Album studio

album rakaman audio yang terdiri daripada runut-runut yang dirakamkan di studio rakaman

Album studio merujuk kepada himpunan asli lagu-lagu baru oleh sesebuah artis rakaman. Album sebegini merupakan majoriti album lagu yang dihasilkan seseorang penyanyi.

Maklumat sepintas pandang

sunting

Pada umumnya, album-album studio mengandungi lagu-lagu asal dan baru yang dirakam oleh sesebuah pemuzik. Justeru, album tersebut pada kebiasaannya tidak mengandungi lagu-lagu rakaman langsung serta remix. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah album studio memuatkan runut rakaman langsung dan remix, biasanya lagu-lagu tersebut akan dianggap sebagai "lagu bonus".

Album studio merupakan album-album yang dianggap sebagai album kemas. Hali ini demikian kerana bahan-bahan yang terkandung dalamnya adalah bersifat asli dan belum pernah dilancarkan sebelumnya.

Album studio juga selalunya jenis album yang mendapat hasil jualan tertinggi.

Unsur-unsur dalam album studio

sunting

Oleh kerana album studio sering dipersembahkan kepada khalayak umum sebagai album yang kemas dan tersedia, kebanyakan album studio telah dimasukkan elemen-elemen tambahan, teknik penerbitan dan "hiasan".

Antara aspek-aspek istimewa album studio adalah seperti:

  • Segue - Segue [ˈsɛgweɪ] (datang daripada perkataan Itali yang bermaksud "ia mengikuti") ditakrifkan sebagai pertukaran yang lancar dari satu topik atau seksyen ke seterusnya. Bagi bidang muzik, segue (ataupun attacca dalam muzik klasikal) membawa maksud sambung (ke bahagian seterusnya) tanpa henti. Dalam album studio, teknik ini digunakan untuk menyambung satu lagu dengan satu lagu yang lain. Hal ini menyebabkan lagu-lagu tersebut kedengaran seperti tersambung. Sebagai contohnya, dalam album Volta oleh Björk, lagu "Hope" dan "Declare Independence" dihubungkan dengan segue berbunyi alat tiup.
  • Kesan bunyi - Juga dikenali sebagai "kesan audio", kesan bunyi merujuk kepada bunyi-bunyian yang dicipta atau dipertingkatkan kualiti secara sintetik. Biasanya, kesan bunyi bersifat kecil akan dirakam di dalam studio, dengan keadaan terkawal sementara keaan bunyi yang besar pula dirakam di luar studio, dan melibatkan juruteknik dalam bidang tertentu. Bunyi ini kemudiannya disesuaikan dengan lagu-lagu yang dimuatkan ke dalam album studio. Contoh-contoh kesan bunyi adalah seperti kain dikoyak, letupan, bom dan sebagainya.
  • Bunyi readymade - Bunyi readymade atau "bunyi dijumpai" pula ialah bunyi yang diambil atau diekstrak daripada objek serta bahan yang secara umumnya tidak diambil kira sebagai perkakas rakaman konvensional. Satu contoh album studio yang telah menggabungkan aspek ini ialah Végétal karya Émilie Simon di mana pelbagai bunyi-bunyian telah diambil daripada tumbuh-tumbuhan sebenar.

Lihat juga

sunting