Wikipedia:WikiSihat
Selamat datang ke pertandingan menulis WikiSihat! WikiSihat ialah pertandingan menulis rencana tentang kesihatan di Wikipedia bahasa Melayu bersempena Hari Kesihatan Sedunia. Pertandingan ini merupakan kerjasama antara Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia dengan WHO Representative Office for Malaysia, Brunei Darussalam, and Singapore. Wikipedia bahasa Melayu merupakan antara laman sesawang yang paling banyak dikunjungi dan dibaca di Malaysia untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat. Walau bagaimanpun, kurangnya rencana tentang kesihatan dalam Wikipedia ini. Kekurangan maklumat ini akan menyukarkan akses kepada pengetahuan kepada orang ramai untuk kesihatan. Perlunya ada banyak maklumat tentang kesihatan tersedia yang lengkap di Internet. Disebabkan oleh itu, perlunya ada usaha meningkatkan literasi tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat dengan meningkatkan sumber terbuka dan bebas tentang kesihatan. Dengan adanya pertandingan ini, diharapkan dapat meningkatkan maklumat tentang kesihatan kepada orang ramai dalam bahasa Melayu. Melalui pertandingan ini juga, para peserta juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan bebas untuk semua. |
|
Semua rencana berkaitan kesihatan. WHO Representative Office for Malaysia, Brunei Darussalam, and Singapore telah menyenaraikan topik yang penting untuk pertandingan ini. Senarai rencana kesihatan yang tiada dalam bahasa Melayu boleh dilihat di sini.
Sijil akan diberi kepada 10 peserta terbaik daripada WHO Representative Office for Malaysia, Brunei Darussalam, and Singapore.
Selain itu, peserta yang telah menulis sekurang-kurangnya 1 rencana yang memenuhi syarat juga akan mendapat sijil penyertaan daripada WHO Representative Office for Malaysia, Brunei Darussalam, and Singapore.
Rencana mestilah baru dibuat oleh peserta antara 7 April 2021 0:00 dan
7 Mei 2021 23:59 (UTC 8).
Rencana mesti memenuhi kriteria kelayakan am.
Rencana mesti mempunyai rujukan yang baik; penyataan kontroversi dalam rencana harus disahkan dengan petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
Rencana tidak boleh diterjemahkan 100% menggunakan mesin terjemahan dan harus diterjemahkan dengan betul.
Rencana yang ditulis bukan berbentuk senarai.
Rencana harus berinformatif.
Rencana berkenaan apa-apa topik yang berkaitan dengan topik kesihatan.
Hasil penulisan yang diciplak akan dibatalkan penyertaan.
Berikut rencana-rencana berkaitan kesihatan yang sudah ada di Wikipedia bahasa Inggeris dan belum ada di Wikipedia bahasa Melayu yang disediakan oleh WHO Representative Office for Malaysia, Brunei Darussalam, and Singapore:
- Health effects of salt (en)
- Sodium in biology (en)
- Salt and cardiovascular disease (en)
- Low sodium diet (en)
- Human nutrition (en)
- Non-communicable disease (en)
- List of countries by risk of death from non-communicable disease (en)
- Vaccine-preventable diseases (en)
- Haemophilus influenzae (en)
- Meningococcal disease (en)
- Pneumococcal infection (en)
- Rotaviral gastroenteritis (en)
- Tick-borne encephalitis (en)
- Non-pharmaceutical intervention (epidemiology) (en)
- Public health mitigation of COVID-19 (en)
- Universal health care (en)
- List of countries with universal health care (en)
- Tuberculosis management (en)
- Health equity (en)
Lihat juga
[sunting sumber]Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan pertandingan ini, sila kemukakan di laman perbincangan. Pihak penganjur akan membalas secepat mungkin.