Anugerah Penulis S.E.A.

Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau Anugerah Penulis Asia Tenggara - Southeast Asian Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.

Anugerah ini diberikan kepada penulis dari setiap negara yang terdiri daripada ASEAN, sungguhpun bukan semua negara dalam ASEAN telah diwakili setiap tahun. Anugerah ini kadang kala diberikan bagi hasil tulisan khas penulis, atau ia boleh diberikan bagi pencapaian sepanjang hayat. Jenis kerja yang dihargai sebegini pelbagai, dan merangkumi hasil kerja puisi, cerpen, novel, drama, cerita rakyat dan pengajian dan keagamaan.

Upacara ini diadakan di Bangkok, dangan dipengerusi oleh kerabat Diraja Thai. Award ini dicetuskan oleh pengurusan hotel Oriental Bangkok, yang kemudiannya mendapat sokongan lanjut dari Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai dan syarikat lain. Upacara ini menonjolkan penceramah jamputan terkemuka, termasuk Iris Murdoch, Peter Ustinov, Jeffrey Archer, James A. Michener, Gore Vidal, William Golding, Rita Dove dan Paul Theroux. Penceramah utama 2006, Pemenang Hadiah Nobel Wole Soyinka membatalkan ucapannya sebagai bantahan kepada kejayaan rampasan kuasa tentera Thai terhadap kerajaan.[1]

Senarai pemenang Anugerah Penulis S.E.A.

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ The Nation, Why artistic freedom matters Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, 16 November 2006

Pautan luar

sunting