Abdul Qadir Jailani
‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (Parsi: عبد القادر گیلانی Abdolɢāder Gilāni) (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir, Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) (470–561 H. / 1077–1166 M.) adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi.[1] dan memimpin tareqat sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.
Biografi
suntingKeturunan
suntingAl-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani).[2][3] Ayahanda Al-Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib dan Fatimah. Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w manakala Fatimah adalah puteri baginda. Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain. was both a Hasani and Hussaini Sayyid.[4][5][6][7][8]
Pendidikan
suntingBeliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith daripada Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar.
Dalam bidang Tasawwuf pula, guru ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk perjalanan rohaniah beliau.
Pelajaran | Sheikh (Guru) |
---|---|
Fiqh | Ibn Aqil al-Hanbali Abu Al Hasan Mohd. ibn Qazi Abu Yali Abu Al Khatab Mahfuz Hanbali Muhammad ibn Al Husnayn Qadhi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami |
Tasawwuf | Qazi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami Abu'l-Khair Hammad ibn Muslim al-Dabbas Abu Zakariay ibn Yahya ibn Ali Al Tabrezi |
Hadith | Abu Bakr ibn Muzaffar Muhammad Ibn Al Hasan Baqalai Abu Sayeed Muhammad ibn Abdul Kareem Abu Al Ghanaem Muhammad Ibn Mohd Ali Ibn Maymoon Al Farsi Abu Bakr Ahmad Ibn Al Muzaffar Abu Jafer Ibn Ahmad Ibn Al Hussain Al Qari Abu Al Qasim Ali Ibn Muhammad Ibn Banaan Al Karkhi Abu Talib Abdul Qadri Ibn Muhammad Yusuf Abdul Rahman Ibn Ahmad Abu Al Barkat Hibtaallah Ibn Al Mubarak Abu Al Nasr Ibn Il Mukhtar Abu Nasr Muhammad Abu Ghalib Ahmad Abu Abdullah Aulad Ali Al Bana Abu Al Hasan Al Mubarak Ibn Al Teyvari Abu Mansur Abdurahman Al Taqrar |
Selepas tamat pendidikan, Abdul Qadir Jailani meninggalkan kota Baghdad, dan menghabiskan lebih kurang dua puluh lima tahun di kawasan gurun berhampiran Iraq untuk bersuluk.[9]
Lewat usia
suntingBeliau kembali ke Baghdad pada 1127, dan usianya sudahpun melebihi lima puluh tahun. Ketika itu, beliau mula berdakwah kepada umum. Beliau pindah ke sekolah yang pernah dimiliki oleh gurunya dahulu iaitu al-Mukharrimii dan disitu beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengajar. Kemudian, beliau menjadi terkenal di kalangan anak muridnya. Pada waktu pagi, beliau mengajar hadith dan tafsir, manakala pada waktu petang, beliau mengadakan sesi tasauf dan nilai al-Quran.
Beliau menyibukkan empat puluh tahun dari usianya untuk menyampaikan dakwah Islam dari tahun 521 hingga 561 Hijrah. Pada waktu ini, ratusan ribu manusia memeluk Islam dan beberapa kumpulan pula diwakilkan ke luar kawasan untuk menyampaikan dakwah.
