Actions

Work Header

Kes Ramuan

Summary:

Kes kehilangan 'Encik Ramuan' tanpa jejak. Mengisahkan Solar, detektif terpopular di Pulau Rintis menyiasat tentang kes kehilangan 'Encik Ramuan'.

Notes:

(See the end of the work for notes.)

Work Text:

Detective Solar's P.O.V.

 

Aku sedang menyiasat tentang kehilangan Encik Ramuan. Sudah 1 hari berlalu sejak kehilangannya. 

 

Ketika ini, aku berada dalam rumah Encik Ramuan. Rumahnya bersepah seperti kandang kambing. Aku pun tak tahu kenapa aku fikir macam tu. 

 

Mungkin sebab aku ternampak rambut putih kat atas sofa kot. Mata aku ni macam burung helang kalau korang nak tahu. 

 

Sekali aku pandang, semua boleh nampak. Semuanya kerana aku memakai cermin mata berwarna jingga kepunyaan aku ni.

 

Berbalik pada rambut putih di atas sofa. Aku berjalan mendekati rambut putih itu lalu memegangnya. 

 

Baunya lain maciam! Kambing ni pakai shampoo ke ? Rambut dia wangi ! Kalah aku dengan kambing..

 

Hmm.. bau sabun Carrie Junior. Thorn selalu pakai sabun ni. Korang mesti tertanya-tanya kan ? Siapa Thorn ni ? Macam mane aku tahu dia suka pakai sabun ni? 

 

Jawapannya senang saja. Thorn ni kawan aku. Setiap kali dia lalu je, mesti bau carrie junior muncul. Sebab tu lah aku tahu dia suka pakai sabun carrie junior !

 

Dan rambut kambing ni- salah. Rambut manusia ni mesti tercabut waktu mangsa bergelut dengan penculik. 

 

Haish.. susahnya kes kali ni. Tak boleh ke bagi aku kes goyang kaki je ? Ni kes patah kaki ! Patah kaki aku berjalan sana. Jalan sini. Haih..

 

Aku memasukkan rambut putih itu ke dalam plastik untuk dikaji lebih lanjut. Aku berjalan-jalan di ruang tamu yang bersepah itu. 

 

Sehingga aku secara tidak sengaja tertendang sesuatu. Aku menatap benda itu. 

 

Tak... 

 

Tak mungkin..

 

mungkin kah.. mereka.. ? 

 

Kumpulan penculik TTM !

 

Bukan 'Trio Trouble Maker' tau. Nama diorang kebetulan sama, betul tak ? Pihak polis masih tidak tahu erti 'TTM' , kumpulan penculik itu.

 

Lagi satu, Trio Trouble Maker atau di panggil juga TTM (Yang baik) mempunyai tiga orang ahli. Aku pun tak tahu kenapa pihak sekolah benarkan diorang bertiga menubuhkan kelab tu.

 

Ye, korang tak salah baca. Trio Trouble Maker itu salah satu kelab sekolah. Aku tak tahu lah apa yang diorang buat sampai pengetua pun setuju. 

 

Ahli anggota TTM:

 

1. Taufan

2. Blaze

3. Thorn

 

Hanya Taufan, Blaze dan Thorn yang menyertai kelab Trio Trouble Maker itu. Yang lain tak nak masuk dengan alasan nama kelab seperti budak-budak.

 

Lupa nak bagitahu korang. Nama aku Solar. Detektif Solar. Aku ni umur 14 tahun. Kiranya, aku ni detektif muda lah. 

 

Aku satu sekolah ngan diorang. Oleh kerana itu, aku tahu tentang kelab TTM tu. Yang aku hairan, kumpulan TTM penculik tu ada tiga orang sahaja. 

 

Tak pelik ke ? Kumpulan penculik TTM ni terlibat dalam semua penculikan. 

 

• Penculikan Puan Kelalang Kon. 

• Penculikan Tuan Silinder

• Penculikan Anak dara kembar Puan Kelalang Kon iaitu Tabung Uji dan Tabung Didih.

 

Semuanya nama radas eksperimen. Mungkin keluarga diorang kaki eksperimen kot. Jangan pandang aku pulak. Aku memang suka buat eksperimen tapi bukan selalu.

 

Aku melangkah keluar dari rumah Encik Ramuan. Aku sudah tahu siapa penculik Encik Ramuan! Aku akan segera pergi ke polis! 

 

Kau ingat aku berani nak pergi ke sarang musuh sorang-sorang ? Jangan mimpi lah.. Aku masih sayang nyawa U_U

 

Aku berlari melewati jalan yang sunyi. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi guruh yang sangat kuat. Langit masih cerah. Baru aku sedar. Perut aku yang bunyi meminta untuk diisi. 

