Bhutan Airlines
Tashi Air Pvt. Ltd., diniagakan sebagai Bhutan Airlines, ialah syarikat penerbangan swasta pertama dari Bhutan. [2] Ibu pejabatnya berada di Bandar Thimpu . [3]
| |||||||
Ditubuhkan | 4 Disember 2011 | (sebagai Tashi Air)||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 18 Disember 2011 13 Oktober 2013 (meneruskan Perkhidmatan sebagai Bhutan Airways) | (memulakan Operasi penerbangan ke Bathpalathang dan Yonphula) ||||||
Pangkalan |
| ||||||
Pesawat | 2 (jumlah keseluruhan armada) [1] | ||||||
Destinasi | 6 (jumlah keseluruhan destinasi) | ||||||
Syarikat induk | Kumpulan Tashi | ||||||
Ibu pejabat | Thimphu, Bhutan | ||||||
Orang penting | Phala Dorji (CEO) Ugyen Tenzin (GM, Komersial/Ops Darat) | ||||||
Laman web | www |
Syarikat penerbangan itu meneruskan perkhidmatan pada Tarikh 10 Oktober 2013, memulakan penerbangan antarabangsa pertamanya ke India dan Negara Thai. [4] [5] Syarikat penerbangan itu melayani bandar-bandar Jakar dan Trashigang di Bhutan dari permulaan sehingga Jun 2012, menangguhkannya kerana peningkatan kerugian kewangan; namun, selepas mendapat persetujuan dengan pemerintah Bhutan, syarikat penerbangan tersebut telah meneruskan jadual penerbangan lengkap termasuk Kolkata ke Paro, Bhutan. [6]
Data Kod
suntingMengenai Bhutan Airways
suntingBhutan Airlines (Tashi Air Private Limited), ialah syarikat penerbangan swasta pertama Bhutan wujud selepas Kumpulan Syarikat Tashi, mengalahkan syarikat usaha sama lain dan memenangi lesen untuk mengendalikan perkhidmatan syarikat penerbangan itu untuk sektor domestik dan antarabangsa.
Melalui Dasho Ugen Dorji yang mendirikan Kumpulan Tashi (Tashi Group of Companies) pada Tahun 1959 dengan visi untuk memunculkan Best Of Bhutan (Terbaik dari Bhutan) dengan mengikuti panduan Beilau untuk pembangunan dan pertumbuhan di Kerajaan.
Pada Tarikh 4 Disember 2011, Syarikat Penerbangan Bhutan menerima pesawat pertama, sebuah Pesawat siri Pilatus PC12 dengan kapasiti 8 penumpang untuk operasi domestik. syarikat penerbangan Bhutan Airways memulakan penerbangan antarabangsa pertama dari Paro ke Bangkok pada Tarikh 10 Oktober 2013 diikuti dengan penerbangan berjadual harian ke Kolkata pada Tarikh 16 Disember 2013. Pesawat siri Airbus A320 mengendalikan kedua-dua sektor ini dengan kapasiti tempat duduk 150 penumpang.
Hari ini Syarikat Penerbangan Bhutan beroperasi dengan dua pesawat A319 dengan kapasiti tempat duduk 126 penumpang yang merangkumi 12 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 114 tempat duduk Ekonomi. syarikat penerbangan Bhutan Airways ada penerbangan harian dari Bangkok ke Paro melalui Kolkata, India dan tiga penerbangan seminggu ke Delhi melalui Kathmandu.[7]
Sejarah
suntingSyarikat penerbangan itu, yang kemudian dikenali sebagai Tashi Air, dilancarkan pada Tarikh 4 Disember 2011. [8] Syarikat penerbangan ini adalah anak syarikat Kumpulan Tashi . Syarikat penerbangan ini memulakan penerbangan berjadual ke Bathpalathang dan Yonphula pada Tarikh 18 Disember 2011. [9] Namun, selepas hanya enam bulan beroperasi, syarikat penerbangan tersebut meminta izin Kerajaan Bhutan untuk menangguhkan penerbangan domestik. [10] [ siapa? Syarikat penerbangan itu meneruskan perkhidmatan pada Tarikh 10 Oktober 2013 sebagai Bhutan Airlines (Syarikat Penerbangan Bhutan), selepas mendapatkan sewa basah sebanyak satu pesawat Airbus A320 dari sebuah syarikat yang berpangkalan di Lithuania. Penerbangan ke Kolkata dan terus ke Bangkok ditawarkan pada mulanya. [5] Syarikat penerbangan tersebut diminta untuk meneruskan penerbangan domestik pada Bulan Oktober 2014, berdasarkan perjanjian dengan Kerajaan Bhutan. [11] Selepas tamat kontrak sewa basah, Syarikat Penerbangan Tashi Air memperoleh pesawat Airbus A319 dengan kapasiti tempat duduk 122 penumpang pada Tarikh 1 Mei 2014. [12] Ia menerima Pesawat Airbus A319 kedua pada Tarikh 30 Julai 2014.