Meninggal Dunia
suntingSyeikh Abdul Qadir al-Jailani meninggal dunia pada Sabtu malam tahun 1166 (bersamaan 8 Rabiul Akhir 561H) pada usia 89 tahun di Babul Azaj, dan dimakamkan di Madrasahnya di Baghdad.[10] Makam dan masjid yang pernah menjadi tempat beliau mengajar itu terletak di Babul-Sheikh, Resafa (tebing timur sungai Tigris) di Baghdad, Iraq.[11][12]
Makam beliau turut menjadi mangsa penjarahan kaum Mongol semasa penaklukan tahun 1258 dan ketika pemerintahan Shah Ismail I semasa Dinasti Safawiyyah.[13] Makam itu dibina semula kemudiannya oleh Sultan Suleiman I dari Turki Uthmaniyyah pada tahun 1535 yang meletakkan kubah di atas makam tersebut seperti yang dapat dilihat sehingga kini. [14]
Keluarga
suntingSheikh Abdul Qadir mempunyai empat orang isteri dan empat puluh sembilan orang cahaya mata yang daripadanya, 27 orang lelaki dan 22 orang perempuan. Antara yang terkenal dari kalangan anakn beliau ialah Sheikh Abdul Wahab, Sheikh Abdul-Razzaq, Sheikh Abdul 'Aziz, Sheikh Isa, Sheikh Musa, Sheikh Yahya, Sheikh Abdullah, Sheikh Muhammed dan Sheikh Ibrahim. Anak cucu beliau menyebarkan tarikatnya sehingga ke sub-benua India dan turut mencapai hingga ke bahagian barat Afrika seperti Afrika Utara dan Maghribi, dan sebahagian Tanduk Afrika (Habsyah, Somalia, Eriteria).
Hasil karya
suntingSesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:
- Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan Agama). Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.
- Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) – 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.
- Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) – 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545–546H.
- Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) – 45 bahagian, pada 546H.
- Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) – Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
- Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) – Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.
- Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan)
- Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) – Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
- Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar[15] (Buku Rahsia kepada Rahsia dan Penzahiran Cahaya)
Bibliografi
sunting- Utterances of Shaikh Abd al-Qadir al-Jīlānī (Malfūzāt) / transl. from the Arabic by Muhtar Holland Malfūzāt
Author: Muhtar Holland (1935-) Year: 1994, Publisher: Kuala Lumpur : S. Abdul Majeed & Co, ISBN 1-882216-03-2
- Fifteen letters, khamsata ashara maktūban / Shaikh Abd Al-Qādir Al-Jīlānī ; translated from the Persian into Arabic by Alī usāmu ́D-Dīn Al-Muttaqī ; and from Arabic into English by Muhtar Holland, Kamsata ašara maktūban
Author: ʿAlāʾ al-Dīn ʿAlī b. ʿAbd al-Malik al- Muttaqī al-Hindī (ca1480-1567); Muhtar Holland (1935-) Year: c1997 Edition: 1st ed Publisher: Hollywood, Fla : Al-Baz Pub ISBN 1-882216-16-4
- The removal of cares = Jalā Al-Khawātir : a collection of forty-five discoures / Shaikh Abd Al-Qādir Al-Jīlānī ; transl. from the Arabic by Muhtar Holland
Jalā al-Khawātir Author: Muhtar Holland (1935-) Year: c1997 Publisher: Ft. Lauderdale, Fla : Al-Baz Pub Extent: xxiii, 308 p Size: 22 cm ISBN 1-882216-13-X
- The Sultan of the saints : mystical life and teachings of Shaikh Syed Abdul Qadir Jilani / Muhammad Riaz Qadiri
Author: Muhammad Riyaz Qadiri Year: 2000, Publisher: Gujranwala : Abbasi Publications, Size: 22 cm, ISBN 969-8510-16-8
- The sublime revelation = al-Fath ar-Rabbānī : a collection of sixty-two discourses / Abd al-Qādir al- Jīlānī ; transl. from the Arabic by Muhtar Holland, al-Fath al-Rabbānī
Year: 1998 Edition: 2nd ed, Publisher: Ft. Lauderdale : Al-Baz Publishing, ISBN 1-882216-02-4
- Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion) ,(Arabic),PartI,II,Abd Al-Qadir Al-Gaylani,Pub.Dar Al-Hurya, Baghdad, Iraq, 1988.
- Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion)
(Arabic), Introdused by Dr. Majid Irsan Al-Kilani, Pub. Dar Al-Khair, Damascus-Bairut, 2005.
- Encyclopaedia Iranica
Rujukan
sunting- ^ Philip Khuri Hitti, "Islam, a way of life ", University of Minnesota Press (12 Ogos 1970). m/s 64: "The earliest and most attractive Sufi order was al-Qadiri, named after its founder, the Persian ‘Abd al-Qadir al-Jili (al-Jilani 1077–1166)
- ^ Terdapat ketidakpastian tentang tarikh sebenar kelahiran beliau; sesetengah sumber menyatakan tahun 1077, yang lain pula 1078.
