Galileo Galilei
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.
Anak kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".
Kerja uji kajinya telah dianggap sebagai pelengkap kepada karya-karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berkait dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya Aristotle. Percanggahannya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam bidang sains di masyarakat Barat.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Pisa, Itali, Galileo merupakan anak sulung kepada Vincenzo Galilei, seorang ahli matematik dan muzik yang dilahirkan di Florence pada tahun 1520. Ibunya Giulia Ammannati. Galileo mempunyai enam adik.
Galileo diajar secara persendirian ketika masih amat kecil. Beliau kemudian menyertai Universiti Pisa tetapi kemudian terpaksa memberhentikan pembelajarannya disebabkan masalah kewangan. Bagaimanapun, beliau ditawarkan jawatan dalam fakulti universiti itu pada tahun 1589 dan mengajar matematik. Tidak lama kemudian, beliau berpindah ke Universiti Padua dan mengajar geometri, mekanik, dan astronomi sehingga tahun 1610. Semasa itu, beliau memeriksa sains dengan teliti, dan membuat banyak penemuan yang penting.
Walaupun merupakan seorang penganut Katolik yang warak, Galileo menjadi bapa kepada tiga orang anak luar nikah: dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kesemua ini merupakan anaknya dengan Marina Gamba. Disebabkan taraf mereka sebagai anak luar nikah, kedua-dua anak perempuan itu dihantar ke sebuah biara di San Matteo, Arcetri ketika masih kecil:
- Virginia (1600–1634) yang mengambil nama Maria Celeste ketika masuk ke biara dan yang mewarisi otak bapanya yang tajam merupakan anak sulung Galileo yang paling disayangi. Virginia meninggal dunia pada 2 April 1634 ketika berumur 34 tahun, dan kini dikebumikan bersama-sama dengan Galileo di Basilica di Santa Croce di Firenze.
- Livia (lahir 1601) yang mengambil nama Suor Arcangela sentiasa sakit sepanjang hayatnya di biara.
- Vincenzio (lahir 1606) kemudian disahkan melalui perkahwinan Galileo dengan Marina Gamba. Dia berkahwin dengan Sestilia Bocchineri.
Pada tahun 1612, Galileo ke Rom untuk menyertai Accademia dei Lincei dan mencerap tompok-tompok matahari. Pada tahun yang sama, tentangan-tentangan muncul terhadap teori-teori Nicolaus Copernicus yang disokong oleh Galileo. Dua tahun kemudian pada tahun 1614, Bapa Tommaso Caccini (1574-1648) mengutuk pendapat-pendapat Galileo terhadap pergerakan Bumi, dan menganggap pendapatnya sebagai bidaah yang berbahaya dan hampir menyeleweng. Galileo ke Rom untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan itu tetapi pada tahun 1616, Kardinal Roberto Bellarmino sendiri menegur Galileo supaya jangan menyokong atau mengajar astronomi Copernicus disebabkan ajaran itu berlainan dengan pemahaman Kitab-kitab Suci yang telah diterima.
Pada tahun 1622, Galileo menulis Penganalisis Logam (Saggiatore; bahasa Inggeris:The Assayer) yang diluluskan dan diterbitkan pada tahun berikut. Pada tahun 1624, beliau menghasilkan mikroskop pertama yang diketahui. Kemudian pada tahun 1630, Galileo kembali ke Rom untuk memohon lesen untuk mencetak Dialog Mengenai Dua Sistem Dunia Yang Utama. Karyanya diterbitkan di Florence pada tahun 1632. Bagaimanapun pada bulan Oktober dalam tahun itu, beliau diarahkan tampil di hadapan Pejabat Suci di Rom di mana mahkamah menjatuhkan hukuman pengutukan dan memaksa Galileo bersumpah akan meninggalkan fahaman yang menyeleweng. Oleh itu, beliau dikurung di Siena dan akhirnya, pada Disember 1633, beliau dibenarkan beredar ke vilanya di Arcetri.
Pada tahun 1634, Galileo hilang sokongan anaknya yang amat disayangi, Sister Maria Celeste (1600-1634), yang meninggal dunia secara pramasa. Pada tahun 1638, dengan keadaanya yang hampir betul-betul buta, Galileo menerbitkan buku terakhirnya, Dua Sains Baru, di Leiden. Beliau meninggal dunia di Arcetri pada tahun 1642 ketika bersama-sama dengan muridnya, Vincenzo Viviani.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Galileo Galilei |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Galileo Galilei. |
- Dokumen-dokumen Galileo Galilei Diarkibkan 2008-03-29 di Wayback Machine di Arkib Rasiah Vatican
- Biografi Galileo Galilei – dengan pautan ke objek-objek berkait yang disimpan di dalam Institut dan Muzium Sejarah Sains di Florence, Itali
- Lawatan maya Galileo berasaskan tema ke Institut dan Muzium Sejarah Sains di Florence, Itali – termasuk video-video
- "Nota-nota mengenai Pergerakan" oleh Galileo – edisi digit dalam talian, dengan transkripsi
- Kompas Galileo – aplikasi pendidikan saling bertindak untuk pemeriksaan teliti terhadap sejarah dan kegunaan-kegunaan kompas Galileo
- Galileo//Thek@: Arkib digit untuk sumber-sumber Galileo dalam talian – termasuk bibliografi, biografi, buku-buku digit, jadual perjalanan, manuskrip, uji kaji, dokumen, ikongrafi, dll
- Catholic.net: Hubungan cinta Galileo
- Hubungan Cinta Galileo – oleh Paula Newall
- Perang Sains dengan Teologi
- Projek Galileo di Universiti Rice
- Imej-imej CCD melalui Teleskop Galileo Diarkibkan 2006-12-05 di Wayback Machine – ciptaan semula moden mengenai apa yang Galileo mungkin terlihat, termasuk arahan-arahan untuk menggunakan lama web Galileo//Thek@
- [https://web.archive.org/web/20051120044835/http://wspace.danask.com/g/galileo_galilei.html Diarkibkan 2005-11-20 di Wayback Machine Laman web danask.com: Mengenai Galileo Galilei]
- Perwakilan elektronik nota-nota Galilei mengenai pergerakan (MS. 72)
- Dari Mitos ke Sejarah dan Balik – ulasan-ulasan dua buah buku mengenai Galileo
- PBS Nova Dalam Talian: Perang Galileo untuk Langit
- Kemasukan Ensiklopedia Falsafah Stanford
- Perpustakaan Galileo – tapak pendidikan yang didedikasikan kepada Galileo
- Karya-karya Galileo dalam bahasa Itali Diarkibkan 2005-12-14 di Wayback Machine – tapak web Itali yang mengkhususkan dalam e-teks bebas
- Ensiklopedia Katolik: Galileo Galilei – didapati di New Advent, sebuah laman web Katolik ortodoks
- Laman web Liga Katolik: Galileo dan Gereja Katolik Diarkibkan 2008-04-12 di Wayback Machine
- Astrologi Galileo
- John J. O'Connor dan Edmund F. Robertson. Galileo Galilei di Arkib Sejarah Matematik MacTutor.
- Laman web LIFE: 100 peristiwa teratas dalam milenium: Galileo Galilei – nr 5 dalam senarai ini
- Galileo Galilei ditampilkan dalam wang kertas 2000 lire Itali