Argon (Jawi: ارݢون) sejenis unsur kimia dengan simbol Ar dan nombor atom 18. Ia terletak di dalam kumpulan 18 (kumpulan gas adi) jadual berkala. Argon ialah gas ketiga paling banyak dalam atmosfera Bumi; ia membentuk 0.93% (9,300 ppm) kandungan atmosfera. Kandungan argon dalam atmosfera adalah kira-kira 23.8 kali ganda lebih banyak daripada gas ke-4 terbanyak dalam atmosfera, karbon dioksida (390 ppm), dan lebih 500 kali ganda lebih banyak daripada gas neon (18 ppm). Hampir kesemua gas argon di atmosfera ialah argon-40 yang radiogenik, yang terhasil daripada pereputan kalium-40 di dalam kerak Bumi. Isotop argon terbanyak di seluruh alam semesta ialah argon-36, kerana isotop ini yang paling kerap dihasilkan oleh sintesis nuklear bintang-bintang dalam supernova.

Argon,  18Ar
Bebuli yang mengandungi gas ungu berkilau
Garis spektrum argon
Ciri-ciri umum
Sebutan/ˈɑːrɡɒn/
Rupagas tidak berwarna dengan kilauan ungu apabila diletakkan di dalam medan elektrik bervoltan tinggi
Argon dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
Ne

Ar

Kr
klorinargonkalium
Nombor atom (Z)18
Kumpulan, kalakumpulan 18 (gas nadir), kala 3
BlokBlok p
Berat atom piawai (Ar)39.948(1)
Konfigurasi elektron[Ne] 3s2 3p6
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 8
Ciri-ciri fizikal
Fasagas
Takat lebur83.80 K ​(−189.35 °C, ​−308.83 °F)
Takat didih87.30 K ​(−185.85 °C, ​−302.53 °F)
Ketumpatan pada stp (0 °C dan 101.325 kPa)1.784 g/L
apabila cecair, pada t.d.1.40 g/cm3
Takat tigaan83.8058 K, ​69 kPa
Titik genting150.87 K, 4.898 MPa
Haba pelakuran1.18 kJ/mol
Haba pengewapan6.43 kJ/mol
Muatan haba molar5R/2 = 20.786 J/(mol·K)
Tekanan wap
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K)   47 53 61 71 87
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan0
KeelektronegatifanSkala Pauling: tiada data
Tenaga pengionan
(lagi)
Jejari kovalen106±10 pm
Jejari van der Waals188 pm
Rampaian
Struktur hablur ​kiub berpusatkan muka
Kelajuan bunyi(gas, 27 °C) 323 m/s
Daya pengaliran terma17.72x10-3  W/(m·K)
Sifat kemagnetandiamagnet[1]
Nombor CAS7440–37–1
Sejarah
PenemuanLord Rayleigh dan William Ramsay (1894)
Pengasiangan pertamaLord Rayleigh dan William Ramsay (1894)
Isotop utama bagi argon
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
36Ar 0.337% adalah stabil dengan 18 neutron
37Ar syn 35 hari ε 37Cl
38Ar 0.063% adalah stabil dengan 20 neutron
39Ar jarang 269 thn β 39K
40Ar 99.600% adalah stabil dengan 22 neutron
41Ar syn 109.34 min β 41K
42Ar syn 32.9 thn β 42K
| rujukan | dalam Wikidata

Nama "argon" diterbitkan daripada perkataan Yunani, αργον yang bermaksud "malas" atau "yang tidak aktif". Ini berkaitan dengan sifat argon yang hampir tidak melakukan sebarang tindak balas kimia. Oktet petala atom paling luarnya yang penuh (8 elektron) menjadikan atom unsur ini stabil dan tidak mengikat secara kimia dengan unsur-unsur lain. Suhu titik tigaannya pada 83.8058 K menjadi titik tetap pendefinisian di dalam Skala Suhu Antarabangsa 1990.