- ^ "'Abd al-Qadir al-Jilani". Encyclopedia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopedia Britannica, Inc. 2010. m/s. 16. ISBN 978-1-59339-837-8.
- ^ Encyclopaedia of Religion and Ethics: Volume 1. A - Art. Part 1. A - Algonquins By James Hastings, John A Selbie Published by Adamant Media Corporation, 2001. pg 10:"and he was probably of Persian origin"
- ^ J. Spencer Trimingham, John O. Voll, "The Sufi Orders in Islam", Edition: 2, reprint, illustrated, revised Published by Oxford University Press US, 1998. pg 32: "The Hanbali Qadirriya is also included since 'Abd al-Qadir, of Persian origin was contemporary of the other two
- ^ Julia Ashtiany, J. D. Latham, "ʻAbbasid belles-lettres", Published by Cambridge University Press, 1990. pg 236: "Ulama Hanbali, pendakwah dan wali; asal dari Iran, beliau hidup dan mengajar di Baghdad; pusat sufi penting telah dinamakan sempena beliau.
- ^ Philip Khuri Hitti , "Islam, a way of life ", University of Minnesota Press (August 12, 1970). pg 64: "Tarikat Sufi yang paling awal dan menarik perhatian ialah al-Qadiriyah, dinamakan sempena pengasasnya, 'Abd al-Qadir al-Jili (al-Jilani 1077-1166)
- ^ Michael D. Coogan, "The Illustrated Guide to World Religions", Published by Oxford University Press US, 2003. pg 102: "Sejarahwan sering memandang Qadiriyah sebagai antara tarikat Sufi besar yang pertama muncul. Namanya diasaskan dari nama Abd al-Qadir al-Jilani (1077-1166), ulama dan pendakwah Parsi, yang ceramahnya di Baghdad menarik ramai pengikut.
- ^ Akbar, pg.11 Al Haqq, Abd. and Ghunyat al-talibeen (Kekayaan untuk Sang Pencari) m/s. 12 versi Urdu
- ^ Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion), (Arabic), PartI,II, Abd Al-Qadir Al-Gaylani, Pub.Dar Al-Hurya, Baghdad, Iraq, 1988. ,Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Agama dan Kebenaran) (Bahasa Arab), Introduced by Dr. Majid Irsan Al-Kilani, Pub. Dar Al-Khair, Damascus-Bairut, 2005
- ^ Majid 'Ursan al-Kilani, Nash'at al-Tariqat al-Qadiriyah
- ^ The Qadirya Shrine, Baghdad (PDF)
- ^ A.A. Duri, Baghdad, The Encyclopaedia of Islam, Vol. I, 903.
- ^ W. Braune, Abd al-Kadir al-Djilani,The Encyclopaedia of Islam, Vol. I, 70.
- ^ -Abdul Qadir Jailani, Sheikh Muhyiddin. Sirr-ul-Asrar wa Mazhar-ul-Anwar.
Pautan luar
sunting- Abdul Qadir Jilani
- Website regarding Sarwari Qadri Order (Hazrat Sultan Bahu R.A)
- Website regarding Shaykh Abdul-Qadri al-Gilani and his descendants.
- A complete website regarding Ghaus ul Azam and Gilani Syeds. Diarkibkan 2013-05-20 di Wayback Machine
- Website dedicated to the Lovers & Followers of the Great Sheikh Abdul Qadir Jilani Diarkibkan 2015-11-06 di Wayback Machine
- Articles on mysticism of Ibn Arabi from Ibn Arabi Society
- Website dedicated to Shaikh Muhyi'din 'Abd al-Qadir al-Jilani from www.al-baz.com
- A Site of Web Links About Ghouse Azam Dastagir rz.
- Ghauth ul Azam
- Website of prominent Qadri Shaykh Hazrat Abu Anees Muhammad Barkat Ali (QSA)
- [1][2][3] Excerpts/Books by Abdul Qadir Jilani