STUDIO PARALYSED BY STRIKE" [STUDIO FILEM CATHAY-KERIS LUMPUH AKIBAT MOGOK] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 12 Disember 1961. m/s. 20. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "Cathay staff back after seven-day strike" [Kakitangan Cathay kembali selepas mogok tujuh hari] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 19 Disember 1961. m/s. 24. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Kay Tong 1991, m/s. 135.
- ^ a b Kay Tong 1991, m/s. 139.
- ^ "CATHAY-KERIS: A true pioneer industry-and not a cent in aid" [CATHAY-KERIS: Industri perintis sejati-dan bukan satu sen dalam bantuan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 30 Januari 1962. m/s. 13. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "EVERY YEAR THOUSANDS OF VISITORS MAKE A TOUR OF STUDIOS" [SETIAP TAHUN RIBUAN PELAWAT MENJELAJAH KE STUDIO] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 30 Januari 1962. m/s. 18. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "Senarai kemajuan Cathay". Berita Harian Singapura. 30 Januari 1962. m/s. 5. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "30 peratus penonton2 bukan Melayu". Berita Harian Singapura. 30 Januari 1962. m/s. 6. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "Hati Batu filem terakhir M. Amin dgn Cathay". Berita Harian Singapura. 2 September 1973. m/s. 7. Dicapai pada 22 November 2022.
- ^ Khadijah Ibrahim (28 Ogos 2021). "Filem terbaik keluaran Cathay-Keris untuk penonton Astro". Bebas News. Dicapai pada 22 November 2021.
- ^ "Astro siar semula 33 filem Cathay-Keris". Berita Harian Singapura. 13 Oktober 2021. Dicapai pada 22 November 2021.
- ^ "Astro & I.E. Entertainment Jalinkan Kerjasama Bawakan 33 Buah Filem Terbaik Melayu Klasik Era Cathay-Keris Films". Kopiplanet. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 22 November 2021.
Bibliografi
sunting- Raphaël Millet (2006). Singapore Cinema [Pawagam Singapura] (dalam bahasa Inggeris). Singapura: Editions Didier Millet. m/s. 34–45. ISBN 981415542X.
- Lim Kay Tong (1991). Cathay: 55 Years of Cinema [Cathay: 55 Tahun Pawagam] (dalam bahasa Inggeris). Singapura: Landmark Books. m/s. 115–139. ISBN 9813002425.
- Hamzah Hussin (1997). Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film ke Studio Merdeka. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 44. ISBN 9679423581.
- Salleh Ghani (1989). Sejarah Filem Melayu. Kuala Lumpur: Variapop Group. m/s. 3–5.
- Abi (1987). "Filem Melayu Dahulu dan Sekarang". Shah Alam, Selangor: Marwilis. m/s. 2–8.