Argon dihasilkan dalam peringkat industri dengan penyulingan berperingkat udara cecair. Kegunaan utama argon adalah sebagai gas pelindung lengai dalam proses kimpalan dan proses-proses industri bersuhu tinggi lain yang menjadikan bahan-bahan yang biasanya tidak bertindak balas, mudah bertindak balas. Misalnya, atmosfera argon digunakan di dalam relau elektrik grafit untuk menghalang grafit daripada terbakar. Gas argon juga digunakan di dalam lampu pijar dan pendarfluor, serta tiub-tiub nyahcas gas yang lain. Argon menghasilkan laser gas biru-hijau tersendiri.

Ciri-ciri

sunting
 
Seketul argon pepejal yang pantas mencair.

Argon memiliki keterlarutan dalam air yang lebih kurang sama dengan oksigen dan adalah 2.5 kali ganda lebih larut di dalam air berbanding nitrogen. Argon tidak mempunyai warna dan bau, dan tidak beracun dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Argon bersifat lengai secara kimia dalam kebanyakan keadaan dan tidak membentuk sebarang sebatian stabil yang disahkan dalam suhu bilik.

Walaupun argon ialah gas adi, ia mempunyai kemampuan untuk membentuk beberapa sebatian. Penghasilan argon fluorohidrida (HArF), satu sebatian argon yang agak stabil dengan hidrogen dan fluorin, telah dilaporkan oleh para pengkaji di Universiti Helsinki pada tahun 2000.[2] Walaupun sebatian kimia argon yang neutral dan berkeadaan asas buat masa sekarang hanya terhad kepada HArF, argon boleh membentuk klatrat dengan air apabila atom-atom argon terperangkap di dalam kekisi molekul air.[3] Ion-ion dan kompleks keadaan teruja yang mengandungi argon seperti ArH dan ArF diketahui kewujudannya. Pengiraan telah meramalkan beberapa sebatian argon yang sepatutnya stabil secara teori,[4] tetapi belum ada percubaan untuk mensintesis bahan ini telah dilakukan.

Sejarah

sunting

Argon (αργος, Bahasa Yunani untuk "tidak aktif", yang merujuk kepada ketidakaktifan kimianya)[5][6] telah diramalkan kewujudannya dalam udara oleh Henry Cavendish pada 1785, tetapi tidak pernah diasingkan sehinggalah tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan William Ramsay di Scotland di dalam satu ujikaji di mana mereka mengasingkan kesemua oksigen, karbon dioksida, air dan nitrogen daripada satu sampel udara bersih.[7][8][9] Mereka telah menentukan bahawa nitrogen yang dihasilkan daripada sebatian-sebatian kimia adalah setengah peratus lebih ringan daripada nitrogen di atmosfera. Perbezaan ini kelihatan seperti tidak penting, tetapi ia cukup penting untuk menarik perhatian mereka untuk beberapa bulan. Mereka menyimpulkan yang ada satu lagi gas di dalam udara yang bercampur dengan nitrogen.[10] Argon juga telah ditemui pada tahun 1882 melalui kajian persendirian oleh H. F. Newall dan W. N. Hartley. Mereka telah memerhatikan garis-garis spektrum udara yang baru, tetapi tidak dapat mengenalpasti unsur yang menyebabkan garisan-garisan tersebut. Argon menjadi unsur gas adi yang pertama ditemui. Simbol untuk argon ialah "Ar", tetapi sehingga tahun 1957, simbolnya ialah "A".[11]

Kejadian

sunting

Argon merangkumi 0.934% isipadu dan 1.28% jisim atmosfera Bumi, dan udara ialah bahan mentah utama yang digunakan oleh industri untuk menghasilkan argon tulen. Argon diasingkan daripada udara melalui pemeringkatan; cara yang paling biasa digunakan adalah penyulingan berperingkat kriogenik, satu proses yang juga menghasilkan nitrogen, oksigen, neon, kripton dan xenon yang tulen.[12]

Isotop

sunting

Isotop-isotop utama argon yang ditemui di Bumi ialah 40Ar (99.6%), 36Ar (0.34%) dan 38Ar (0.06%). 40K yang terbentuk secara semula jadi dan mempunyai separuh hayat 1.25 × 109 tahun mereput kepada 40Ar (11.2%) yang stabil melalui penangkapan elektron atau pemancaran positron, dan juga kepada 40Ca (88.8%) melalui pereputan beta. Ciri-ciri dan nisbah-nisbah ini digunakan untuk menentukan usia batu-batan dengan kaedah pentarikhan K-Ar.[13]

