Bendera dan jata Perlis

(Dilencongkan daripada Bendera Perlis)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Negeri Perlis sahaja.

Perlis
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1870
RekaanLatar warna dibahagikan menjadi 2, "Kuning Emas" dibahagian atas, dan "Biru Gelap" dibahagian bawah.
Jata Negeri Perlis
Butiran
JenisFlag of a country subdivision (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Diterima pakai1870 Sunting nilai ini di Wikidata
JabaranPerisai berlatar hijau, dengan bunga kuning beras, dan tulisan "Perlis", di dalam perisainya.
Penopang/
penyokong
Padi Hijau.
Cogan kataPerlis.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Negeri Perlis

sunting

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".

Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.

Jata Negeri Perlis

sunting

Lambang Negeri Perlis mempunyai lingkaran padi, perisai dan tulisan Jawi yang bertulis "Negeri Perlis". Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting