Penyulitan tak bersimetri
Cara penyulitan tak bersimetri menggunakan dua kekunci, satu yang digunakan untuk penyulitan dan yang lain untuk penyahsulitan. Kriptografi kekunci awam (public key cryptography) menggunakan kekunci awam (public key) yang boleh dihantar secara teks nyata kepada sesiapa yang ingin menghantar maklumat kepada penerima. Kekunci peribadi (private key) akan digunakan untuk menyahsulitkan maklumat tersebut. Pemilikan kekunci awam tidak membolehkan seseorang menyahsulitkan maklumat yang diterima, maka ia selamat.
Pembuktian maklumat (data authentication) dapat dilakukan sekiranya penghantar menggunakan kekunci peribadinya untuk menyulitkan maklumat tersebut. Disebabkan kekunci awam dapat diperoleh oleh sesiapa, maka penerima boleh menggunakan kekunci awam tersebut untuk membuktikan bahawa maklumat yang diterima itu berasal dari penghantar tertentu.
Penghantaran maklumat secara selamat dapat dilakukan apabila penghantar menyulitkan maklumat tersebut secara menggunakan kekunci sulit, dan kemudiannya menyulitkannya sekali lagi secara menggunakan kekunci awam penerima.