Ahlul Bait
Ahlul Bait (Arab: أهل البيت ) ialah istilah yang bermakna "Orang Rumah", atau keluarga. Dalam tradisi islam, istilah itu mengarah kepada keluarga Nabi Muhammad. [1]Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah Waljamaah.
Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Nabi Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isterinya; anaknya Zainab, Ruqayyah, Umm Kulthum dan Fatimah; sepupu dan menantunya, Ali; dan cucu-cucunya, Hassan dan Hussain. [1] Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang sahaja iaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, Hassan dan Hussain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).
Etimologi
suntingIstilah ahl (bahasa Arab: أهل) bermakna ahli keluarga, termasuk sesama suku, saudara-mara dan semua orang yang mempunyai latar belakang keluarga, agama, bandar dan negara yang sama dengannya.[2] Bait (ٱلْبَيْتِ) ialah tempat tinggal, khemah atau bangunan, dan mungkin juga diterjemahkan secara kasar sebagai "rumah tangga".
Istilah Ahlul Bait
suntingSyiah
suntingOrang-orang Syiah lebih spesifik mengenai istilah "Ahlul Bait" yang hanya merangkumi Ali dan isterinya Fatimah, puteri Nabi Muhammad dan anak-anak mereka, Hassan dan Hussain (4 orang ini dengan Muhammad juga disebut sebagai Ahl al-Kisa atau orang-orang berjubah) dan keturunan mereka.
Sunni
suntingAhlul Bait dalam makna naqliyah bermaksud keturunan Nabi yang dilarang menerima zakat. Pemahaman ini diterima oleh beberapa kalangan.
Sufi dan sebahagian Sunni
suntingAhli sufi dan beberapa orang Sunni mendakwa bahawa "Ahlul Bait" adalah anggota keluarga Muhammad yang dalam hadis mengatakan bahawa haram menerima zakat, seperti keluarga Ali dan Fatimah dan anak-anak mereka (Hassan dan Hussain) dan keturunan mereka. Juga keluarga Abbas bin Abdul Muttalib, serta keluarga Ja'afar dan Aqil yang bersama Ali adalah anak-anak Abu Talib.
Senarai Ahlul Bait
sunting- Mereka yang di bawah ini tidak diiktiraf Syiah.
Anak-anak Nabi
- Ruqayyah
- Ummu Kalsum
- Zainab
- Umamah bt Abu Ash - anak Zainab
- al-Qasim, anak Khadijah
- Abdullah, anak Khadijah
- Ibrahim, anak Maria
Para isteri Nabi
- Khadijah binti Khuwailid
- Aisyah bt Abu Bakar
- Saudah binti Zam'ah
- Ummu Salamah
- Hafsah binti Umar
- Zainab binti Jahsyi
- Raihanah binti Amru
- Maimunah binti Harith
- Maria al-Qibtiyyah bt Shamun
- Juwairiah binti Harith
- Ummu Habibah binti Abu Sufyan
- Zainab binti Khuzaimah - Ummul Masakin
- Safiyyah binti Huyyai
Cucu Nabi Muhammad yang meninggal dunia semasa kecil[perlu rujukan]
- Abdullah - anak Ruqayyah
- Ali - anak Zainab
Perkembangan Ahlul Bait
suntingSelepas kewafatan Nabi Muhammad
suntingBerkembangnya Ahlul Bait walaupun sepanjang sejarah pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah mengalami penindasan yang luar biasa, adalah rahmat dari doa Muhammad kepada pengantin perempuan, Fatimah, anak perempuannya dan Ali dalam perkahwinan yang sangat sederhana.
Setelah mengalami penderitaan yang sangat dalam sejarah Bani Umayyah, di mana cucu Nabi, al-Husain dan keluarganya dibunuh di Karbala, pemerintahan berikutnya Bani Abbasiyah yang sebenarnya adalah saudara-mara (diturunkan melalui Abbas bin Abdul Muttalib) juga sepertinya tidak ketinggalan dalam pembunuhan keturunan Nabi Muhammad, yang pada masa itu telah banyak berkembang, melalui Ali Zainal Abidin, satu-satunya putera Hussain bin Ali yang selamat dari pembunuhan di Karbala, juga melalui putera-putera Hassan bin Ali.
Selepas berakhirnya Bani Abbasiyah
suntingMenurut pelbagai kajian sejarah, banyak keturunan Hassan bin Ali selamat dengan melarikan diri ke arah barat sehingga mereka sampai di Maghribi. Hingga kini, keluarga kerajaan Maghribi mendakwa sebagai keturunan Hassan melalui cucunya Idris bin Abdullah, oleh karena itu keluarga mereka digelar dinasti Idrissiyyah. Selain itu, para ulama besar seperti Syeikh Abul Hasan Asy-Syadzili (pengasas Tarekat al-Shadhiliyyah) yang nasabnya sampai kepada Hassan melalui cucunya Isa bin Muhammad.
Mesir dan Iraq adalah negara di mana para ulama Ahlul Bait-nya banyak dari keturunan Hassan dan Hussain. Abdul Qadir Jailani, seorang sarjana yang dianggap sebagai sufi terhebat dengan julukan 'Mawar Baghdad', adalah keturunan Hassan melalui cucunya Abdullah bin Hassan al-Muthanna.
Parsi ke arah Timur seperti India hingga ke Asia Tenggara (termasuk Malaysia) dikuasai oleh para sarjana dari keturunan Hussain bin Ali. Perbezaannya adalah, para ulama Ahlul Bait di tanah Parsi banyak dari keturunan Musa al-Kazim bin Ja'far as-Sadiq seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini kerana itu dia juga memegang gelaran Al-Musawi kerana dia berasal dari Imam Musa al-Kazim.
Mazhab yang diikuti
suntingMazhab yang diikuti oleh para ulama keturunan Hussain terbahagi kepada dua; di Iran, Iraq dan sekitarnya menganut aliran Syiah, sementara di Yaman, India dan Malaysia menganut aliran Sunni yang condong ke arah tasawuf. Hampir semua ulama keturunan Hassan dari Mesir ke Maghribi adalah orang Sunni yang juga condong ke arah tasawuf.
Rujukan
sunting- ^ a b Ahl al-Bayt, Encyclopedia of Islam
- ^ Translation and Meaning of أهل almaany.com