Ba gua
Ba gua (Bahasa Cina: 八卦 ; pinyin: bāguà; Wade-Giles: pakua; secara harfiahnya "lapan lambang") merupakan lapan diagram yang digunakan dalam ilmu kosmologi Tao untuk melambangkan prinsip-prinsip atas alam nyata yang dipandang sebagai lapan konsep yang saling bersangkut paut. Setiap satunya terdiri daripada tiga garis, setiap satunya "patah" atau "tak patah", yang masing-masing melambangkan yin dan yang. Oleh sebab strukturnya yang bertiga, ia juga sering dipanggil "trigram".
Trigram-trigram ini berkaitan dengan falsafah taiji dan "lima unsur".[1] Hubungan sesama trigram-trigram ini dilambangkan dalam dua susunan, iaitu Lapan Lambang Syurga Asal (先天八卦 )[2] atau "Lapan Lambang Fuxi" (伏羲八卦 ), dan Lapan Lambang Syurga Kemudian (後天八卦 )[2] atau "Lapan Lambang Raja Wen" (文王八卦 ). Trigram-trigram ini menunjukkan persamaan dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, kekeluargaan, dan lain-lain.[3][4]
Naskhah klasik Cina Buku Perubahan terdiri daripada 64 pasangan trigram (iaitu "heksagram") yang boleh diperoleh serta huraian-huraian tentangnya.
乾 Qián ☰ |
兌 Duì ☱ |
離 Lí ☲ |
震 Zhèn ☳ |
巽 Xùn ☴ |
坎 Kǎn ☵ |
艮 Gèn ☶ |
坤 Kūn ☷ |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Langit | Rawa | Api | Petir | Angin | Air | Gunung | Tanah |
天 Tiān | 澤 Zé | 火 Huǒ | 雷 Léi | 風 Fēng | 水 Shuǐ | 山 Shān | 地 Dì |
Fuxi "Syurga Awal"
[sunting | sunting sumber]卦名 Nama |
自然 Sifat Alam |
季节 Musim |
性情 Keperibadian |
家族 Ahli Keluarga |
方位 Arah |
意義 Maksud |
---|---|---|---|---|---|---|
乾 Qián | 天 Langit | Musim Panas | Pencipta | 父 Bapa | 南 Selatan | Tenaga yang mengambang, langit. |
巽 Xùn | 風 Angin | Musim Panas | Pelembut | 長女 Puteri Sulung | 西南 Barat daya | Penembusan yang lembut, keanjalan. |
坎 Kǎn | 水 Air | Musim Luruh | Yang Teruk | 中男 Putera Tengah | 西 Barat | Bahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan. |
艮 Gèn | 山 Gunung | Musim Luruh | Yang Pegun | 少男 Putera Bongsu | 西北 Barat laut | Kepegunan, ketidakbolehgerakan. |
坤 Kūn | 地 Tanah | Musim Sejuk | Penerima | 母 Ibu | 北 Utara | Tenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil. |
震 Zhèn | 雷 Petir | Musim Sejuk | Pencetus | 長男 Putera Sulung | 東北 Timur laut | Perangsangan, putaran, pembahagian. |
離 Lí | 火 Api | Musim Bunga | Pelekap | 中女 Puteri Tengah | 東 Timur | Pergerakan cepat, seri, matahari. |
兌 Duì | 澤 Rawa | Musim Bunga | Periang | 少女 Puteri Bongsu | 東南 Tenggara | Keriangan, kepuasan, ketersendatan. |
Raja Wen "Syurga Kemudian"
[sunting | sunting sumber]卦名 Nama |
自然 Sifat Alam |
季节 Musim |
性情 Keperibadian |
家族 Ahli Keluarga |
方位 Arah |
意義 Maksud |
---|---|---|---|---|---|---|
離 Li | 火 Api | Musim Panas | Pelekap | 中女 Puteri Tengah | 南 Selatan | Pergerakan cepat, seri, matahari. |
坤 Kun | 地 Tanah | Musim Panas | Penerima | 母 Ibu | 西南 Barat daya | Tenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil. |
兌 Dui | 澤 Rawa | Musim Luruh | Periang | 少女 Puteri Bongsu | 西 Barat | Keriangan, kepuasan, ketersendatan. |
乾 Qian | 天 Langit | Musim Luruh | Pencipta | 父 Bapa | 西北 Barat laut | Tenaga yang mengambang, langit. |
坎 Kan | 水 Air | Musim Sejuk | Yang Teruk | 中男 Putera Tengah | 北 Utara | Bahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan. |
艮 Gen | 山 Gunung | Musim Sejuk | Yang Pegun | 少男 Putera Bongsu | 東北 Northeast | Kepegunan, ketidakbolehgerakan. |
震 Zhen | 雷 Petir | Musim Bunga | Pencetus | 長男 Putera Sulung | 東 Timur | Perangsangan, putaran, pembahagian. |
巽 Xun | 風 Angin | Musim Bunga | Pelembut | 長女 Puteri Sulung | 東南 Tenggara | Penembusan yang lembut, keanjalan. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ CHEN, Xin (tr. Alex Golstein).The Illustrated Canon of Chen Family Taijiquan, INBI Matrix Pty Ltd, 2007. ms. 11. (dicapai di Scribd.com, December 14, 2009.)
- ^ a b Wilhelm, Richard (1950). The I Ching or Book of Changes. Princeton, NJ: Princeton University Press. m/s. 266, 269. ISBN 069109750X. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ TSUEI, Wei.Roots of Chinese culture and medicine Diarkibkan 2012-08-12 di Wayback Machine Chinese Culture Books Co., 1989.
- ^ ZONG, Xiao-Fan dan Liscum, Gary.Chinese Medical Palmistry: Your Health in Your Hand, Blue Poppy Press, 1999.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ba gua |
- Malaysia I Ching Net Diarkibkan 2007-05-18 di Wayback Machine