Andreas "Andy" Brehme ( 9 November 1960 -20 Februari 2024[1]) merupakan seorang bekas pemain dan jurulatih bola sepak Jerman. Sewaktu kariernya sebagai pemaim bola sepak, beliau bermain di posisi pertahanan. Beliau dikenali luas selepas menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia 1990 menentang Argentina menerusi tendangan penalti pada minit ke-85.

Andreas Brehme
Maklumat peribadi
Nama penuh Andreas Brehme
Tarikh lahir 9 November 1960
Tempat lahir Hamburg, Jerman Barat
Tarikh kematian 20 Februari 2024
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Bek kiri / Bek kiri sayap / Pemain tengah kiri
Kerjaya remaja
1965–1978 HSV Barmbek-Uhlenhorst
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1978–1980 HSV Barmbek-Uhlenhorst 66 (10)
1980–1981 1. FC Saarbrücken 36 (3)
1981–1986 1. FC Kaiserslautern 154 (34)
1986–1988 Bayern Munich 59 (7)
1988–1992 Internazionale 116 (11)
1992–1993 Zaragoza 24 (1)
1993–1998 1. FC Kaiserslautern 120 (9)
Jumlah 509 (65)
Pasukan kebangsaan
1980–1981 Jerman Barat B21 3 (0)
1981–1984 Olimpik Jerman Barat 10 (2)
1984–1994 Jerman 86 (8)
Pasukan diurus
2000–2002 1. FC Kaiserslautern
2004–2005 SpVgg Unterhaching
2005–2006 VfB Stuttgart (pembantu)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau dianggap salah satu pengambil sepakan percuma dan penghantar bola tinggi terbaik sepanjang zaman. Kemahiran istimewa Brehme adalah fakta bahawa beliau salah antara golongan pemain di dunia boleh beraksi dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik dan cemerlang. Beliau turut berkebolehan dalam mengambil tendangan penalti (walaupun tidak khusus) dengan kaki kanannya manakala beliau mengambil sepakan percuma dan sepakan penjuru menerusi kaki kiri. Dipercayai kaki kanan Brehme lebih tepat berbanding kaki kiri beliau.

Kerjaya

sunting

Brehme telah dilahirkan di Hamburg dan memulakan kariernya di kelab setempat, HSV Barmbek-Uhlenhorst.

Beliau seterusnya bermain untuk 1. FC Kaiserslautern dari tahun 1981 hingga 1986 dan sekali lagi dari 1993 hingga 1998. Pada tempoh keduanya di kelab itu, beliau meraih trofi DFB-Pokal pada tahun 1996 dan Bundesliga pada 1998. Ketika di Bayern Munich dari 1986 hingga 1988, beliau merangkul kejuaraan Bundesliga pada 1987. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke Internazionale dari tahun 1988 hinga 1992. Di Inter, beliau sertai rakan senegaranya serta bekas rakan sepasukannya di Bayern, Lothar Matthäus. Beliau meneruskan kariernya dengan cemerlang di Inter apabila menyaksikan pasukannya menjuarai Serie A pada tahun 1989 dan Piala UEFA pada 1991. Sebelum beliau pulang ke Jerman, Brehme beraksi selama semusim di Sepanyol untuk kelab Real Zaragoza.

Di peringkat antarabangsa, Brehme mewakili pasukan kebangsaan Jerman Barat ke Piala Dunia 1986 dan 1990. Pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 1986 menentang Perancis, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan pada Piala Dunia edisi seterusnya, beliau sekali lagi menjaringkan gol melalui sepakan percuma dan kali ini menentang England. Pada perlawanan akhir Piala Dunia 1990, beliau menyudahkan tendangan penalti bagi meletakkan Jerman mendahului 1-0 ke atas Argentina dan akhirnya Jerman menang dan dinobatkan sebagai juara dunia. Brehme seterusnya mengumpul 86 kaps untuk pasukan kebangsaan sebelum beliau melakukan persaraan berikutan pasukannya tersingkir dari saingan Piala Dunia 1994.

Selepas merangkul trofi Bundesliga bersama Kaiserslautern pada 1998, Brehme menamatkan kariernya sebagai pemain profesional selepas beraksi dalam 301 perlawanan Bundesliga dan beliau berhasrat ingin menjadi seorang jurulatih. Beliau menjadi jurulatih 1. FC Kaiserslautern dari tahun 2000 hingga beliau dipecat pada tahun 2002 apabila pasukannya berada dalam zon penyingkiran liga. Beliau seterusnya menjadi jurulatih 2. Bundesliga, SpVgg Unterhaching tetapi kontraknya dilepaskan pada April 2005 oleh kerana kelab tersebut turut hampir tersingkir. Beliau menjadi pembantu jurulatih Giovanni Trapattoni di kelab VfB Stuttgart tetapi kedua-duanya dipecat selepas hanya sebulan di kelab.

Statistik kerjaya

sunting
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Saarbrücken 1980-81 36 3 36 3
  Kaiserslautern 1981–82 27 4 27 4
1982–83 30 3 30 3
1983–84 33 8 33 8
1984–85 33 11 33 11
1985–86 31 8 31 8
Jumlah 154 34 0 0 0 0 154 34
  Bayern Munich 1986–87 31 4 31 4
1987–88 28 3 28 3
Jumlah 59 7 0 0 0 0 59 7
  Internazionale 1988–89 31 3 7 0 6 0 44 3
1989–90 32 6 4 0 2 0 38 6
1990–91 23 1 4 1 9 0 36 2
1991–92 30 1 4 0 2 0 36 1
Jumlah 116 11 19 1 19 0 154 12
  Real Zaragoza 1992-93 24 1 2 1 5 2 31 4
  Kaiserslautern 1993–94 26 3 26 3
1994–95 27 4 27 4
1995–96 30 2 30 2
1996–97 32 0 32 0
1997–98 5 0 5 0
Jumlah 120 9 0 0 0 0 120 9
Jumlah kerjaya 509 65 21 2 24 2 554 69

Antarabangsa

sunting
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1984 11 1
1985 9 1
1986 8 1
1987 5 0
1988 9 1
1989 5 0
1990 13 4
1991 6 0
1992 8 0
1993 3 0
1994 9 0
Jumlah 86 8

Gol antarabangsa

sunting
# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mac 1984 Hannover, Jerman Barat   Kesatuan Soviet
2–1
2–1
Persahabatan
2
17 November 1985 Munich, Jerman Barat   Czechoslovakia
1–0
2–2
3
25 Jun 1986 Guadalajara, Mexico   Perancis
1–0
2–0
Piala Dunia 1986
4
10 Jun 1988 Düsseldorf, Jerman Barat   Itali
1–1
1–1
Euro 1988
5
24 Jun 1990 Milan, Itali   Belanda
2–0
2–1
Piala Dunia 1990
6
4 Julai 1990 Turin, Itali   England
1–0
1–1
7
8 Julai 1990 Rom, Itali   Argentina
1–0
1–0
8
10 Oktober 1990 Stockholm, Sweden   Sweden
0–3
1–3
Persahabatan

Pencapaian

sunting
Kaiserslautern
Bayern Munich
Internazionale

Antarabangsa

sunting
Jerman

Individu

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ "Held von Rom: Andi Brehme mit 63 Jahren gestorben". www1.wdr.de (dalam bahasa Jerman). 2024-02-20. Dicapai pada 2024-02-20.