Abdullah Ya'kub
Dato' Haji Abdullah Ya'kub adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas pada 1995 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.
Dato' Haji Abdullah Ya'kub DJMK (Kelantan) | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2013–2023 | |
Didahului oleh | Mohd Nasuruddin Daud |
Digantikan oleh | Mohd Amar Abdullah |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Mustapa Mohamed |
Digantikan oleh | Mustapa Mohamed |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mustapa Mohamed |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
Portfolio | akan dikemas kini |
Dalam jawatan 1996–1999 | |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
Portfolio | akan dikemas kini |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Meranti, Pasir Mas, Kelantan |
Parti politik | PAS |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Latar belakang
suntingBeliau dilahirkan di Meranti, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Khairia, Pasir Mas. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, India dan menyambung pengajian sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan.
Pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
1995 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 4,540 | Mustafa Musa (BN-UMNO) | 4,131 | 409 |
1999 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 5,634 | Zainon Abidin Ali (BN-UMNO) | 4,502 | 1,132 |
2004 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 4,319 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 5,118 | 799 |
2008 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 5,690 | Azmi Setapa (BN-UMNO) | 4,895 | 795 |
2013 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 6,558 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 6,605 | 47 |
2018 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 6,884 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 7,243 | 359 |
Dr Aminuddin Yaacob (PH-PPBM) | 608 |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan
suntingBeliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023.[1] Beliau telah dilantik menggantikan Dato' Mohd Nassuruddin Daud.[2]