Rem (penyanyi)
Rem | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Ramzani bin Kassim |
Kelahiran | 16 September 1974 |
Berasal dari | Sibu, Sarawak, Malaysia |
Genre | Pop, Rhythm, Balada dan Blues |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1997 - kini |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia New Southern Records (NSR) |
Pengkarya berkait | Ajai, Raihan, NowSeeHeart, Hetty Sarlene, Andy Flop Poppy |
Ramzani Kassim (lahir 16 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Rem ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama pada tahun 1997 menerusi lagu Semua Orang Tahu (S.O.T) serta lagu Selingkar Kasih. Beliau membawa muzik pop dan cukup terkenal dengan vokal serak basah dan meneran serta pernah tiga kali dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Beliau berasal dari Sibu, Sarawak.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Rem mula dicungkil bakat menerusi pencarian penyanyi lelaki pop baru di bawah payung Warner Muzik Malaysia pada tahun 1996. Sebelum itu Rem sering membuat persembahan di hotel-hotel sekitar negeri kelahirannya, Sarawak. Album debutnya mendapat sentuhan komposer yang baru meningkat naik ketika itu, Ajai. Pada pertengahan tahun 1997, muncullah album yang mengambil namanya sendiri sebagai judul itu ke pasaran umum. Menerusi album itu Rem cukup popular dengan tiga buah lagu ciptaan Ajai iaitu Semua Orang Tahu (S.O.T) Selingkar Kasih dan Kasih Kembalilah [1]. Ketika berlangsungnya Anugerah Industri Muzik ke-5 pada 1998, Rem dicalonkan dalam dua kategori penting termasuk Vokal Terbaik, dan berjaya memenangi kategori Artis Baharu Terbaik (Lelaki).
Album keduanya yang berjudul Impian Cinta muncul pada tahun 1999 dan cukup popular dengan lagu yang dijadikan judul album [2]. Lagu itu berjaya mara ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-15. Selepas kejayaan itu Rem bertukar syarikat rakaman dari Warner Music ke New Southern Records (NSR) pada tahun 2001 dan menghasilkan dua buah album iaitu Setiap Waktu dan Satu Suara. Ketika itu Rem cukup popular dengan lagu balada Erti Kasih (2002) [3] dan hits terakhirnya setakat ini, Pendusta Cinta pada tahun 2004. Setelah agak lama menyepi, pada tahun 2009 beliau muncul dengan lagu single berjudul Selalu Ada dan disusuli pada tahun 2014 kolaborasinya bersama komposer muda Fynn Jamal yang berjudul Nanti Bila Kaya [4]. Ternyata semangat Rem tidak pernah pudar dalam dunia nyanyian walaupun lama tanpa album. Malah semangatnya begitu kental sehebat vokalnya yang bergetar untuk meneruskan perjuangan seni. Kata Rem, kelibatnya 'menyepi' cuma di media cetak dan elektronik tetapi tidak di pentas persembahan kerana sehingga kini masih aktif menyanyi di pentas-pentas korporat [5]. Dalam pada itu Rem juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi drama-drama TV tetapi dunia nyanyian masih menjadi keutamaannya.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Rem (1997)
- Impian Cinta (1999)
- Setiap Waktu (2002)
- Satu Suara (2004)
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1997 | "Semua Orang Tahu (S.O.T)" | — | 3 | — | 1 | Rem |
"Selingkar Kasih" | — | 1 | — | 2 | ||
1998 | "Kasih Kembalilah" | — | 4 | — | 6 | |
"Hanya Dirimu" | — | — | — | — | ||
"Lya" | — | — | — | — | ||
1999 | "Hanya Denganku" | — | 11 | — | — | Impian Cinta |
2000 | "Impian Cinta" | — | 1 | — | 2 | |
"Yang Ku Pinta" | — | 18 | — | 20 | ||
"Mulianya Ramadan" | — | — | — | — | Maafkan | |
"Lebaran Ini" bersama Ajai, kumpulan Raihan dan NowSeeHeart |
— | — | — | — | ||
2001 | "Hampa" duet bersama Hetty Sarlene |
— | 11 | — | — | Tiada Lain |
2002 | "Erti Kasih" | — | 2 | — | — | Setiap Waktu |
"Right Here Right Now" | — | — | — | — | ||
"Gina" duet bersama Andy Flop Poppy |
— | 17 | — | 12 | ||
2003 | "Kekesalan" | — | 10 | — | 18 | |
"Setiap Waktu" | — | — | — | — | ||
2004 | "Pendusta Cinta" | — | 9 | — | — | Satu Suara |
"Di Mana" | — | 15 | — | — | ||
2009 | "Selalu Ada" | — | — | — | — | Selalu Ada |
2012 | "Nanti Bila Kaya" | — | — | — | — | Nanti Bila Kaya |
2018 | "Sinar Kasih" | — | — | — | — | — |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]- "Mak Andam Terlampau" (2004)
- "Suria Kasanova" (2006)
- "Pintu Taubat" (2013)
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | |
1998 (AIM 5) | Artis Baharu Terbaik (Lelaki) | Rem | Menang | ||
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album | Tercalon | ||||
1999 (AIM 7) | Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album | Impian Cinta | Tercalon | ||
2002 (AIM 10) | Susunan Muzik Dalam Lagu Terbaik | "Erti Kasih" | Setiap Waktu | Tercalon | |
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2000 (AJL 15) | Impian Cinta | Impian Cinta | Ajak | Ajak | Balada | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130118/hi_02/Menyanyi-kerana-Selingkar-Kasih
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_04.htm
- ^ http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
- ^ http://manakedai.blogspot.com/2012/03/rem-tidak-trauma-selepas-gagal.html
- ^ http://whitect30-tentangartis.blogspot.com/2009/10/rem-selalu-ada.html