Pergi ke kandungan

Neoprena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur kimia neoprena sebagai rantaian molekul polikloroprena.

Neoprena (juga polikloroprena) ialah kelompok getah sintetik yang dihasilkan melalui pempolimeran kloroprena.[1] Neoprena memiliki kestabilan kimia yang baik dan mampu tahan dalam julat suhu yang besar sambil mengekalkan kekenyalan diri. Neoprena dihasilkan secara sendiri atau dalam bentuk lateks dan digunakan dalam bidang-bidang seperti bekas simpanan, penebat elektrik dan sawat pada kenderaan.[2]

Neoprena terhasil melalui pempolimeran radikal bebas kloroprena. Pempolimeran dimulakan dengan sebatian kalium persulfat. Nukleofil dwifungsi, oksida logam dan tiourea digunakan untuk mencantumkan rantai-rantai polimer individu.[3]

  1. ^ Werner Obrecht, Jean-Pierre Lambert, Michael Happ, Christiane Oppenheimer-Stix, John Dunn and Ralf Krüger "Rubber, 4. Emulsion Rubbers" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2012, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.o23_o01
  2. ^ "Technical information — Neoprene" (PDF). Du Pont Performance Elastomers. October 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-11-18. Dicapai pada 2008-02-06.
  3. ^ Furman, Glenn E. (14 October 2005). "Chloroprene Polymers". Encyclopedia of Polymer Science and Technology. Wiley Online Library. doi:10.1002/0471440264.pst053. ISBN 0471440264.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Neoprena di Wikimedia Commons