Dalam atmosfera Bumi, 39Ar dihasilkan oleh aktiviti sinar kosmik, terutamanya dengan 40Ar. Dalam keadaan bawah permukaan, ia juga dihasilkan melalui penangkapan neutron oleh 39K atau pemancaran alfa oleh kalsium. 37Ar dihasilkan daripada perkecaian neutron 40Ca kesan daripada letupan nuklear bawah tanah. Ia mempunyai separuh hayat selama 35 hari.[13]

Argon istimewa kerana komposisi isotopnya jauh berbeza antara tempat-tempat berbeza dalam sistem suria. Sepertimana di Bumi, 40Ar akan menjadi isotop terbanyak sekiranya sumber argon utama sesuatu tempat ialah melalui pereputan 40K. Sebaliknya, argon yang dihasilkan secara terus daripada sintesis nuklear najam kebanyakannya terdiri daripada 36Ar yang dihasilkan melalui proses alfa. Berikutan itu, argon Matahari mengandungi 84.6% 36Ar, berdasarkan kiraan terhadap angin suria.[14] 36Ar julung mempunyai kelimpahan sebanyak hanya 31.5 ppmv (bahagian per sejuta mengikut isipadu) (= 9340 ppmv × 0.337%), setara dengan kelimpahan neon (18.18 ppmv). Atmosfera Marikh mengandungi 1.6% 40Ar dan 5 ppm 36Ar. Penerbangan kuar angkasa Mariner melepasi planet Utarid pada 1973 menemui bahawa Utarid mempunyai atmosfera yang sangat nipis yang mengandungi 70% argon, dipercayai terhasil daripada pelepasan gas tersebut sebagai hasil reputan daripada bahan radioaktif di atas planet tersebut. Pada 2005, prob Huygens juga telah mengesan kewujudan 40Ar di Titan, bulan terbesar planet Zuhal.[15] Setelah diukur, didapati bahawa nisbah tiga isotop argon, 36Ar : 38Ar : 40Ar, dalam atmosfera-atmosfera planet-planet luaran ialah 8400 : 1600 : 1.[16]

Oleh sebab 40Ar radiogenik menjadi isotop utama, berat atom standard argon di bumi lebih tinggi daripada unsur seterusnya, kalium. Hal ini mengelirukan pada masa argon ditemui kerana Mendeleev telah menyusun unsur-unsur dalam jadual berkalanya mengikut urutan berat atom, meskipun kelengaian argon menunjukkan bahawa ia sepatutnya diletakkan sebelum logam alkali kalium yang reaktif. Henry Moseley kemudiannya menyelesaikan masalah ini dengan menunjukkan bahawa jadual berkala sebenarnya disusun mengikut urutan nombor atom. (Lihat sejarah jadual berkala).

Sebatian

sunting
 
Model mengisi ruang argon fluorohidrida, HArF.

Oktet elektron argon yang lengkap menunjukkan subpetala s dan p yang penuh. Tahap tenaga luaran yang penuh ini menjadikan argon sangat stabil dan menentang pengikatan kimia dengan unsur lain. Sebelum 1962, argon dan gas-gas adi yang lain dianggap lengai secara kimia dan tidak boleh menghasilkan sebatian; namun, sejak itu sebatian gas-gas adi yang lebih berat telah berjaya disintesis. Pada Ogos 2000, sebatian argon yang pertama telah dihasilkan oleh para pengkaji di Universiti Helsinki. Dengan menyinari argon beku yang mengandungi sedikit hidrogen fluorida sinar ultraungu dengan sesium iodida,[17] argon fluorohidrida (HArF) telah dihasilkan.[2][18] Ia stabil dalam suhu sehingga 40 kelvin (−233 °C). Dikation ArCF2
2
metastabil, iaitu satu isoelektronik valens dengan karbonil fluorida, telah diperhatikan pada 2010.[19]

Penghasilan

sunting

Industri

sunting

Argon dihasilkan secara industri melalui penyulingan berperingkat udara cecair di dalam unit pengasingan udara kriogenik; satu proses yang mengasingkan nitrogen cecair yang mendidih pada 77.3 K, daripada argon yang mendidih pada 87.3 K dan oksigen cecair yang mendidih pada 90.2 K. Kira-kira 700,000 tan argon dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun.[20]

Dalam pereputan radioaktif

sunting

40Ar, isotop terbanyak argon, dihasilkan melalui pereputan 40K dengan separuh hayat 1.25 × 109 tahun melalui penangkapan elektron atau pemancaran positron. Disebabkan ini, ia digunakan dalam pentarikhan kalium-argon untuk menentukan usia batu-batan.

