Tork
Tork, kilasan, momen atau momen daya (simbol: atau τ) ialah kuantiti daya pusingan atau putaran yang dikenakan ke atas sesuatu tuas hasil putaran objek berpusatkan suatu paksi,[1][2] fulkrum, atau pangsi yang mana arah kilasan ini mengikut arah daya yang dikenakan terhadap objek yang beredar.[2] Jika daya itu menarik atau menolak, tork boleh dianggap sebagai satu piuhan kepada objek. Ia adalah kuantiti vektor (bentuk diungkapkan: )[2] menggunakan unit piawai Newton meter (N⋅m).[3][4]
Secara matematiknya, tork dapat ditakrifkan sebagai hasil darab silang bagi jarak/panjang lengan tuas dengan daya, yang menyebabkan putaran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Konsep tork, juga dikenali sebagai momen atau ganding, berasal dari kajian Archimedes terhadap tuas. Analog putaran bagi daya, jisim dan pecutan adalah tork, momen inersia dan pecutan sudut.
Definisi
[sunting | sunting sumber]Tork ialah hasil darab silang antara jejari pusingan dan daya, iaitu
dimana
- ialah jejari pusingan atau jarak diantara titik dimana daya dikenakan dengan titik pusingan
- ialah daya yang dikenakan
Maka magnitud bagi tork ialah
dimana ialah sudut antara Daya dan jejari .
Hubungan
[sunting | sunting sumber]Dengan pecutan sudut
[sunting | sunting sumber]Mengikut Hukum Newton Kedua, daya ialah hasil darab antara jisim dan pecutan:
jika daya dan jejari berserenjang maka,
maka jumlah tork ialah
dimana
- ialah pecutan sudut
- ialah momen inersia
Dengan momentum sudut
[sunting | sunting sumber]Jumlah tork juga adalah bersamaan dengan kadar perubahan momentum sudut
Kerja
[sunting | sunting sumber]Untuk rencana lanjutan lihat kerja
kerja yang dilakukan oleh torque ialah:
maka, jika tork adalah pemalar kerja ialah
Kuasa
[sunting | sunting sumber]Kuasa bagi tork ialah
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Serway, R. A. and Jewett, Jr. J. W. (2003). Physics for Scientists and Engineers. 6th Ed. Brooks Cole. ISBN 0-534-40842-7.
- ^ a b c Khairul Ikhwan Khamis (9 April 2021). "Apakah Itu Tork". PakcikEngineer. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ From the official SI website: "...For example, the quantity torque is the cross product of a position vector and a force vector. The SI unit is newton metre. Even though torque has the same dimension as energy (SI unit joule), the joule is never used for expressing torque."
- ^ "SI brochure Ed. 9, Section 2.3.4" (PDF). Bureau International des Poids et Mesures. 2019. Dicapai pada 29 Mei 2020.