Pejabat
suntingIbu pejabat Syarikat Penerbangan Bhutan terletak di Pusat membeli-belah Tashi, bertentangan dengan Hotel Taj Tashi di Thimphu. Syarikat penerbangan ini juga mempunyai pejabat lain di Paro bersama dengan pejabat lapangan terbang. Pejabat utama Syarikat Penerbangan Bhutan terletak di Kolkata, India dan di Bangkok, Negara Thai - di mana mereka diwakili oleh OMG Experience Co., Ltd. sebagai GSA (Agen Jualan Am di Negara Thai). [13] Pejabat lain terletak di Bandar Kathmandu, Nepal dan di Malaysia. [14]
Destinasi
suntingSetakat Disember 2022, Syarikat Penerbangan Bhutan melayani destinasi berikut:[15]
Negara | Bandar | Lapangan terbang | Catatan | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Bhutan | Paro dan Thimphu | Lapangan Terbang Paro | Hab utama Bhutan Airlines | |
India | Delhi | Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi | [16] | |
Kolkata | Lapangan Terbang Netaji Subhash Chandra Bose In | |||
Bermusim: Mumbai | Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji | Bermusim | ||
Nepal | Kathmandu | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan | [17] | |
Negara Thai | Bangkok | Lapangan Terbang Suvarnabhumi |
Syarikat penerbangan itu menunggu izin pada Tahun 2015 untuk mengendalikan penerbangan ke Bagdogra, India. Ia juga berharap dapat memulakan operasi dari Lapangan Terbang Durgapur Kazi Nazrul Islam, selepas MoU (Memorandum Persefahaman) ditandatangani antara Tashi Air dan BAPL Durgapur pada Januari 2016. Destinasi lain yang dirancang termasuk Dhaka, Singapura, Dubai, dan Hong Kong (Republik Rakyat China). [18]
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Bhutan (B3)
sunting-
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Bhutan dengan siri Airbus A319 (A5-BAC) tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok .
-
Bhutan Airlines Airbus A319-100
Armada
suntingArmada Syarikat Penerbangan Bhutan terdiri daripada pesawat berikut (setakat September 2019): [19] [20]
Lapangan Terbang | Dalam Perkhidmatan | Penumpang | Nota |
---|---|---|---|
Airbus A319-100 | 2 | 122/125 |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Our story".
- ^ "Tashi Air- Bhutan Airlines | Department of Civil Aviation - Bhutan". Department of Civil Aviation (Bhutan). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-30. Dicapai pada 2012-01-14.
- ^ "Our Office Address". Bhutan Airlines. Dicapai pada 2019-12-04.
Head Office - Bhutan Bhutan Airlines Tashi Mall, Opposite Taj Tashi Hotel, P.O Box No. 1517, Thimphu
- ^ JL (August 17, 2013). "Bhutan Airways to Start Kolkata / Bangkok Service from October 2013; Airline Route – Worldwide Airline Route Updates". Airlineroute.net. Dicapai pada October 5, 2013.
- ^ a b "Tashi Air of Bhutan starts flights to Bangkok from Paro". Anna.aero. October 17, 2013. Dicapai pada October 19, 2013.
- ^ "Bhutan Airlines - Our Destinations". Bhutan Airlines. Bhutan Airlines. 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2016. Dicapai pada 2 June 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ http://www.bhutanairlines.bt/about-us/corporate-profile/our-story
- ^ "Tashi Group - TASHI AIR LAUNCHED ON 4TH DEC. 2011". tashigroup.bt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-06. Dicapai pada 12 December 2014.
- ^ "TASHI AIR LAUNCHED ON 4TH DEC. 2011". Tashi Group. 2011-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-06. Dicapai pada 2012-03-30.
- ^ "Bhutan Airlines wants to bow out for a while". Bhutan Travel Designers. 2012-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-11. Dicapai pada 2013-10-05.
- ^ Dorji, Gyalsten (October 3, 2013). "Tashi's Airbus A320 lands". Kuensel Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada October 5, 2013.
- ^ "Bhutan Airlines - Fly with us to the Land of Happiness". bhutanairlines.bt. Dicapai pada 12 December 2014.
- ^ "OMG Experience (Bhutan Airlines GSA)". OMG Experience. 2013-12-04. Dicapai pada 2013-03-30.
- ^ "Bhutan Airlines - Our Offices". Tashi Group. 2011-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-24. Dicapai pada 2012-03-30.
- ^ http://www.bhutanairlines.bt/about-us/routes/our-destinations
- ^ "Bhutan Airlines Adds Delhi Service from mid-September 2015". airline route.net. 25 February 2015.
- ^ "BHUTAN AIRLINES SCHEDULES NEPAL SERVICE IN 4Q22" (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 29 September 2022. Dicapai pada 30 September 2022.
- ^ Dorji, Gyalsten (August 12, 2013). "Tashi Air inaugural int'l flight on Oct. 10". Kuensel Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-11. Dicapai pada October 5, 2013.
- ^ "Bhutan Airlines fleet details". Dicapai pada 20 April 2019.
- ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World: 5. October 2019.
Pautan luaran
sunting- www
.bhutanairlines .bt - www
.bhutanairlines .bt /about-us / - www
.bhutanairlines .bt /about-us /routes /our-destinations - www
.bhutanairlines .bt /travel-tools /baggage-and-cargo /baggage-allowance - www
.bhutanairlines .bt /quick-links /travel-guide - www
.bhutanairlines .bt /quick-links /flight-schedule - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile / - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile /our-story - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile /our-profile - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile /corporate-information - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile /our-office-address - www
.bhutanairlines .bt /about-us /corporate-profile /our-partners - www
.bhutanairlines .bt /about-us /routes / - www
.bhutanairlines .bt /assets /bhutan-airlines-images /pdf /TashiVol3 _2019 .pdf - www
.bhutanairlines .bt /flight-information /faq - Laman Web Rasmi Bhutan Airlines