Pemboleh ubah
Penampilan
Pemboleh ubah (Jawi: ڤمبوليه اوبه ) atau angkubah (singkatan "angka ubah") merupakan kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. Contoh termasuklah ketinggian kanak-kanak, suhu sesebuah tempat, atau kemasukan fungsi matematik.
Konsep pembolehubah ialah digunakan dalam semua jangkawan matematik, sains dan kejuruteraan.
Jenis
[sunting | sunting sumber]Dalam uji kaji saintifik, terdapat beberapa jenis pemboleh ubah:
- Pemboleh ubah dimanipulasikan
- Kuantiti fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum melakukan eksperimen atau kajian.
- Pemboleh ubah bergerak balas
- Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen.
- Pemboleh ubah dimalarkan
- Kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.