Bebaling
Bebaling (Bahasa Jerman, Bahasa Inggeris: Propeller, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Portugis: Hélice) atau baling-baling ialah sejenis alat mekanikal berbentuk kipas yang memindahkan kuasa dengan menukar daya putaran menjadi daya tujahan. Ia digunakan untuk menggerakkan kapal terbang, kapal, kapal selam ataupun bendalir di dalam pam. Ia terdiri daripada satu atau lebih bilah yang beroperasi seperti skru atau sayap yang berputar. Apabila tekanan berbeza antara permukaan depan dan belakang bilah dihasilkan, air atau udara akan memecut di belakang bilah yang akan menghasilkan daya tujahan. Prinsip dinamik bebaling adalah berdasarkan model prinsip Bernoulli dan hukum ketiga Newton.
Garis pusat bebaling
suntingGaris pusat (diameter) bebaling ditakrifkan sebagai "Dua kali jarak dari pusat hab bebaling hingga ke hujung bilah" [1].
Nisbah mara kipas (propeller advance ratio)
suntingNisbah mara kipas, dikira menggunakan rumus berikut:
di mana
- ialah halaju arus bebas (freestream velocity)
- ialah laju putaran kipas (propeller rotational speed)
- ialah garis pusat bebaling
Komponen bebaling
suntingSistem antiais bebaling (propeller anti-icer)
suntingSistem dalam kapal terbang yang mengawal aliran alkohol dan gliserin di sepanjang sibar haluan bilah bebaling bagi mengelakkan pembentukan ais pada bilah. [1]
Hab bebaling (propeller hub)
suntingBahagian tengah bebaling yang menjadi tempat untuk melekatkan bilah pada bebaling. Bahagian ini juga melekatkan bebaling ke enjin. [1]
Brek bebaling (propeller brake)
suntingBrek geseran yang digunakan pada enjin turboprop untuk mengelakkan bebaling daripada berputar semasa penerbangan serta ketika pesawat berada dalam kedudukan suai anggul untuk mencegah berlaku kinciran semasa enjin dalam operasi malar. [1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. "Bebaling", Diperoleh 22 Mei 2011.
Pautan luar
sunting- Propeller Titanic
- Bebaling kapal terbang Diarkibkan 2011-12-14 di Wayback Machine