Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Ada soalan? Kami ada jawapan.

Pendidik Tahap 1 & 2

Bagaimanakah cara mendaftar untuk peperiksaan Tahap 1 / Tahap 2?

Ikut langkah dalam dokumen ini sama ada anda menggunakan baucar atau membuat pembayaran dengan kad kredit.

Nota - Anda harus sentiasa bermula dengan laman Pusat Guru, walaupun anda sudah mempunyai akaun Kryterion.

Bagaimanakah cara membuat persediaan untuk peperiksaan?

Terdapat pelbagai cara membuat persediaan untuk peperiksaan pensijilan Tahap 1 dan 2, termasuk Latihan Asas dan Latihan Lanjutan, yang merangkumi kandungan yang perlu anda tahu. Jika anda mahu mencuba untuk menjawab beberapa soalan, lengkapkan Semakan Pelajaran dalam kursus untuk menguji pengetahuan anda.

Apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi Pendidik Diperakui Google?

Untuk menerima status Pendidik Diperakui Google, anda perlu lulus peperiksaan Tahap 1 atau Tahap 2 yang sepadan. Peperiksaan ini menguji keupayaan anda untuk menggunakan alatan Google for Education dalam suasana bilik darjah.

Untuk mendaftarkan diri bagi menjalani peperiksaan, ikut langkah dalam dokumen ini sama ada anda menggunakan baucar atau membuat pembayaran dengan kad kredit.

Bagaimanakah cara anda berkongsi lencana pensijilan Pendidik Tahap 1 atau Tahap 2 anda?

Individu yang memperoleh sijil ini boleh mempamerkan status mereka dengan sijil dan lencana yang diperibadikan dalam resume, portfolio atau pada laman web mereka dan pelbagai wadah lagi. Sentiasa labelkan status anda dengan tahap yang diperoleh: Pendidik Diperakui Google Tahap 1 atau Pendidik Diperakui Google Tahap 2. Sijil ini sah selama 36 bulan.

Bagaimanakah peperiksaan dibangunkan?

Peperiksaan sijil Google Workspace dibangunkan mengikut proses pembangunan yang diterima di peringkat antarabangsa untuk memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan kaitan. Fasa pembangunan peperiksaan termasuk:

Definisi Domain Objektif - Objektif untuk peperiksaan ditentukan berdasarkan maklum balas peranan kerja yang diberikan oleh Pakar Isi Kandungan (SME) di dalam dan luar Google.

Rangka tindakan - Setiap objektif diukur berdasarkan kepentingan objektif itu kepada peranan kerja keseluruhan.

Pembangunan item - SME membangunkan item peperiksaan berdasarkan objektif dan rangka tindakan peperiksaan.

Semakan teknikal - Setiap item peperiksaan disemak untuk memastikan ketepatan teknikal. Penyemak boleh termasuk pekerja Google atau pekerja organisasi Rakan Kongsi.

Ujian Beta - Item peperiksaan dihantar kepada calon di bawah keadaan yang sama dengan peperiksaan akhir apabila diterbitkan. Ini membolehkan prestasi setiap item dinilai.

Pemilihan item dan tetapan markah pemutus - Berdasarkan statistik yang dikumpulkan semasa ujian beta, item boleh disimpan untuk peperiksaan langsung atau ditolak. Sebaik sahaja item akhir ditentukan, SME berkumpul untuk menetapkan markah lulus untuk peperiksaan.

Langsung - Penyedia penghantaran ujian bebas menghantar peperiksaan ke seluruh dunia, ke mana-mana tempat yang mempunyai sambungan Internet dan persekitaran bebas gangguan.

Adakah terdapat penyemak imbas yang khusus atau keperluan lain untuk mengambil ujian?

