Ahmad Fadhli Shaari
YB Tuan Ahmad Fadhli Shaari (lahir 18 Julai 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli Shaari AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Mas, Kelantan | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Majoriti | 30,717 (PRU-15) 13,075 (PRU-14) |
Ketua Penerangan PAS | |
Menyandang jawatan 22 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Khairil Nizam Khirudin |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 27 Januari 2022 – 19 Januari 2024 | |
Didahului oleh | Khairil Nizam Khirudin |
Digantikan oleh | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 1 November 2021 – 19 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Khairil Nizam Khirudin |
Digantikan oleh | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) | |
Dalam jawatan 10 April 2020 – 2021 | |
Didahului oleh | K Saraswathy |
Digantikan oleh | Awang Hashim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pasir Mas, Kelantan | 18 Julai 1980
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Nor Yani Mohd Salleh |
Anak | 5 orang |
Tempat belajar | Universiti Al-Azhar |
Latar belakang
suntingAhmad Fadhli dilahirkan pada 18 Julai 1980 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong pada 1992-1999, beliau kemudiannya mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu pada tahun 2000 sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri selama tiga tahun (2000-2003). Selepas mendapat Diploma Dakwah Wal Qiada di kolej ini, beliau melanjutkan pengajian di Kuliyyah Dakwah Islamiah, Universiti al-Azhar (2003-2004). Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) UNITAR pada tahun 2021. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Nor Yani Mohd Salleh dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Pilihan raya
suntingKeputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Majoriti | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Parlimen Pasir Mas[1] | Ahmad Fadhli Shaari (PAS) | 28,080 | Nor Azmawi Ab Rahman (BN-UMNO) | 15,005 | 13,075 | |
Che Ujang Che Daud (PH - PKR) | 5,093 | ||||||
Dato' Dr. Ibrahim Ali (Bebas) | 5,373 |