Bangunan Empire State
Rencana ini perlu dikemas kini.(Julai 2022) |
Bangunan Empire State adalah bangunan pencakar langit setinggi 381 meter atau 1,250 kaki (ketinggian antena tidak dikira) dan mempunyai 102 tingkat di bandar raya New York. Nama bangunan ini diambil dari nama gelaran New York. Bangunan ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dan di New York selama hampir empat tahun sejak 1931 mengalahkan Bangunan Chrysler hingga 1974 setelah dikalahkan oleh Menara Sears di Chicago.
Bangunan Empire State | |
---|---|
Etimologi | Empire State (en) |
Maklumat umum | |
Jenis | Bangunan pejabat, pencakar langit, tarikan pelancong |
Gaya seni bina | Art Deco architecture (en) |
Lokasi | 351, Fifth Avenue 20, 34th Street, Manhattan, 10118 |
Negara | Amerika Syarikat |
Koordinat | 40°44′54″N 73°59′7″W |
Pembinaan bermula | 1r Mei 1931 |
Dirasmikan pada | 1r Mei 1931 |
Pembiayaan | 40,948,900 $ |
Pemilik | Empire State Realty Trust (en) |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | tinggi seni bina: 453 m tinggi ke puncak: 1,500 ft |
Butiran teknikal | |
Bahan | Keluli, batu kapur, batu bata, simen |
Bilangan tingkat | 102 |
Lif/mesin pengangkat | 73 |
Keluasan permukaan | 2,248,355 ft² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Shreve, Lamb & Harmon (en) |
Jurutera penstrukturan | Homer G. Balcom (en) |
Tapak web | |
http://www.esbnyc.com | |
sunting · sunting di Wikidata |
Semenjak keruntuhan Menara Berkembar World Trade Center pada serangan 11 September 2001, bangunan ini kembali menjadi bangunan tertinggi di New York. Kini, bangunan ini adalah bangunan ketiga tertinggi di Amerika Syarikat, di belakang Menara Sears dan One World Trade Center yang didirikan atas bekas tapak kompleks World Trade Center itu.
Rujukan
sunting