Ya, anda mesti menggunakan versi terbaharu Chrome untuk memulakan peperiksaan sijil. Sila kemas kini penyemak imbas anda jika anda menghadapi kesukaran memulakan peperiksaan. Anda juga akan diminta untuk menggunakan kamera web semasa peperiksaan bagi tujuan pemantauan. Pastikan anda mempunyai kamera web yang berfungsi sebelum memulakan peperiksaan.

Kamera web jenis apa yang akan saya perlukan untuk peperiksaan pendidik?

Anda tidak memerlukan kamera web khas untuk peperiksaan Pendidik Diperakui. Kamera web komputer riba atau desktop anda sudah mencukupi asalkan anda berada di lokasi yang terang. Jenis kamera web yang khusus tidak diperlukan.

Sebelum memulakan peperiksaan, anda perlu menggunakan kamera web untuk mengambil gambar anda, serta I.D. foto anda. Semasa peperiksaan, sistem penyeliaan automatik akan menggunakan kamera web untuk menjejaki kemajuan anda bagi memastikan persekitaran ujian yang sulit.

Bolehkah saya membeli peperiksaan atau baucar Pendidik Diperakui secara pukal?

Organisasi boleh membeli baucar daripada Kryterion melalui pautan ini. Kos setiap baucar adalah sama dengan harga yang disenaraikan bagi peperiksaan yang berkenaan.

  • $10 untuk Pendidik Diperakui Google Tahap 1
  • $25 untuk Pendidik Diperakui Google Tahap 2
  • $15 untuk Penilaian Kemahiran Jurulatih

Bilakah saya akan menerima keputusan peperiksaan saya?

Semua peperiksaan yang diserahkan akan disemak untuk memastikan penggredan yang tepat dan keselamatan. Anda akan menerima keputusan peperiksaan dalam tempoh 3 hari perniagaan selepas menyelesaikan peperiksaan anda.

Keputusan peperiksaan dihantar oleh [email protected], maka sila semak semua folder e-mel untuk penghantar ini dan jika boleh, izinkan e-mel langsung dari alamat tersebut. Jika anda tidak menerima keputusan dalam tempoh 3 hari perniagaan, sila hubungi Sokongan Pensijilan di https://support.google.com/a/contact/certification.

Di manakah boleh saya mendapatkan salinan sijil dan lencana saya?

Pautan kepada sijil dan lencana digital anda akan dihantar melalui e-mel ke alamat yang anda gunakan untuk mendaftar bagi menduduki peperiksaan. Jika anda tidak menerima salinan, sila semak folder spam anda atau lawati platform pengehosan sijil untuk mendapatkan salinan sijil anda.

Untuk memuat turun lencana anda, ikut langkah di sini.

Bilakah saya boleh mengambil peperiksaan semula?

Jika anda tidak lulus peperiksaan, anda boleh mengambil semula peperiksaan selepas 3 hari. Jika anda tidak lulus untuk kali kedua, anda perlu menunggu 7 hari sebelum anda boleh mengambil peperiksaan untuk kali ketiga. Jika anda tidak lulus untuk kali ketiga, anda perlu menunggu 14 hari sebelum mengambil peperiksaan untuk kali keempat. Jika anda tidak lulus untuk kali keempat, anda perlu menunggu 30 hari sebelum akaun anda ditetapkan semula agar anda boleh mengambil peperiksaan sekali lagi. Pembayaran diperlukan setiap kali anda mengambil peperiksaan.

Apakah dasar pensijilan semula bagi sijil Tahap 1 dan Tahap 2?

Anda perlu lulus peperiksaan sijil setiap 36 bulan. Anda akan menerima pemberitahuan e-mel untuk mendapatkan pensijilan semula dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Apakah penyesuaian yang tersedia bagi peperiksaan Tahap 1 dan Tahap 2 EDU?

Terdapat pelbagai alatan yang tersedia dalam penyemak imbas Chrome yang dapat diakses oleh pengguna semasa peperiksaan. Baca lebih lanjut di sini. Masa tambahan bagi ujian tersedia kepada pengguna yang mempunyai sebab perubatan untuk penyesuaian khusus tersebut.

