Work Text:
Selepas Adu Du dan Probe masuk balik ke dalam SampahBot, alien itu pergi ke komputer untuk memeriksa kerosakan Kapal Angkasanya sambil Probe pulangkan kamera kepada jurukamera TV33.
Boboiboy menanya, "Macam mana, Adu Du? Boleh baiki tak?"
"Rasanya tak boleh, kerosakan teruk sangat. Kalau boleh pun, kita tak ada cukup alat. Dan akan ambil masa yang terlalu lama," jawab Adu Du.
"Alamak! Macam mana ni?," panik Gopal, terus meraih bahu Boboiboy lalu mengconcangkannya. " Nanti, Appa aku marah sebab balik lewat. Kerja sekolah pun tak habis lagi. Cikgu Papa pasti marah."
"Takpa. Nanti bila balik, kita jelaskan lah. Mesti ayah kau dan Cikgu Papa faham," Boboiboy kata, mencuba untuk menenangkan kawab baiknya.
"Tapi macam mana kita nak balik, Boboiboy?" tanya Yaya. "Kan Adu Du dah kata, kemungkinan Kapal Angkasa ni tak boleh dibaiki."
"Em...." Selepas Boboiboy berfikir sejenak, "Ha! Aku tahu! Yaya, guna kuasa graviti kau dan angkat Kapal Angkasa balik ke Bumi."
"Boleh ke? Jarak dari bulan ke Bumi agak jauh. Dan Kapal Angkasa ni berat dan besar."
"Guna Gerakan Kilat kau untuk bawa Kapal Angkasa?" Ying cadangkan.
"Aku tak pasti. Paling besar aku pernah bawa sebelum ni adalah Robot Mukalakus Adu Du. Tu pun dah susah," kata Boboiboy.
"Kau bawalah sorang-sorang. Takkan tak boleh," kata Fang, melipatkan tangannya di dada.
"Memanglah tak boleh. Kita tak boleh nafas di angkasa lepas," balasnya Yaya.
"Betul tu. Kan aku hanya gerak dengan kepantasan kilat, bukan teleport. Kemungkinan besar kita akan habis oksigen sebelum sampai," Bobiboy memperingatkan. "Probe, boleh tak angkat kapal ni?"
"Aku memanglah kuat, tapi Kapal Angkasa Incik Bos ni tak lah ringan," kata Probe.
"Macam mana ni, Boboiboy!" Gopal menggoncang badan Boboiboy sekali lagi, "Habislah kita! Aku tak nak mati di sini!"
"Boleh tak kalau Bobiboy guna kuasa angin dia untuk kumpulkan oksigen dan kita balik naik Probe," Adu Du mencadangkan.
"Aku tak pernah cuba. Tapi rasanya tak mungkin," kata si pengawal elemen.
"Gopal boleh tukarkan Kapal Angkasa ni jadi kapal yang elok?" Ying menanya.
"Eh? Boleh ke?" tanya Gopal.
"Aku ada idea yang lebih baik!" Adu Du menyorak.
"Apa dia?" Boboiboy menanya.
"Yaya akan mengurangkan kuasa graviti di sini supaya Kapal ni akan akan lebih ringan untuk Probe angkat. Bila dah tinggi nanti, Probe boleh tolak saja ke Bumi!"
"Terbaiklah idea kau, Adu Du," kata Boboiboy.
"Tapi nanti graviti Bumi akan tarik. Kita akan terhempas" Yaya ingatkan.
"Apa nak susah, kau hentikan lah," Probe kata.
"Apa kata," mula Boboiboy, "Yaya dan Probe cuba hentikan kapal ini, sambil itu, aku tolong keluarkan orang lain, takut korang berdua tak berjaya,"
"Kau pasti ke, Boboiboy?" tanya Yaya.
"Ya! Aku pasti!"
"Okay, jom kita mulakan!" sorak Probe sambil menerbang ke luar.
Yaya mengaktifkan kuasanya, "Kuasa Manipulasi Graviti!"
Tak lama kemudian, Sampahbot milik Adu Du mula terangkat.
"Yay!" sorak Gopal. "Kita dah terbang!"
Adu Du tengok di luar tingkap, "Kita dah dekat!"
Boboiboy menggunakan kuasa yang terkuatnya, "Boboiboy Kuasa Tiga!"
Boboiboy Gempa mula memberi tugasan kepada pecahannya yang lain, "Taufan, kau akan bawa turun Adu Du, Gopal dan Fang. Halilintar, kau akan turunkan aku dan yang lain."
"Aku boleh buat Helang Bayang untuk nak turun," kata Fang. "Sorang lagi boleh tumpang."
