Picagari
Picagari (Jawi: ڤيچاݢاري ) atau pemanah air ialah sejenis pam berbalik yang kerap digunakan dalam perubatan klinikal untuk memberikan suntikan; membantu dalam terapi intravena peredaran darah serta menarik, menyuntik atau menyukat cecair. Ia terdiri daripada suatu pelocok seakan omboh yang menolak keluar masuk batang tiub silinder agar cecair dapat ditarik masuk atau ditolak keluar suatu lubang kecil di hujung tiub. Hujung terbuka ini pula boleh dipasangkan dengan jarum hipodermik, muncung atau tiub plastik agar cecair dapat dialir keluar dengan baik.
Kata picagari (atau bentuk lama lainnya pecakari) menyerap dari kata Hindi: पिचकारी, rumi: picakārī iaitu suatu alat digunakan untuk memancut atau menyemperut air dalam acara riadah semasa perayaan Holi di India.[1][2][3]
Jenis mengikut fungsi
[sunting | sunting sumber]Memberi ubat
[sunting | sunting sumber]Batang tiub diperbuat daripada plastik atau kaca lutsinar dengan tanda corengan untuk menyukat kandungan cecair dalamnya. Picagari plastik lebih kerap dipakai dalam bidang ini kerana ia boleh dibuang selepas pemakaiannya yang sekali lalu mengelakkan penyebaran penyakit bawaan darah.
Selain penggunaannya yang biasa untuk melakukan penyuntikan, ia juga digunakan untuk memberikan ubat cecair secara oral kepada kanak-kanak mahupun susu kepada anak haiwan kerana kebolehan memasuk secara bersukat tepat dan pantas.
Dalam kerja makmal
[sunting | sunting sumber]Ia digunakan untuk menyukat dan menghantar pelarut dan reagen tanpa perlu ketepatan yang sangat terperinci. Ia juga digunakan untuk mengalirkan cecari ke tempat yang sempit dan sukar dicapai, misalnya untuk tujuan mencuci radas.
Dalam masakan
[sunting | sunting sumber]Alat ini digunakan untuk menyuntik masuk isi atau kuah dalam makanan (terutamanya untuk memperisakan daging dan pastri sebelum dipanggang / dibakar).
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Kartrij dakwat pen lama diisi semula menggunakan alat ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pichagari". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 266 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "Holi Syringe (Pichkari), late 18th–mid-19th century". Muzium Seni Metropolitan New York. Dicapai pada 22 November 2021.
- ^ "Rituals of Holi". Holi Festival. Society for the Confluence of Festivals in India. 2010. Dicapai pada 22 November 2021.