2 Alam ialah sebuah filem drama keagamaan Malaysia 2010 arahan pengarah Zarith Lokman dan Hairie Othman yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 18 November 2010. Filem yang dibintangi Aaron Aziz, Suhaillah Salam, Kuswadinata, dan Faizal Hussein ini memaparkan kisah kehidupan manusia yang lalai dalam melakukan tuntutan agama.

2 Alam
Pengarah
Dihasilkan oleh
Dibintangi Rambut rozmey
Syarikat
penerbitan
Dr. Movie Production
Tarikh tayangan
  • 18 November 2010 (2010-11-18) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM230,000

Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang penduduknya sibuk dengan persiapan menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Ustaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga orang pemuda lelaki. Juan Agustin selamat lalu melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishak bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini. Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Pelakon

sunting

Pencapaian

sunting

2 Alam mendapat kutipan RM 230,000.

Pautan luar

sunting