Boris Nikolayevich Yeltsin (Rusia: Mengenai audio iniБорис Николаевич Ельцин ; IPA: [bɐˈɾʲis nʲɪkɐˈɫaɪvʲɪtɕ ˈjelʲtsɨn]) (1 Februari 1931 – 23 April 2007) ialah Presiden pertama Persekutuan Rusia yang berkhidmat dari tahun 1991 hingga 1999.

Boris Nikolayevich Yeltsin
Борис Николаевич Ельцин
Presiden Rusia Pertama
Dalam jawatan
10 Julai 1991 – 31 Disember 1999
Perdana MenteriYegor Gaidar
Viktor Chernomyrdin
Sergey Kiriyenko
Yevgeny Primakov
Sergei Stepashin
Vladimir Putin
Didahului olehJawatan diasaskan
Digantikan olehVladimir Putin
Naib PresidenAlexander Rutskoy (1991-1993)
Maklumat peribadi
Lahir1 Februari 1931
Butka, Sverdlovsk, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Mati23 April 2007(2007-04-23) (umur 76)
Moscow, Rusia
Parti politikParti Komunis Kesatuan Soviet (hingga 1990)
Bebas (mulai 1990)
PasanganNaina Yeltsina
TandatanganTandatangan

Yeltsin mengambil alih tampuk pemerintahan dengan harapan tinggi. Pada 12 Jun 1991, beliau dipilih menjadi presiden Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dengan 57% undian, menjadikannya presiden pertama yang dipilih melalui undian awam. Sungguhpun demikian, sambutan orang ramai terhadap Yeltsin menjunam setelah negara Rusia mengalami krisis demi krisis ekonomi dan politik pada 1990-an. Zaman pemerintahan Yeltsin dicemari korupsi berleluasan, kegawatan ekonomi, dan masalah politik dan sosial yang besar. Ketika beliau meletak jawatan, kajian menganggarkan cuma 2% rakyat yang menyokong Yeltsin.[1]

Berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada Disember 1991, Yeltsin yang berikrar agar mengubah ekonomi perancangan pusat sosialis negaranya menjadi ekonomi pasaran bebas, mendukung pembebasan harga dan rancangan penswastaan. Akibat amalan rasuah dan faktor-faktor lain, kebanyakan kekayaan negara jatuh di tangan segelintir kecil orang sahaja.[2]

Pada Ogos 1991, Yeltsin disanjung di peringkat antarabangsa kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat serta berjaya meredah percubaan merampas kuasa oleh ahli-ahli pemerintah Soviet yang menentang perestroika. Beliau melepaskan jawatan dengan sambutan dingin oleh penduduk Rusia yang mencemuhnya sebagai seorang autokrat yang lemah.[3] Beliau bertindak sebagai perdana menteri sendiri (hingga Jun 1992) atau melantik menteri-menteri sendiri tanpa menghiraukan parlimen. Pertelingkahan antara Yeltsin dengan parlimen memuncak dalam krisis perlembagaan pada Oktober 1993, apabila beliau mengerah tentera untuk menawan semula Rumah Putih Rusia, selepas musuh-musuhnya menawan bangunan tersebut. Pada 1993 juga, Yeltsin mengisytiharkan perlembagaan baru yang memperkasakan kuasa presiden, yang diluluskan oleh referendum pada Disember.

Beberapa jam sebelum hari pertama tahun 2000, Yeltsin menggemparkan dunia dengan mengumumkan beliau menyerahkan jawatan kepada Vladimir Putin.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Transcripts of 'Insight' on CNN". CNN. 2002-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 2007-07-17.
  2. ^ Åslund, Anders (1999). "Russia's Collapse". Foreign Affairs. Council on Foreign Relations. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 17 Julai 2007.
  3. ^ Paul J. Saunders, "U.S. Must Ease Away From Yeltsin", Newsday, 14 May 1999. [1] Diarkibkan 2009-03-10 di Wayback Machine

Pautan luar

sunting
Jawatan politik
Didahului oleh
Vitaly Vorotnikov
Pengerusi Presidium Soviet Agung RSPS Rusia
29 Mei 1990–10 Julai 1991
Diikuti oleh:
Ruslan Khasbulatov
Didahului oleh
Konstantin Kobetz
Pemangku
Pemangku
Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia

16 Mac–18 Mei 1992
Diikuti oleh:
Pavel Grachev
Didahului oleh
Jawatan ditubuhkan
Presiden Rusia
10 Julai 1991–31 Disember 1999
Diikuti oleh:
Vladimir Putin