"Kalau macam tu, Ying boleh naik Helang dengan Fang."
"Dah, kau buat apa?" Boboiboy Halilintar tanya kepada ketuanya.
"Aku akan buatkan tempat pendaratan yang tinggi. Dekat sikit untuk Yaya dan Probe nak letak Kapal ni."
"Kita sudah masuk atmosfera Bumi," Adu Du mengumumkan dan membuka pintu beberapa detik kemudian.
"Aku pergi tolong Probe," Yaya kata sebelum menerbang ke luar.
Fang membentuk bayangan burung dengan tanganya, "Helang Bayang!" Sebuah lembaga hitam berbentuk burung memuncul di depan pintu. Selepas dia dan Ying naik, Fang mengarah bentuk bayangnya untuk terbang ke bawah.
Boboiboy Halilintar memegang Boboiboy Gempa dan menggunakan kuasanya, "Gerakan Kilat!" Dalam beberapa saat mereka sudah sampai ke tanah. Boboiboy Halilintar naik balik ke Kapal Adu Du untuk bawa turun wartawan dan jurukamera TV33.
Boboiboy Gempa memukul tanah dengan kedua-dua Tangan Tanahnya, "Tanah Tinggi!" Satu kolum tanah setinggi 4 meter muncul.
Boboiboy Taufan dan Helang Bayang Fang mendarat di sebelah Boboiboy Gempa, lalu Adu Du menurun dari Hoverboard. Tanpa membuangkan masa, pecahan Boboiboy yang mengawal angin menerbangkan Papan Luncurnya ke atas dengan kecepatan tinggi. Boboiboy Halilintar muncul bersama crew TV33 di tepi Boboiboy Gempa, dan tak lama lagi, Boboiboy Taufan turun bersama Gopal serentak dengan Yaya dan Probe meletak SampahBot di atas tembok tanah.
"Alright! Kita berjaya pulang ke Bumi!" sorak Boboiboy Taufan sambil Yaya dan Mega Probe terbang ke tempat mereka berkumpul.
Boboioboy Gempa menurunkan kolum tanahnya supaya Adu Du dapat periksa serpihan kapal angkasanya. "Boleh baiki lagi tak? Ke dah rosak terus?"
"Kalau aku dan Probe baiki, mungkin lama sikit. Tiga, empat bulan baru siap," jawap Adu Du, selapas memeriksa SampahBot. "Tapi sekarang kan sekarang aku dah ada korang. Kalau kita baikinya sama-sama lebih cepat siap."
"Alaa.... lambat lah kita nak pergi jalan-jalan naik Kapal Adu Du," kata Gopal merasa sedih.
"Tak lah lama sangat, aku rasa sebulan dah siap."
"Dah lah tu, kita baru pergi Bulan," Boboiboy Halilintar mencelah sambil memutar matanya.
"Kita pergi Bulan nak lawan," balas pula Gopal.
"Jalan-jalan lah tu. Tak kira lah lawan ke tak."
"Sudah, sudah. Tak nak gaduh," Boboiboy Gempa kata dengan tegas, menghentikan pentengkaran antara kawan dan pechahannya. "Jom kita cantum semula. Kalau hilang ingatan susah pula."
"Macam lah dah lama sangat. Baru beberapa minit," Boboiboy Halilintar merungut sambil menarik Boboiboy Taufan, yang sedang mengusik Fang, lalu ketiga pecahan tersebut bergabung menjadi Boboiboy semula.
"Untung kita tak jauh dari Markas Kotak" kata Probe, yang sudah kembali kepada bentuk asalnya.
"Alamak!" Jerit Boboiboy melihat jamnya. "Dah pukul empat! Aku janji nak pergi tolong Tok Aba! Aku pergi dulu." Dia menukar menjadi Boboiboy Taufan lalu pergi the kedai Atoknya mengunakan Hoverboard.
"Aku kena habiskan kerja sekolah! Sekolah mula esok!" kata Gopal sambil melari ke arah rumahnya.
"Adik-adik, kami mahu tumpang tanya sikit," kata wartawan yang ikut mereka ke Bulan, Ravi J. Jambul. "Macam mana nak balik ke studio?"
"Biar saya bawakan," jawap Probe lalu menukar menjadi Mega Probe semula.
Selepas Probe terbang bersama kedua crew TV33, Adu Du berkata, "Aku hanya perlukan beberapa alat dari Markas. Lepas tu kita boleh baiki Kapal Angkasa aku! Mari ikut aku"
"Ayuh!" Yaya dan Ying sorak sambil mengikut Adu Du ke Markas Kotak.