Pergi ke kandungan

Kahol Lavan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blue and White
כחול לבן
PemimpinBenny Gantz
Ditubuhkan21 Februari 2019
Ibu pejabatTel Aviv
IdeologiZionis[1]
Liberal[1]
Liberal Sosial[2]
Kedudukan politikTengah[3]
Big tent[4]
Anggota partiIsrael Resilience
Parti Yesh Atid (2019–2020)
Parti Telem (2019–2020)
Warna     Blue
     Dark Blue
     White
SloganIsrael before all else.
Knesset
15 / 120
35 (April 2019)
Simbol pilihan raya
פה
Laman sesawang
kachollavan.org.il
Politik Israel
Parti politik
Pilihan raya

Kahol Lavan (Ibrani: כַּחוֹל לָבָן‎, rumi: Kaḥol Lavan, Arab: أزرق أبيض - "Biru Putih") ialah sebuah pakatan politik di Israel berfahaman sentris[5] dan liberal.[6]

Kelompok ini diasaskan bersama Parti Resilience Israel, Parti Yesh Atid dan Parti Telem[7] sebagai suatu persetujuan untuk menumpaskan Likud pimpinan Benjamin Netanyahu. Ia menyatakan diri mereka merangkumi luas banyak ideologi dan spektrum politik dipegang banyak warganegara Israel.[8]

Selepas pilihan raya Mac 2020, pemimpin Kahol Lavan, Benny Gantz ditugaskan untuk membentuk kerajaan baharu setelah mendapat sokongan daripada majoriti 61 perwakilan Knesset. Kebuntuan untuk menubuhkan kerajaan berlarutan selama 10 bulan yang lalu. Gantz dipilih sebagai Speaker Knesset interim sambil meneruskan rundingan bersama untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu dan pihak-pihak yang lain. Kesannya adalah perpecahan pakatan Biru dan Putih ini. Pakatan itu berpecah pada 29 Mac 2020, dengan Parti Resilience Israel mengekalkan nama blok Biru dan Putih sementara parti Yesh Atid dan parti Telem meninggalkan pakatan dan membentuk blok neutral di Knesset. Pada 20 April 2020, perjanjian gabungan kerajaan perpaduan ditandatangani bersama dengan parti Likud, di mana Netanyahu akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 18 bulan pertama manakala Benny Gantz akan dilantik sebagai Perdana Menteri mulai Oktober 2021 untuk tempoh 18 bulan kedua, serta memberikan portfolio Menteri Pertahanan dan Menteri Perhubungan Luar.[9]

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Kelompok ini terdiri daripada seberapa parti utama:

Parti Pemimpin parti Bil. anggota dalam Knesset
Israel Resilience Benny Gantz
15 / 120
Parti Yesh Atid (2019–2020) Yair Lapid
13 / 120
Parti Telem (2019–2020) Moshe Ya'alon
3 / 120

Tokoh pemimpin

[sunting | sunting sumber]

Perikatan itu diketuai oleh Benny Gantz dan dibantu oleh Yair Lapid. Mereka merupakan pemimpin pakatan bersama, sehingga kepada perpecahan pada 29 Mac 2020. Perjanjian asal dimeterai jika pakatan ini berjaya membentuk kerajaan, kedua-duanya mereka bersetuju untuk secara bergilir-gilir dilantik sebagai Perdana Menteri selama dua tahun pertama setiap seorang, Gantz dipersetujui sebagai Perdana Menteri untuk dua tahun pertama manakala Lapid dilantik sebagai Menteri Perhubungan Luar dan pemimpin parti Telem, Moshe Ya'alon dilantik sebagai giliran ketiga portfolio Menteri Pertahanan. Untuk dua tahun seterusnya, Lapid akan menjabat jawatan sebagai Perdana Menteri manakala Gantz pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Moshe Ya'alon sebagai Menteri Perhubungan Luar.

Pemimpin parti Penggal mula Penggal tamat
Benny Gantz 2019 Penyandang
Yair Lapid 2019 2020
Moshe Ya'alon 2019 2020

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Bil. undian diraih % Bil. kerusi dimenangi /– Status
April 2019 Benny Gantz 1,125,881 26.13 (#2)
35 / 120
Parti baru ditubuhkan Pilihan raya semula
September 2019 Benny Gantz 1,151,214 25.95 (#1)
33 / 120
2 Pilihan raya semula
2020 Benny Gantz 1,220,381 26.59 (#2)
33 / 120
TBD
  1. ^ a b "Blue and White". The Israel Democracy Institute. Dicapai pada 7 March 2019.
  2. ^ Lahav Harkov (16 February 2019). "Histadrut chief Avi Nissenkorn joins Gantzs Israel Resilience Party". The Jerusalem Post. Dicapai pada 23 February 2019.
  3. ^ Alon Yakter; Mark; Oriel Amram Tessler (26 February 2018). "Netanyahu's new rival is surging in Israel's polls". Washington Post. Gantz's centrist political party, Blue and White...
  4. ^ "After Replacing Netanyahu, Gantz's Party Will Self-destruct. And That's OK". Haaretz. Dicapai pada 5 March 2019.
  5. ^ Halbfinger, David M. (2019-02-21). "2 Israel Centrists, Benny Gantz and Yair Lapid, Join Forces Against Netanyahu". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2019-05-30.
  6. ^ Eric R. Mandel. "Spotlight on Moshe 'Bogie' Ya'alon". The Jerusalem Post. Dicapai pada 4 February 2019.
  7. ^ Staff writer. "United Gantz-Lapid party to be called 'Blue and White'; no women in top 6". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 February 2019.
  8. ^ מצע כחול לבן. כחול לבן (dalam bahasa Ibrani). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-10. Dicapai pada 20 March 2019.
  9. ^ Gil Hoffman (21 April 2020). "The deal is done: Netanyahu, Gantz ink coalition pact". The Jerusalem Post. Dicapai pada 2020-04-21.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]