Bolehkah saya meminta sijil Pendidik Diperakui Google dalam bahasa lain?

Tidak. Disebabkan pengehadan sistem, sijil hanya boleh dikeluarkan dalam bahasa asal peperiksaan yang dilengkapkan.

Jurulatih Diperakui

Apa yang harus saya lakukan untuk memperoleh sijil saya?

Untuk menjadi Jurulatih Diperakui, anda perlu melengkapkan tujuh langkah di bawah:

  1. Kursus Jurulatih Diperakui. Dengan melengkapkan kursus jurulatih kami, anda akan mendapat arahan tentang 1) Menghasilkan dan Menyampaikan Pelan Latihan yang Memberikan Inspirasi serta Berkesan dan 2) Membantu Pendidik Menggunakan Teknologi Google yang Transformatif ~8 jam. Kursus ini akan membantu anda memperkukuh kemahiran latihan, kepimpinan dan hubungan antara perorangan yang menjadikan anda seorang jurulatih yang berkesan. Klik di sini untuk mengakses kursus.

  2. Penilaian Kemahiran Jurulatih. Lulus Penilaian Kemahiran Jurulatih (~1 jam). Peperiksaan ini menguji pemahaman anda tentang Kursus Jurulatih dan pengetahuan tentang Google for Education. Klik di sini untuk mengakses kursus.

  3. Pendidik Diperakui Google Tahap 1. Ambil peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 1 (2-3 jam) untuk menilai keupayaan anda menyepadukan alatan Google dalam amalan pengajaran untuk mempertingkatkan pengajaran serta pembelajaran. Peperiksaan ini akan membantu anda membina keyakinan diri semasa bekerja dengan pendidik dan alatan Google.

  4. Pendidik Diperakui Google Tahap 2. Ambil peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 2 (~3 jam) untuk mengetahui strategi terbaharu bagi penyepaduan rangkaian alatan Google for Education yang lebih luas serta teknologi dalam bilik darjah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peperiksaan Tahap 1 dan Tahap 2, sila lihat halaman Soalan Lazim.

  5. Video Jurulatih. Jadilah pendidik unggul dengan menyerahkan video 2 - 3 minit yang menunjukkan cara produk Google Workspace for Education, Chromebook atau Chrome dapat digunakan dalam persekitaran bilik darjah atau sekolah dengan cara yang inovatif.

    Kriteria penilaian video:

    1. Video mestilah sepanjang 2 - 3 minit. Video yang melebihi 3 minit akan menyebabkan permohonan ditolak.
    2. Video adalah tentang produk Google Workspace for Education, Chromebook atau Chrome.
    3. Arahan / langkah dalam video mudah diikut.
    4. Pemohon menunjukkan cara produk dapat digunakan dalam persekitaran bilik darjah atau sekolah dengan cara yang inovatif.
    5. Rakaman skrin diutamakan.

  6. Pengalaman pembangunan profesional. Sertakan 3 - 5 peluang pembelajaran profesional khusus Google kegemaran anda yang telah anda kendalikan pada tahun lalu (termasuk podcast, blog, bahan latihan, kursus dalam talian dan sesi latihan). Anda perlu menyenaraikan tarikh, topik dan bahan sokongan lain.

  7. Serahkan permohonan! Serahkan permohonan keahlian anda dengan bahan di atas (~1 jam). Anda juga akan diminta untuk menjawab satu siri soalan pendek. Jawapan anda akan memberi kami pemahaman tentang pengalaman latihan anda, termasuk perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pembinaan bahan pembelajaran.

Berapakah kos peperiksaan?

Bayaran untuk peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 1 ialah $10, peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 2 ialah $25 dan Penilaian Kemahiran Jurulatih ialah $15.

Di manakah saya boleh dapatkan salinan sijil saya?

Sijil dan lencana anda akan dihantar dengan e-mel ke alamat yang anda gunakan untuk mendaftar bagi mengambil peperiksaan anda. Jika anda tidak menerima salinan, sila semak folder spam anda.

Bilakah tarikh semakan permohonan?

Permohonan disemak secara bergilir-gilir setiap bulan. Setiap kitaran ditutup pada hari Rabu terakhir setiap bulan. Anda sepatutnya menerima pemberitahuan tentang status permohonan kira-kira 4-6 minggu selepas serahan awal anda. Terima kasih atas kesabaran anda!

Apa yang harus saya lakukan untuk kekal sebagai Jurulatih Diperakui Google for Education?

Semua Jurulatih Diperakui perlu menjalani pensijilan semula dalam program Jurulatih untuk mengekalkan status jurulatih aktif.

  • Laporkan minimum 10 sesi latihan tertumpu Google pada Apl Aktiviti
  • Lulus peperiksaan kemaskinian produk 2024 dengan menyemak panduan belajar, yang akan disediakan sepanjang rangka masa peperiksaan produk
  • Memiliki sijil Tahap 1 dan Tahap 2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)

Anda boleh menyertakan semua aktiviti latihan anda dalam satu serahan dan menyerahkan laporan mengikut kekerapan yang sesuai dengan jadual anda (cth: anda boleh menyerahkan laporan bulanan, suku tahunan, mingguan dll.).

Adakah saya perlu melengkapkan kursus Latihan Asas dan Lanjutan sebagai sebahagian daripada permohonan Jurulatih Diperakui?

Tidak. Walaupun bukan mandatori, kursus Latihan Asas dan Lanjutan serta mencuba soalan contoh membantu untuk membina kecekapan dan menyediakan anda untuk mengambil peperiksaan. Jika anda mahu mencuba untuk menjawab beberapa soalan, lengkapkan Semakan Pelajaran dalam kursus untuk menguji pengetahuan anda.

Anda perlu lulus peperiksaan Tahap 1 dan Tahap 2 untuk memenuhi syarat permohonan Jurulatih Diperakui.

Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya menghadapi masalah untuk log masuk ke platform ujian?

Sila isi borang ini.

Berapa lama saya perlu menunggu sebelum mengambil semula peperiksaan jika saya gagal?

Jika anda tidak lulus peperiksaan, anda boleh mengambil semula peperiksaan selepas 3 hari. Jika anda tidak lulus untuk kali kedua, anda perlu menunggu 7 hari sebelum anda boleh mengambil peperiksaan untuk kali ketiga. Jika anda tidak lulus untuk kali ketiga, anda perlu menunggu 14 hari sebelum mengambil peperiksaan untuk kali keempat. Jika anda tidak lulus untuk kali keempat, anda perlu menunggu 30 hari sebelum akaun anda ditetapkan semula agar anda boleh mengambil peperiksaan sekali lagi. Pembayaran diperlukan setiap kali anda mengambil peperiksaan.

Saya tidak menerima pemberitahuan atau pengesahan e-mel berkenaan permohonan saya.

Sila tambahkan [email protected] kepada senarai kenalan dipercayai anda. Semua komunikasi akan datang dari alamat ini. Anda boleh menghubungi [email protected] jika anda masih tidak menerima maklumat terkini.

Adakah sijil saya perlu sah untuk memohon program?

Ya, anda perlu memohon dengan sijil GCE Tahap 1, GCE Tahap 2 dan Penilaian Kemahiran Jurulatih yang sah. Kami juga akan menerima mana-mana sijil Asas Jurulatih yang sah. Sebagai peringatan, sijil GCE T1, GCE T2 dan Penilaian Kemahiran Jurulatih tamat tempoh 36 bulan selepas diperolehi.

Apa akan berlaku jika permohonan saya tidak diterima semasa kitaran semakan ini?

Anda boleh memohon semula semasa mana-mana kitaran semakan berikutnya Tidak ada tempoh menunggu. Alasan biasa yang menyebabkan permohonan tidak diterima termasuklah:

  • Dokumen dan video yang dikongsikan pemohon tidak dapat dilihat. Sila pastikan bahan anda didedahkan di web.
  • Pemohon tidak mempunyai pengalaman latihan yang mencukupi sebelumnya. Kami mencari pemohon yang sudah mempunyai sejarah yang luas dalam menyampaikan latihan Google.

Jika saya diterima untuk program itu, bagaimanakah saya boleh menggelar diri saya?

Anda harus menggunakan penjenamaan yang betul sepanjang masa: Jurulatih Diperakui Google for Education.

Saya mempunyai sijil Asas Jurulatih, adakah ini akan diterima semasa memohon untuk menyertai program?

Sijil Asas Jurulatih boleh digunakan untuk menggantikan sijil Penilaian Kemahiran Jurulatih semasa memohon untuk menyertai program asalkan sijil itu masih sah.

Apakah dasar pensijilan semula bagi program Jurulatih Diperakui Google?

Pensijilan semula akan berlaku sekali setahun apabila kami mengumpul maklumat di atas. Jurulatih akan 'dinyahaktifkan' buat sementara jika mereka tidak dapat melakukan aktiviti mereka. Maklumat terperinci tentang proses pensijilan semula akan dihantar kepada semua Jurulatih melalui e-mel sekitar bulan Oktober setiap tahun memandangkan keperluan khusus mungkin berbeza dari tahun ke tahun.

Soalan lagi?

Hubungi kami di [email protected]

Penginovasi Diperakui

Bagaimanakah cara memohon untuk menjadi Penginovasi?

Untuk menjadi seorang Penginovasi, anda perlu memohon untuk menyertai Akademi Penginovasi. Pada tahun 2024 kami akan mengadakan beberapa Akademi secara langsung dan satu Akademi maya di pelbagai bandar di seluruh dunia dan dalam bahasa yang berlainan. Anda boleh melihat tarikh, lokasi dan jendela permohonan acara Akademi Penginovasi pada halaman Penginovasi Diperakui

Apakah itu projek inovasi dan adakah projek itu diperlukan?

Semua Penginovasi Diperakui akan berganding bahu dengan Google dan antara satu sama lain untuk melaksanakan, mengurus dan mendokumenkan projek pendidikan kreatif. Kami menggalakkan Penginovasi untuk bekerjasama dalam projek dengan Penginovasi lain dan memilih projek yang memberi inspirasi serta memberi kesan kepada pendidik lain dan para pelajar.

Apakah peperiksaan yang harus saya ambil sebelum memohon untuk menjadi Penginovasi Diperakui?

Anda mesti lulus peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 2 sebelum memohon untuk menjadi Penginovator Diperakui.

Apakah tarikh dan lokasi bagi Akademi Inovasi Google for Education?

Anda boleh melihat tarikh, lokasi dan jendela permohonan acara Akademi Penginovasi pada halaman Penginovasi Diperakui.

Bagaimanakah saya boleh kekal sebagai Penginovasi yang aktif selepas tahun pertama saya?

Penginovasi Diperakui Google for Education kekal aktif dalam salah satu daripada tiga cara berikut:

(1) teruskan mengusahakan Projek Inovasi berimpak tinggi pilihan mereka.

(2) menjadi penyokong berpengaruh kepada penggunaan teknologi Google dalam mengubah pendidikan.

(3) mengetuai program Google untuk mendorong inovasi dan perubahan di sekolah atau sistem sekolah mereka.

Bagaimanakah permohonan dinilai?

Permohonan dinilai oleh ahli Penginovasi Diperakui Google. Untuk mendapatkan sokongan perancangan permohonan, daftar untuk kemaskinian di sini.

Apakah kos yang terlibat untuk belajar di Akademi Inovasi?

Program Penginovasi Diperakui Google for Education ialah peluang pembangunan profesional tanpa caj. Ahli kohort yang diterima mestilah membiayai penginapan serta perjalanan pergi dan balik dari pejabat Google untuk kohort tersebut sepanjang acara tiga hari itu. Pembiayaan biasiswa disediakan.

