Arianisme
Arianisme biasanya merujuk pada ajaran-ajaran agama yang diwarwarkan oleh seorang ahli agama, Arius (250-336) yang tinggal dan mengajar di Iskandariah, Mesir pada awal kurun ke-4. Ajaran-ajaran Arius yang paling kontroversi menyentuh hubungan antara Tuhan Bapa dan diri Jesus dan bertentangan ajaran Triniti yang mendominasi Gereja (dan kemudiannya dipertahankan oleh Gereja Rom Katolik, Gereja Ortodoks Timur dan banyak mazhab Protestan).
Istilah Arianism juga merujuk pada sistem-sistem keagamaan bukan triniti yang lain pada kurun ke-4 yang menganggap Anak Tuhan, Logos sebagai makhluk (sebagaimana dalam Arianisme asli dan Anomoeanism) atau sebagai makhluk dan tidak pula bukan makhluk dalam ertikata kejadian lain (sebagaimana dalam separa Arianisme).
Asal-usul
suntingArius mengajar yang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak adalah tidak wujud bersama-sama secara abadi. Malahan, Arius mengajar yang Jesus yang sebelum inkarnasi adalah zat yang dicipta (dan berkemungkinan lebih rendah tarafnya daripada) Bapa pada sesetengah bahagian, iaitu sebelum dicipta, Anak tidak pernah wujud. Dalam karya-karya berbahasa Inggeris, kadang kala dikatakan bahawa golongan Arius ini mempercayai bahawa Jesus adalah atau pernah menjadi "makhluk"; dalam konteks ini, perkataan tersebut digunakan dalam ertkatanya yang sebenar iaitu "zat yang telah diciptakan".
Dalam banyak-banyak ketidaksefahaman di dalam Gereja, kontroversi Arius ini mempunyai kekuatan dan kuasa terbesar di dalam konflik agama dan politik, dengan pengecualian mungkin pada Reformasi Protestan. Konflik antara Arianisme dan kepercayaan Triniti adalah konfrontasi utama yang pertama di dalam Gereja selepas pengesahan agama Kristian oleh Maharaja Rom, Constantine I.
Kontroversi terhadap Arianisme mula melonjak pada akhir kurun ke-3 dan berlanjutan sehingga sebahagian besar kurun ke-4 dan membabitkan banya anggota-anggota gereja, penganut-penganut biasa, para paderi, para biarawan, para biskop, maharaja dan malahan keluarga diraja Rom. Pun begitu, kontroversi dalam Gereja yang sebegini luas tidak berlanjutan pada kurun ke-3 dan 4, tanpa pengaruh penting sejarah yang telah menyediakan asas-asas kepercayaan golongan Arianisne. Kebanyakan pengkaji sejarah Kristian ortodoks atau dari aliran utama mentakrifkan konflik golongan Arianisme dan menghadkannya sebagai gerakan eksklusif Arius dan segolongan kecil para biskop yang terlibat dalam gerakan "ajaran sesat". Dalam anggaran hingga 300 orang biskop yang menghadiri Persidangan Pertama Nicea, hanya tiga orang biskop yang tidak mahu menandatangani Syahadat Nicea.
Bagaimana pun, kini terdapat bukti-bukti bahawa terdapat pandangan berbeza yang sangat meluas mengenai sifat semulajadi Jesus yang dipercayai oleh penganut-penganut Kristian di dalam Gereja Terawal. Hanya setelah perbalahan mengenai Arius mempolitikkan debat dan mendapat penyelesaian "katolik" bagi perdebatan itu dicari, dengan majoriti besar berpegang pada ajaran triniti, ajaran Arius kemudian dengan secara rasminya diisytihar sebagai ajaran bidaah. Namun yang ironinya tentang ini, Gereja Roman Katolik mensucikan paderi Lucian dari Antioch sebagai seorang pemimpin Kristian terawal yang bijaksana dan berbakat sebagai mati syahid, sekalipun Lucian didakwa mengajar perkara yang hampir serupa dengan apa yang dikenali kemudiannya sebagai Arianisme. Arius adalah salah seorang pelajar dari akademi persendirian Lucian di Antioch. Golongan Ebionit juga yang berada di kelompok Kristian terawal, juga mungkin pernah mempercayai malahan mempertahankan pegangan yang serupa yang dapat dikaitkan dengan ajaran Arianisme.
Catatan
suntingPautan luar
sunting- Catholic Encyclopeia: Arianism
- Christian Cyclopedia: Arianism
- Concordia Cyclopedia: Arianism (page 1) Diarkibkan 2016-04-14 di Wayback Machine (page 2) (page 3) Diarkibkan 2016-04-14 di Wayback Machine
- Holy Arian Catholic and Apostolic Church Diarkibkan 2006-04-09 di Wayback Machine (Arian Catholic viewpoint)
- Believe: Arianism
- Jewish Encyclopedia: Arianism
- Concise Summary of the Arian Controversy [1]
- English translations of all extant letters relating to early Arianism Diarkibkan 2008-01-10 di Wayback Machine
- A map showing the location of early sympathizers with Arius, and providing English translations of the ancient sources for this information Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine