Fahr bin Malik
Terkenal kerana | Moyang Muhammad dan Bani Quraisy |
---|---|
Pasangan | Layla binti Al-Harits |
Anak-anak | Ghalib, Muharib, Harits, Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b |
Ibu bapa | Malik bin An-Nadhr Jandalah binti al-Harb (Jurhum) |
Fahr bin Malik (Arab: فهر بن مالك ), atau juga dikenali dengan nama Quraisy,[1] ialah datuk moyang kesepuluh Nabi Muhammad. Salasilah lengkapnya ialah Fahr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.[2]
Fahr bin Malik ialah salah seorang ketua daripada Bani Kinanah.[1] Beliau dan keturunannya menetap di kota Makkah di rantau Hijaz dan merupakan moyang kepada seluruh suku Quraisy.[2]
Fahr bin Malik mengetuai penduduk Makkah untuk melawan tentera negara Himyar apabila mereka datang untuk memindahkan Kaabah ke Yaman, dan berjaya mengalahkan tentera tersebut.[2] Fahr bin Malik membangkitkan pasukan gabungan yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Kinanah, Bani Khuzaimah, Bani Asad, Bani Judham, dan beberapa suku Mudar lainnya.[3] Raja Himyar Hassan bin Abdu Kalal bin Mathub bin Dzu Hurath al-Himyari berjaya ditangkap, dan selepas tiga tahun baru dibebaskan setelah membayar wang tebusan.[3]
Selain itu, Fahr bin Malik juga memberi perhatian kepada keperluan jemaah haji yang datang ke Makkah, sedangkan untuk kehidupannya beliau berdagang dengan suku-suku Arab yang lain.[2]
Perkahwinan Fahr bin Malik dengan Layla binti Al-Harith bin Tamim bin Sa'ad bin Hudzail bin Mudrikah[3] menghasilkan beberapa anak, iaitu Ghalib (yang mempunyai banyak keturunan), Muharib, Harith,[2] Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Abdullah ibn Muhammad ibn Abdul Wahab (2006). Biography of the Prophet. 1. Diterjemahkan oleh Sameh Strauch. Riyadh: Maktaba Darussalam. m/s. 12-14. ISBN 978-9960-9803-2-4, 9960980324.
- ^ a b c d e Moenawar Khalil (2001). Kelengkapan tarikh Nabi Muhammad. 1. Gema Insani. m/s. 37-42. ISBN 978-979-561-710-5, 9795617109.
- ^ a b c d Ṭabarī (1988). The History of al-Tabari: Muhammad at Mecca. 6. Terjemahan dan anotasi oleh William Montgomery Watt dan Michael V. McDonald. SUNY Press. m/s. 28-29. ISBN 978-0-88706-706-8, 0887067069.