Bolehkah saya mendapatkan maklum balas tentang permohonan saya jika permohonan itu tidak diterima?

#Komuniti GoogleEI ialah wadah yang sesuai untuk berkongsi Video Cabaran anda dan jawapan kepada soalan ringkas permohonan untuk maklum balas.

Mengapakah Google mengehadkan bilangan orang dalam setiap kohort?

Kami mengehadkan bilangan Penginovasi dalam kohort atas dua sebab utama:

(1) untuk memastikan pengalaman yang bermutu tinggi dan

(2) membantu membina komuniti. Ruang yang terhad turut dipertimbangkan.

Google for Education Champions

Saya sudah mempunyai pengiktirafan Penginovasi Diperakui, Mentor Diperakui dan/atau Jurulatih Diperakui Google for Education. Adakah saya menjadi Google for Education Champion secara automatik?

Ya! Sebagai Penginovasi Diperakui Google for Education, Jurulatih Diperakui Google for Education dan/atau Mentor Diperakui Google for Education, anda dilantik secara automatik sebagai ahli komuniti Google for Education Champions dan mendapat pengiktirafan ini. Anda sepatutnya telah menerima e-mel dengan maklumat lanjut daripada pasukan kami.

Saya mempunyai Pensijilan Pendidik Tahap 1 dan/atau L2. Adakah ini bermakna saya merupakan Google for Education Champion?

Tidak, melainkan anda juga merupakan Penginovasi Diperakui, Mentor Diperakui dan/atau Jurulatih Diperakui Google for Education. Google for Education Champions merupakan individu yang memiliki satu atau beberapa pengiktirafan tersebut. Untuk memperoleh pengiktirafan tersebut, lihat keperluan dan proses permohonan di sini: http://edu.google.com/Champions.

Saya ahli atau pemimpin GEG atau Sekolah / Daerah Rujukan. Adakah ini bermakna saya merupakan Google for Education Champion?

Tidak, melainkan anda juga merupakan Penginovasi Diperakui, Mentor Diperakui dan/atau Jurulatih Diperakui Google for Education. Google for Education Champions merupakan individu yang memiliki satu atau beberapa pengiktirafan tersebut. Untuk memperoleh pengiktirafan tersebut, lihat keperluan dan proses permohonan di sini: http://edu.google.com/Champions.

Pengenalan Google for Education Champions tidak memberikan sebarang kesan kepada ahli kumpulan pendidik dunia. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2024, Pemimpin GEG dikehendaki agar menjadi Champion (memegang sama ada pensijilan Mentor, Jurulatih atau Penginovasi).

Sekolah / Daerah Rujukan boleh menggalakkan pendidik mereka untuk mempertimbangkan penyertaan sebagai Google for Education Champions apabila sesuai.

Adakah pensijilan Jurulatih, Penginovasi dan Mentor akan dimansuhkan?

Tidak, Google for Education Champions tidak menggantikan program Jurulatih, Penginovasi dan Mentor Diperakui tetapi menyatukan dan meningkatkan program tersebut. Pensijilan Penginovasi, Jurulatih dan Mentor akan diteruskan dan kami akan terus menerima penyertaan ahli baharu dalam setiap subkomuniti. Pensijilan Jurulatih dan Mentor menerima permohonan pada masa ini dan permohonan baharu bagi Penginovasi akan dibuka pada tahun 2024.

Jika saya memohon untuk menjadi Jurulatih Diperakui Google pada bulan hadapan, adakah saya akan menjadi Champion secara automatik?

Ya! Jika anda diterima sebagai Jurulatih Diperakui Google dan melengkapkan semua langkah suai tugas yang berkaitan, anda akan dianggap sebagai Champion secara automatik.

Adakah saya masih boleh menggunakan lencana Penginovasi/Jurulatih/Mentor Diperakui Google?