Kegunaan

sunting
 
Silinder-silinder yang mengandungi gas argon untuk kegunaan memadamkan api tanpa merosakkan peralatan pelayan.

Terdapat beberapa sebab argon digunakan dalam kegunaan tertentu:

  • Satu gas lengai diperlukan. Argon merupakan alternatif yang paling murah sementara nitrogen tidak cukup lengai.
  • Keberaliran terma yang rendah diperlukan.
  • Keperluan ciri-ciri elektronik (pengionan dan/atau spektrum pancaran).

Gas-gas adi yang lain boleh juga digunapakai bagi kebanyakan kegunaan ini, tetapi argon ialah gas adi yang paling mrah. Argon tidak mahal kerana ia merupakan bahan sampingan penghasilan oksigen cecair dan nitrogen cecair daripada unit pengasingan udara kriogenik, dan kedua-dua bahan ini digunakan dalam skala industri besar. Gas-gas adi yang lain (kecuali helium) juga dihasilkan sebegini, tetapi argon merupakan gas yang terbanyak dihasilkan kerana penumpuan gas ini dalam atmosfera adalah lebih tinggi. Argon banyak digunakan hanyalah kerana ia bersifat lengai dan ia agak murah.

Proses-proses industri

sunting

Argon digunakan dalam beberapa proses industri bersuhu tinggi yang menyebabkan bahan-bahan yang biasanya tidak reaktif menjadi reaktif. Misalnya, atmosfera argon digunakan dalam relau elektrik grafit untuk mengelakkan grafit daripada terbakar.

Bagi sesetengah proses ini, kehadiran gas nitrogen atau oksigen mungkin menyebabkan kecacatan dalam bahan yang diproses. Argon digunakan dalam pelbagai jenis kimpalan arka seperti kimpalan arka logam gas dan kimpalan arka tungsten gas, dan juga dalam pemprosesan titanium dan unsur-unsur reaktif lain.

Argon ialah gas penyesak dalam industri ayam itik (poultry), sama ada untuk penakaian besar-besaran selepas berlakunya wabak penyakit, atau sebagai cara penyembelihan yang lebih berperikemanusiaan daripada mandian elektrik. Kepadatan argon yang agak tinggi menyebabkannya berada dekat dengan tanah sewaktu penggasan. Sifat tidak reaktifnya menjadikannya sesuai sebagai bahan makanan, dan oleh kerana ia menggantikan oksigen dalam jasad burung yang telah mati, argon juga memanjangkan hayat simpanan.[21]

Argon juga digunakan untuk memadam api sekiranya kerosakan pada peralatan ingin dielakkan.

