22 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
22 Mac merupakan hari ke-81 (hari ke-82 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 284 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Air Sedunia.
Peristiwa
sunting- 238 - Gordian I dan Gordian II diisytiharkan sebagai Maharaja Rom.
- 1765 - Parlimen Great Britain meluluskan Akta Setem, menghendaki banyak bahan bercetak di Tiga Belas Jajahan, Amerika Utara British memiliki setem hasil, memperhebatkan lagi gerakan pemisahan.
- 1784 - Buddha Zamrud dipasang di Wat Phra Kaew yang terletak di pekarangan Istana Perama, Bangkok, Thailand.
- 1928 - Ikhwan Muslimin ditubuhkan di Ismailia, Mesir oleh Hassan al Banna.
- 1945 - Liga Arab (gambar lambang) diasaskan oleh 7 buah negara Arab: Arab Saudi, Iraq, Lubnan, Mesir, Syria, Transjordan dan Yaman.
- 1963 - Album pertama yang direkodkan The Beatles, Please Please Me dikeluarkan.
- 1995 - Angkasawan Rusia daripada Rancangan Soyuz Valeri Polyakov kembali dari stesen angkasa Mir selepas 437 hari di angkasa lepas, dan mencipta rekod penerbangan angkasa lepas paling lama.
- 2004 - Helikopter Apache Israel menembak peluru berpandu AGM-114 Hellfire ke arah pengasas bersama Hamas Ahmed Yassin, membunuh beliau, dua pengawal serta sembilan orang awam.
- 2008 - Ma Ying-jeou dilantik sebagai Presiden Republik China di Taiwan.
- 2010 - Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- 2012 - Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
Kelahiran
sunting- 1929 – P. Ramlee, seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu.
- 1962 - Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Perak ke-11 dan ke-13
- 1973 - Tuanku Zara Salim Davidson; Raja Permaisuri Perak ke-35
- 1983 - Mohd Irwan bin Rosli, papa kepada Iman Abqari bin Mohd Irwan, Izzul Adzin bin Mohd Irwan, Iqbal Aakif & Nur Imani Arissa Mohd Irwan
Kematian
sunting- 2004 - Syeikh Ahmed Yassin, pengasas bersama Hamas.