Ya! Lencana program anda yang berasingan akan tetap kekal. Anda juga boleh menggunakan lencana dan tandatangan e-mel baharu Champions yang boleh ditemukan di sini.

Apakah keperluan untuk mengekalkan setiap pensijilan?

Semua perubahan akan berkuat kuasa pada tahun 2024.

Penginovasi - tiada perubahan

  • Terus menjalankan Projek Inovasi berimpak tinggi pilihan anda
  • Menjadi penyokong berpengaruh bagi penggunaan teknologi Google untuk mengubah pendidikan
  • Mengetuai program Google untuk mendorong inovasi dan perubahan di sekolah atau dalam sistem sekolah mereka

Jurulatih - kemaskinian kecil, semua keperluan pensijilan semula Jurulatih digantung pada masa ini. Keperluan ini akan kembali berkuat kuasa pada tahun 2024.

  • Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)
  • Penilaian kemaskinian produk tahunan
  • Menyerahkan 10 latihan (sebelum ini 12) setiap tahun kalendar - akan berkuat kuasa pada tahun 2024

Mentor - kemaskinian kecil

  • Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)
  • Bimbingan 1:1 selama 50 jam (100 jam pada masa ini) setiap tahun kalendar - akan berkuat kuasa pada tahun 2024

Adakah akan terdapat perubahan pada Kumpulan Google Jurulatih Diperakui Google atau adakah kumpulan itu akan digabungkan dalam ruang komuniti Champion?

Dalam masa beberapa bulan akan datang, kami akan melancarkan ruang Hab Komuniti untuk Champions sahaja (semua Penginovasi, Jurulatih dan Mentor)! Akhirnya, kami akan beralih sepenuhnya daripada alias e-mel Google Groups kepada Hab Komuniti dan hab itu akan menjadi platform berpusat yang membolehkan anda berhubung dengan rakan Champions, berkongsi idea, bertanya soalan dan bekerjasama. Googler daripada seluruh pasukan kami juga akan terlibat dalam ruang ini, sekali gus memberi anda lebih banyak peluang untuk berkongsi idea dan maklum balas anda, meningkatkan suara serta pengaruh anda terhadap produk dan program kami serta menawarkan peluang dan akses eksklusif hanya kepada komuniti Champions.

Simposium

Bilakah dan di manakah Simposium akan diadakan?

  • Singapura: Isn 11 Sep - Rab 13 Sep
  • Sunnyvale: Ahd 1 Okt - Sel 3 Okt
  • São Paulo: Rab Okt 18 - Jum Okt 20
  • Mexico City: Rab 25 Okt - Jum 27 Okt
  • Dublin: Sel 7 Nov - Kha 9 Nov
  • Sydney: Rab 6 Dis - Jum 8 Dis
  • Tokyo: Sel 26 Mac - Kha 28 Mac 2024

Sila lihat laman web kami untuk mendapatkan butiran lanjut dan cara membuat permohonan.

Apakah bahasa yang akan digunakan dalam Simposium Google for Education Champion?

Kebanyakan Simposium akan diadakan dalam bahasa Inggeris. Simposium yang berikut akan diadakan dalam bahasa tempatan:

  • São Paulo: Rab 18 Okt - Jum 20 Okt - Bahasa Portugis
  • Mexico City: Rab 25 Okt - Jum 27 Okt - Bahasa Sepanyol
  • Tokyo: Sel 26 Mac - Kha 28 Mac 2024 - Bahasa Jepun

Siapakah yang layak menghadiri Simposium?

Hanya Penginovasi, Jurulatih atau Mentor diperakui yang sedia ada boleh memohon untuk menghadiri mana-mana acara ini. Permohonan akan disemak secara berperingkat sebelum tarikh akhir yang disenaraikan. Satu-satunya Simposium yang masih dibuka untuk permohonan pada masa ini akan diadakan di Tokyo pada bulan Mac 2024, yang akan dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Tiada Simposium tambahan lain dirancang pada masa ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hantar e-mel kepada [email protected]

Bagaimanakah Permohonan Simposium diberi markah?

