Kucai
Kucai | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. tuberosum
A. ramosum |
Nama binomial | |
Allium tuberosum Allium ramosum |
Kucai (Jawi: کوچاي ; nama botani: Allium tuberosum) ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi, ditanam dan ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh dunia.[1][2][3][4]
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Ciri-ciri botani چيري٢ بوتاني
[sunting | sunting sumber]Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai adalah tumbuhan saka (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijaga.
Penanaman dan penuaian ڤنانمن دان ڤنواين
[sunting | sunting sumber]Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.
Kegunaan كڬونأن
[sunting | sunting sumber]Kucai mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah masakan dan kesihatan.
Contoh-contoh kegunaan biasa kucai ialah:
- Membuat cucur udang (daun)
Khasiat خصية
[sunting | sunting sumber]Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotena dan unsur belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kucai berbunga dan berbiji
-
Ilustrasi Kucai
-
Bunga kucai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ WCSPF 2015.
- ^ Xu, Jiemei; Kamelin, Rudolf V., "Allium tuberosum", Flora of China, 24 – melalui eFloras.org, Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA Invalid
|mode=Ralat Lua pada baris 14 di Modul:Citation_mode: attempt to index field 'global_cs1_config_t' (a nil value).
(bantuan) - ^ "Allium tuberosum". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.
- ^ PFAF 2012, Allium tuberosum – Rottler. ex Spreng..