Kajian saintifik

sunting

Argon cecair digunakan sebagai sasaran dalam pencarian jirim gelap secara terus. Interaksi zarah WIMP hipotetikal dengan nukleus argon menghasilkan cahaya sintilasi yang dikesan oleh tiub pengganda foto. Pengesan dua fasa juga menggunakan gas argon untuk mengesan elektron terion yang terhasil ketika serakan nukleus oleh WIMP. Seperti mana gas-gas adi cecair yang lain, argon memiliki kadar hasil cahaya sintilasi yang tinggi (~ 51 foton / keV[22]), lutsinar terhadap sinar sintilasinya sendiri, dan agak mudah untuk ditulenkan. Berbanding xenon, argon lebih murah dan mempunyai profil masa sintilasi tertentu yang membolehkan pembezaan antara sentak nuklear dan sentak elektrik. Namun, latar belakang sinar gama intrinsik argon lebih tinggi kerana pencemaran 39Ar, melainkan sekiranya seseorang menggunakan sumber argon bawah tanah dengan tahap keradioaktifan yang rendah. Antara pengesan jirim gelap yang berfungsi dengan argon cecair termasuklah WArP, ArDM, microCLEAN dan DEAP-I.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds, in Handbook of Chemistry and Physics 81st edition, CRC press.
  2. ^ a b Perkins, S. (26 August 2000). "HArF! Argon's not so noble after all – researchers make argon fluorohydride". Science News.
  3. ^ Belosludov, V. R. (2006). "Microscopic model of clathrate compounds". Journal of Physics: Conference Series. 29: 1. Bibcode:2006JPhCS..29....1B. doi:10.1088/1742-6596/29/1/001. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Cohen, A.; Lundell, J.; Gerber, R. B. (2003). "First compounds with argon–carbon and argon–silicon chemical bonds". Journal of Chemical Physics. 119 (13): 6415. Bibcode:2003JChPh.119.6415C. doi:10.1063/1.1613631.
  5. ^ Hiebert, E. N. (1963). "In Noble-Gas Compounds". Dalam Hyman, H. H. (penyunting). Historical Remarks on the Discovery of Argon: The First Noble Gas. University of Chicago Press. m/s. 3–20.
  6. ^ Travers, M. W. (1928). The Discovery of the Rare Gases. Edward Arnold & Co. m/s. 1–7.
  7. ^ Lord Rayleigh; Ramsay, William (1894–1895). "Argon, a New Constituent of the Atmosphere". Proceedings of the Royal Society of London. 57 (1): 265–287. doi:10.1098/rspl.1894.0149. JSTOR 115394.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Lord Rayleigh; Ramsay, William (1895). "VI. Argon: A New Constituent of the Atmosphere". Philosophical Transactions of the Royal Society of London A. 186: 187. Bibcode:1895RSPTA.186..187R. doi:10.1098/rsta.1895.0006. JSTOR 90645.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Ramsay, W. (1904). "Nobel Lecture". The Nobel Foundation.
  10. ^ "About Argon, the Inert; The New Element Supposedly Found in the Atmosphere". The New York Times. 3 March 1895. Dicapai pada 2009-02-01.
  11. ^ Holden, N. E. (12 March 2004). "History of the Origin of the Chemical Elements and Their Discoverers". National Nuclear Data Center.
  12. ^ "Argon, Ar". Etacude.com. Dicapai pada 2007-03-08.
  13. ^ a b "40Ar/39Ar dating and errors". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-09. Dicapai pada 2007-03-07.
  14. ^ Lodders, K. (2008). "The solar argon abundance". Astrophysical Journal. 674: 607. arXiv:0710.4523. Bibcode:2008ApJ...674..607L. doi:10.1086/524725.
  15. ^ "Seeing, touching and smelling the extraordinarily Earth-like world of Titan". European Space Agency. 2005-01-21.
  16. ^ Cameron, A. G. W., "Elemental and Isotopic Abundances of the Volatile Elements in the Outer Planets" (Article published in the Space Science Reviews special issue on 'Outer Solar System Exploration - An Overview', ed. by J. E. Long and D. G. Rea.) Journal: Space Science Reviews, Volume 14, Issue 3-4, pp. 392-400 (1973).
  17. ^ Kean, Sam (2011). "Chemistry Way, Way Below Zero". The Disappearing Spoon. Black Bay Books.
  18. ^ Bartlett, Neil. "The Noble Gases". Chemical & Engineering News (2003).
  19. ^ Lockyear, Jessica F. (2010). "Generation of the ArCF22 Dication". Journal of Physical Chemistry Letters. 1: 358. doi:10.1021/jz900274p. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  20. ^ "Periodic Table of Elements: Argon – Ar". Environmentalchemistry.com. Dicapai pada 2008-09-12.
  21. ^ Fletcher, D. L. "Slaughter Technology". Symposium: Recent Advances in Poultry Slaughter Technology. Diterima 2010-01-01.
  22. ^ Gastler (2010). "Measurement of scintillation efficiency for nuclear recoils in liquid argon". Physical Review C. 85 (6). arXiv:1004.0373. Bibcode:2012PhRvC..85f5811G. doi:10.1103/PhysRevC.85.065811. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

sunting