Kami mencari perwakilan yang saksama merentas komuniti kami di setiap acara Simposium. Pelbagai faktor akan diambil kira dalam proses jawatankuasa semakan - termasuk (tetapi tidak terhad kepada) memastikan perwakilan semua identiti hidup, jenis organisasi dan geografi. Bukan semua soalan akan diberi markah secara sama rata - sebaliknya gambaran holistik setiap calon akan dipertimbangkan. Sebagai contoh, bagi seseorang yang mempunyai pengaruh yang ketara dalam komuniti mereka tetapi kiraan media sosial yang lebih rendah, mereka masih merupakan calon yang sesuai untuk Simposium. Akhirnya, kami mencari ahli komuniti yang positif, bersemangat dan proaktif yang mempamerkan ciri Champions untuk pelajar, pendidik dan masa hadapan pendidikan melalui tindakan mereka.

Adakah simposium akan diadakan setiap tahun?

Simposium tidak diadakan secara tahunan tetapi berkemungkinan sekali setiap 2-3 tahun. Kami mempertimbangkan untuk terus mengadakan Simposium pada tahun akan datang tetapi perkara tersebut masih belum diputuskan lagi.

Adakah simposium akan menggantikan Akademi Penginovasi yang kini diadakan?

Tidak - Akademi Penginovasi akan menjadi pengalaman “suai tugas” bagi Penginovasi Diperakui yang baharu. Format dan kandungan Akademi mungkin berubah-ubah berdasarkan pembelajaran dari tahun-tahun yang lalu dan maklum balas daripada Penginovasi!

Adakah Google akan menanggung perbelanjaan perjalanan saya?

Hadirin bertanggungjawab terhadap perbelanjaan perjalanan mereka sendiri. Hanya acara dan semua makanan di tempat simposium akan ditanggung oleh Google.

Adakah saya hanya boleh memohon untuk menghadiri simposium di wilayah saya?

Semua Penginovasi, Jurulatih atau Mentor diperakui yang sedia ada boleh memohon untuk menghadiri mana-mana acara ini. Nota: Anda mestilah menjadi ahli yang diperakui sebelum menyerahkan permohonan anda.

Soalan Lazim Rakan Kongsi Pembangunan Profesional

Bagaimanakah kami boleh menyokong pendidik melalui proses menjadi Champion?

Rakan Kongsi PD boleh menyokong pendidik yang mahu menjadi Champions dengan memahami proses dan keperluan bagi setiap subprogram (Jurulatih, Penginovasi, Mentor) yang disenaraikan di sini. Oleh sebab setiap subprogram masih memerlukan pensijilan Pendidik Tahap 1 dan Pendidik Tahap 2, Rakan Kongsi PD juga boleh membantu untuk mempersiapkan pendidik dengan menyediakan pembangunan profesional tentang topik yang diliputi dalam peperiksaan.

Bagaimanakah kami boleh memastikan pekerja dan jurulatih berkontrak kami menjadi Champions?

Rakan Kongsi PD hendaklah menggalakkan pekerja dan jurulatih mereka agar memohon untuk menjadi Jurulatih Diperakui Google for Education. Setelah mereka menjadi Jurulatih Diperakui, mereka juga akan menjadi Google for Education Champion!

Bilakah kami akan mengetahui perkara yang terangkum dalam soalan berdasarkan senario?

Kami akan terus memberikan perkembangan terkini tentang peperiksaan kami kepada komuniti pendidikan dan Rakan Kongsi PD kami melalui mesyuarat suku tahunan NDA sahaja. Kami berharap dapat memberikan masa tunggu yang sebanyak mungkin kepada Rakan Kongsi PD untuk membolehkan mereka menyesuaikan kandungan dan bahan latihan mereka.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.