 

Aku lapar rupanya 😅

 

Aku singgah rumah Taufan lah! Taufan kaya sangat ! Dia ada sorang kembar. Nama dia Ice. Ice ni pemalas tahap maksimum.

 

Dia juga ada chef kat rumah. Nama chef tu Gempa, Chef Gempa.

 

Masakan dia sedap giler wei ! Aku tak tipu ! Kalau tak percaya, ikut aku pergi rumah Taufan. Kau rasa masakan dia. 

 

Aku dah sampai di depan rumah Taufan. Pintu gerbang Warna putih. Rumah warna biru. Pintu rumah warna putih. Tingkap warna putih. 

 

Aku mengetuk pintu beberapa kali sambil memberi salam. Tiada sahutan. Ada benda tak kena.

 

Jangan-jangan-

 

Aku merempuh pintu sehingga tercabut. Maaf pintu, tetapi kali ini waktu kecemasan. Aku berlari ke bilik Taufan yang terletak di tingkat atas. 

 

Chef Gempa yang ternampak aku menyapa aku. Well, aku sapa dia balik. Dia tanya aku sihat ke tidak. Aku jawablah aku sihat je. 

 

Dalam 20 minit juga lah kami berbual. Aku pun kata lah, aku nak pergi jumpa Taufan. Dia ok je. So, aku sambung lari naik atas.

 

Aku sampai di depan bilik Taufan. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, aku terdengar suara Taufan seperti sedang bercakap dengan orang. Fiuh..Dia selamat rupanya..

 

Jom menguping perbualan diorang 😏

 

Aku mengambil gelas dari dapur dengan izin Chef Gempa of course. Kemudian, aku meletakkan gelas itu di pintu. Aku boleh mendengar perbualan diorang dengan jelas.

 

Aku dengar suara Taufan, Blaze dan Thorn. Diorang seperti sedang berbual tentang..

 

.. Encik Ramuan ?

 

Eh— kenapa diorang berbincang tentang benda ni ? 

 

"Dia dah kena bunuh.. macam mane ni ?" Tu suara Thorn. 

 

"Jom jumpa Boss Singa" yang ni pulak suara Blaze.

 

"Biar aku yang jumpa dia. Korang tak payah ikut" kata Taufan lalu menolak pintu. Aku sempat menyorok dalam bilik sebelah. 

 

"Gelas..?" Alamak ! Aku tak sempat amik gelas tadi! Nasib baik, Taufan tak curiga apa-apa. Dia mengambil gelas itu lalu berjalan turun ke bawah.

 

Tak sangka.. orang yang aku sangka baik.. ada banyak muslihat.. Diorang musuh bawah selimut!

 

Masalah sekarang ialah, aku tak de bukti nak kata Taufan, Blaze dan Thorn ialah anggota penculik TTM .

 

Bunyi pintu di tutup dari bawah bermaksud Taufan sudah keluar dari rumah. Dia tak perasan pintu rumah tu dah tercabut ke ? Lantak lah! Janji tak kantoi.

 

Aku keluar dari tempat persembunyian aku lalu berjalan masuk ke dalam bilik yang Blaze dan Thorn berada.

 

Ketika aku masuk, mereka kelihatan terkejut. Lepas tu diorang ok balik. Mungkin sebab aku tak bagi salam atau ketuk pintu. Lepas tu main masuk je dalam rumah orang.

 

Aku memang dah tak de adab ke ?

 

Aku masih ada adab lah ! Adab ngan orang yang lebih tua aku jaga. Adab ngan guru aku jaga. Adab ngan kawan je  aku tak berapa jaga 😅

 

Chef Gempa bukan kawan aku. Dia chef kawan aku. So, aku kena lah jaga adab aku. Pandai kan aku ?

 

"Korang yang culik Encik Ramuan, betul tak ?" Tanya aku sambil menyilang tangan.

 

Air muka Blaze dan Thorn terus bertukar terkejut. "M-mana ada !" Kata Blaze sedikit jerit. 

 

"Korang kat mane semalam ?" Tanya aku lagi. "Kitorang .. kitorang ada kat rumah lah" kata Thorn sambil berpeluh. Nampak sangat kau tipu Thorn..

 

"Kalau kau kat rumah, kenapa ada rambut yang bau serupa macam kau ?" Tanya aku lagi. Jangan tanya aku kenapa aku tanya soalan tu.

 

"Kan ramai lagi yang pakai sabun carrie junior ! Kenapa kau nak soal Thorn sorang je ?" Tanya Blaze tidak puas hati dengan soalan aku. Perasan betul Mamat ni. Aku tanya Thorn, bukan dia!

 

"Untuk pengetahuan kau, Thorn seorang sahaja yang memakai sabun Carrie Junior kat Pulau Rintis ni. Kanak-kanak zaman sekarang pun tak pakai sabun tu. Diorang kata sabun tu untuk budak-budak. Tak sedar diri punya budak zaman sekarang" amik kau! Aku membebel sampai kering tekak aku.

 

"Aku nak pergi minum air dulu. Korang jangan lari. Aku akan sambung nanti" kata aku lagi lalu berlari ke dapur. Nasib baik tak terjatuh kat tangga waktu lari tadi. Buat malu je nanti..

 

Lepas aku minum air, aku lari ke atas semula. Tanpa aku sedari, sepasang mata sedang memerhati dari dekat. 

 

Sampai di bilik, mulut aku terus ternganga. Diorang ni lurus bendul ke apa ? Kalau Thorn aku faham lah, tapi Blaze pun sekali! Diorang pergi jalan keluar dari bilik macam tak de apa-apa berlaku.

 

Aku yang tercegat kat depan bilik mula naik baran. "Hoi! Pergi mana tu ?!" Jerit aku, dengan pantas aku menarik bahu Thorn.

 

Diorang pusing belakang pandang aku dengan muka blur. "Apa ?" Tanya Thorn. Kau tanya apa ? Kau Tanya APA ?! Aku rasa macam nak hancur kan satu rumah ni sebab geram ngan Thorn.

 

Kau patut syukur aku tak hancurkan rumah ni Taufan. Well, aku tak hancurkan rumah ni pun sebab tak de kuasa. Kalau aku ada kuasa, dah lama aku hancurkan rumah ni.

 

Merapu jelah aku ni. Kat dunia ni tak wujud kuasa. Kuasa politik tu wujud lah.. 

 

"Kan kita tengah berbincang tentang penculikan Emcik Ramuan ?" Tanya aku sambil menahan geram. "Oo.. Bukan Solar kata sambung nanti ke ? Lepas minum air?" Tanya Thorn pada aku. 

 

"Aku dah minum air. So, kita sambung sekarang" kata aku lagi. "Mana boleh macam tu! Kau fikir kau sorang je yang haus ? Kitorang pun haus!" kata Blaze. Mamat ni kan .. Aku gunting lidah kau supaya tak boleh bercakap baru tau !

 

"Ish.. pergi cepat, aku nak soal siasat korang ni.. boleh pulak nak minum air.." kata aku perlahan. Malas aku nak layan diorang ni. 

 

Sementara menunggu diorang minum air, Gempa berjalan ke arah aku. "Kau pasti diorang yang ahli Kumpulan Penculik TTM tu ?" Tanya Gempa.

 

Terbeliak mata aku. Dia mengintip perbualan kitorang ke ? "Kau intip kitorang eh ?" Tanya aku.

 

"Aku tak intip korang pun. Korang yang berbual sambil menjerit. Satu penghuni rumah dengar" jelas Gempa. Aku jerit ke tadi ? 

 

Hah! Diorang dah selesai minum air. Diorang berjalan ke arah sofa yang berada di depan aku lalu duduk di sofa itu. 

 

"Bagitahu aku, apa yang kau buat kat Encik Ramuan ?" Tanya aku sambil buat gaya ala-ala detektif. Aku memang detektif pun U^U

 

Tut! Tut!

 

———

 

TV ditutup dengan bunyi klik! Fang mengeluh. Cerita di TV tadi nampak menarik berdasarkan summary nya, tetapi bila Fang mula tengok, ceritanya lebih kepada comedy/humor daripada dark/misteri seperti cerita detektif lain. 

 

Walaupun cerita ini telah banyak kali membuat Fang ketawa terbahak-terbahak (dan berhenti apabila ditendang oleh abangnya kerana terlalu kuat—tapi itu tiada kaitan dengan perkara sekarang dan Fang akan diam sekarang—), Fang inginkan cerita yang mempunyai unsur-unsur misteri! 

 

Bukan misteri/comedy seperti ini! Tapi, sekurang-kurangnya, Fang rasa terhibur setiap kali watak utama yang bernama Solar melakukan tindakan yang sangat berlawanan dengan Solar yang di sekolahnya. 

 

"Diam pun kau, Pang. Tenang s'kit rumah."

 

Ugh, ni sorang lagi buat Fang panas hati. 

TAMAT

Notes:

Err.. tahniah kerana habis baca sampai ke akhir! (Itu pun kalau anda memang baca dan bukan hanya scroll ke bawah je) saya kagum dengan anda kerana sanggup membaca cerita ini.

Ahh, mengarut betul cerita kali ini, tiada yang serious pun, banyak comedy pulak jadi T__T Plan sebenarnya nak jadikan cerita detektif, tapi BOOM! Pastu jadi macam ni pulak.

Nasih anda lah. Terima kasih sudi membaca :D Saya harap cerita ini dapat menghiburkan anda. Jangan lupa tekan vote! Tak yah malu-malu nak komen. Nak komen, komen je, ok?

Terima kasih sekali lagi!